Tindakan baru kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir untuk mengawal
bayaran royalti minyak bernilai berjuta2, kepada kerajaan negeri
Terengganu menjadi satu isu yang tidak boleh dipandang ringan. Ia
adalah merupakan antara serangan yang bertalu2 ditujukan kepada
kerajaan yang baru itu. Kalau dulunya isu menutup kepala dan cukai
kharaj dijadikan peluru, kini amanat yang bertahun lalu serta royalti
pula dijadikan bomb untuk memusnahkan pentadbiran negeri itu.
Soalnya apakah serangan2 ini akan memulangkan kemenangan
kepada perancangnya ataupun semakin menambahkan malang yang
belum serik menimpa rakyatnya yang bertahun2 dibebani hutang dan
kemiskinan walau pun sumber aslinya dapat membina menara yang
sentiasa menjadi fokus si kanta kamera kerana besarnya huruf "H"
(hutang) yang cuba ditayangkan?