|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
REFORMASI PENDIDIKAN : SATU CADANGAN.
Tujuan
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mengesyorkan kepada kerajaan negeri
a). Untuk mengadakan kelas persediaan merangkap kelas Pra Aliran
Arab/Ugama untuk lepasan SPM bagi mengatasi pelbagai masalah yang
wujud ekoran sekian lamanya sistem pendidikan sekular dinegara kita berjalan.
b). Kemasukkan pelajar ke sekolah aliran ugama berasaskan PMR bukan
UPSR atau dengan kata lain Tingkatan 4 bukan Tingkatan 1
Latarbelakang.
Umum mengetahui bahawa dewasa ini, ibubapa kini menpunyai kecenderungan
yang kuat untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama dengan pelbagai
sebab. Umum sedia maklum sistem pendidikan perdana tidak mampu atau sengaja
untuk tidak mampu untuk menurut kehendak masyarakat.
Senario pendidikan sekarang.
a) Selepas UPSR ( darjah 6).
Apabila seorang pelajar itu tamat darjah 6, kebiasaannya pelajar akan mengikut kehendak ibubapa untuk menentukan sekolah yang akan dimasuki.
Bagi pelajar yang lemah dan sederhana percapaian akademiknya sudah tentulah Sekolah Menengah aliran kebangsaan berhampiran dengan tempat tinggalnya akan dimasuki olehnya. Ini merupakan sebahagian besar pelajar akan terlibat. Pelajar dan ibupapa mereka tidak kesah sangat tidak dapat belajar di sekolah agama kerana awal-awal lagi tidak layak walaupun ada keinginan dalam hati untuk menghantar anak ke sekolah agama.
Bagi pelajar yang baik dan yang cemerlang maka kebiasaannya sekolah agamalah pilihan utama ibubapa. Namun begitu oleh kerana tempat terhad, sebahagian besar dari mereka tidak diberi peluang untuk belajar disaluran yang diingini oleh ibubapa mereka, lantas mereka dimasukkan ke sekolah aliran biasa berhampiran dengan tempat tinggal mereka atau ke sekolah Rancangan Khas.
Pelajar yang cemerlang dan amat cemerlang biasanya akan ke sekolah berasrama
penuh dan ke MRSM.
b) Selepas PMR.
Bagi kebanyakan pelajar sekolah aliran kebangsaan, selepas PMR mereka akan naik ke tingkatan 4 atau ke pusat teknikal seperti Giatmara dan sebagainya atau ke alam perkerjaan seperti kerja di kilang-kilang.
Bagi pelajar sekolah berasrama penuh pula tentulah ke tingkatan 4 untuk meneruskan kecemerlangan akademik mereka.
Bagi pelajar sekolah agama pula, sebahagian mereka meneruskan pelajarannya
di tingkatan 4 sekolah yang sama. Namun begitu ada juga yang akademiknya
cemerlang dan kurang berminat dengan aliran agama mencari jalan keluar
dengan memohon dan memasuki sekolah asrama penuh (aliran biasa) atau keMRSM..
c) Selepas SPM
Bagi kebanyakan pelajar sekolah aliran kebangsaan, mereka akan memasuki alam perkerjaan atau pusat pendidikan tinggi. Antara pusat pendidikan adalah Maktab Penguruan, Politeknik, Universiti-universiti dan lain-lain. Golongan dari sekolah menengah aliran kebangsaan ini adalah golongan yang terbesar.
Bagi pelajar sekolah berasrama penuh dan MRSM, mereka biasanya akan ke Universiti didalam dan di luarnegeri. Mereka ini biasanya akan menjadi ahli kelas menengah dan elit dalam masyarakat nanti.
Bagi pelajar sekolah menengah agama pula, sebahagian mereka meneruskan pengajian dalam bidang agama. Namun begitu terdapat peratusan yang besar yang meneruskan pengajian mereka dalam bidang lain seperti perniagaan , kejuruteraan, perubatan dan sebagainya.
Umum sedia maklum, baki pelajar aliran agama yang tinggal tak seberapa ini pula belum tentu meneruskan perkerjaan mereka di dalam institusi keagamaan. Dan jika mereka berkhidmat di pelbagai Institusi agama belum tentu dapat berkhidmat selaras dengan tuntutan agama, banyak dari ustaz, ustazah ini memilih laluan ‘budaya hidup selesa’ dan menbiarkan masyarakat menuruti arus perdana yang belum tentu sesuai dengan islam
Hasilnya tinggal beberapa kerat pendakwah yang tak kenal penah lelah dan dengan kemampuan yang amat terbatas untuk berhadapan dengan masyarakat terbanyak yang telah rosak dalam pelbagai sudut.
Persoalan kita, adakah kita hendak meneruskan fenomena ini tanpa memikirkan dan menyusun gerakkerja bagi menperbanyakkan golongan ulama dan meramaikan umarah yang faham agama.
Persoalan Untuk Diselesaikan.
Soalan Satu.
Pelajar sekolah aliran agama boleh diterima masuk ke sekolah aliran
biasa, contoh Tingkatan 3 Sek Tok Jiring masuk ke Tingkatan 4 MRSM Kota
Bahru.
Mengapa kita tidak wujudkan keadaan dimana Pelajar Cemerlang PMR (Sek
Men Sultan Sulaiman) boleh masuk ke Tingkatan 4 SMUZA.
Soalan Dua
Pelajar sekolah aliran agama boleh memohon memasuki Institut pengajian
tinggi didalam pelbagai jurusan. Contoh Pelajar lepasan SPM dari SMUZA
memasuki UPM dalam bidang perniagaan tani.
Mengapa tidak diwujudkan keadaan/ mekanisma dimana pelajar cemerlang
SPM dari MRSM Kuantan mengambil jurusan pengajian islam Universiti Kebangsaan.
Soalan Tiga.
Terlalu banyak pusat pengajian tinggi awan dan swasta mengadakan suatu
program bagi menbolehkan pelajar yang lemah dalam subjek tertentu dalam
SPM diterima masuk ke Universiti melalui program kursus selama 6 bulan
hingga setahun. Contohnya Pra Perdagangan dan Pra Sains UiTM, dimana pelajar
yang lulus kursus Pra Sains layak mengikuti jurusan sains dan kejuruteraan
di UiTM.
Jika mereka boleh buat, bagaimana kita, mengapa kita tidak wujudkan
program Pra Agama untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu
agama dari Sekolah Menengah Bukan Aliran Arab contohnya pelajar Sek. Men.
Sains Dungun atau Sek. St. Thomas Kuantan mengikuti Pra Arab anjuran KUSZA
selama satu tahun dan diterima masuk ke Diploma Pengajian Islam KUSZA
dan sebagainya.
Soalan Empat.
Pernahkah kajian dibuat keatas hasil terakhir berserta kosnya bilangan pelajar yang memasuki tingkatan satu sekolah menengah aliran agama yang akhirnya menjadi ustaz/ustazah, jika ada berapa peratus. Maksudnya sebagai contoh, pelajar tingkatan 1 tahun 1990 SMU Sultan Ismail Dungun, berapa peratus akhirnya kini menjadi ustaz, dan berbaloikah kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah ustaz tersebut. Jika tidak berbaloi dengan kos, perlu dicadangkan satu cara supaya bilangan pelajar yang masuk ke sekolah agama akan menjadi ulamak sekurang-kurangnya 80%.
Mengapa tidak ditukar polisi, dimana Sek. Men. Ugama di Terengganu akan
mengambil pelajar dari tingkatan 4 sahaja (sebagaimana Sekolah Teknik).
Ini supaya dapat menpastikan bilangan tempat belajar yang ada hanya dan
untuk menberi peluang kepada pelajar yang berkemampuan (akademik) dan berminat
sahaja. Secara tidak langsung dapat mengatasi pelajar sekolah agama yang
tidak berminat dengan karier sebagai seoarang ulamak kerana mereka ini
masuk sekolah agama atas kehendak ibubapa mereka ketika selepas UPSR dahulu.
PROGRAM PRA ARAB LEPASAN SPM.
Konsep
Konsepnya gabungan konsep Program Pra Sains dan Pra Perdagangan
UiTM dan Program Pengajian Persediaan (PPP) UiTM.
Objektif
Menyediakan kelas pembelajaran bahasa arab secara formal kepada pelajar-pelajar yang cemerlang bukan aliran arab untuk dijadikan tiket bagi mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negeri yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar didalam jurusan pengajian islam dan lain-lain bidang.
Sebagai pangkalan (kem) motivasi kepada pelajar pelajar lepasan
SPM sebelum mereka menghadapi cabaran dunia kehidupan sebagai pelajar dan
remaja di dalam dan di luarnegeri.
Tujuan
1) Menperbetulkan/menbaikpulih senario yang sedang berlaku akibat sistem
pendidikan sekarang
2) Melahirkan secara terancang lebih ramai pelajar yang bakal
menjadi ulamak yang lebih berwibawa.
3) Melahirkan pelajar yang telah bersedia berjuang untuk Islam ketika
dimana sahaja mereka berada.
Sukatan Pelajaran
1) Bahasa Arab
2) Tasawur Islam ( Minda Muslim).
Tempoh
Semester Pertama (Bulan Dec 2000 Seminggu Selepas Peperiksaan
SPM hingga Mei 2001)
Semester Kedua (Bulan Jun 2001 Hingga Bulan Dec 2000).
Kelayakan.
Asas utama pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM dan berminat mengikut
keutamaan seperti berikut:
i) Pelajar asal Terengganu yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh
(bukan aliran agama) Dan MRSM.
ii) Para Pelajar Sekolah Berasrama Penuh (bukan aliran agama) dan MRSM.
iii) Pelajar cemerlang sekolah sekolah bukan aliran agama di Terengganu.
iv) Pelajar cemerlang sekolah sekolah bukan aliran agama luar Terengganu.
v) Amat kecenderung dan berpotensi untuk menjadi pendakwah.
Anjuran
Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui KUSZA, KUSZA perlu mendapatkan
seberapa banyak pengiktirafan sijil program ini dari dalam dan luarnegeri.
Tempat Belajar.
KUSZA perlu mendapatkan tempat belajar secara berasrama di pelbagai
tempat seperti di KUSZA sendiri, TATI dan lain –lain diTerengganu dan juga
secara francis di luar dari Terengganu.
Yuran Pengajian & Asrama,
Serendah yang mungkin, mungkin lebih rendah dari UiTM dengan bayaran
untuk makanan di asrama.
Lain - lain hal.
Bagi pelajar yang telah mendapat tempat belajar di IPT (biasanya sekitar
bulan Mei), beliau boleh meninggalkan program ini dan tempat beliau digantikan
dengan pelajar lain diSemester Dua nanti.
Lanjutan itu, Subjuk Tasawur Islam (Minda Muslim atau apa sahaja nama
sekali pun ) perlu diberi penekanan yang lebih sebagai bekalan atau pendinding
diri bagi pelajar tersebut apabila masuk IPT nanti.
Dengan itu diharapkan bekas pelajar program ini akan meneruskan program
jemaah Islam melalui usrah-usrah dan harakah-harakah Islam di tempat mereka
belajar dan berkerja nanti.
Bagi pelajar yang tidak atau lambat mendapatkan tempat di IPT serta
berminat untuk meneruskan pengajiannya boleh teruskan di Semester
Ke 2. Satu sijil bahasa arab perlu dikeluarkan dan sijil ini boleh
digunapakai bagi kemasukan Diploma Pengajian Islam IPT awan atau swasta.
Sijil ini juga boleh digunakan untuk memasukki IPT luarnegeri (negeri arab)
bagi jurusan selain pengajian Islam seperti Perubatan di Mesir, Kejuruteraan
di Sudan dan lain-lain.
Justifikasi Keperluan Program Ini.
1. Untuk melahirkan lebih ramai ulamak.
2. Sebagai kem motivasi kepada pelajar lepasan SPM untuk menjadi kader
kader jemaah Islam.
3. Supaya pelajar-pelajar tidak menlaksanakan gerakkerja yang tidak
berfaedah dan tidak menberi menafaat, walaupun pada pandangan masyarakat
menberi manafaat sepereti menyertai Rakan Muda, menyertai pesta-pesta sukan,
hiburan serta menyertai kelas-kelas pengajian yang merapu.
4. Untuk mencungkil bakat ulamak dari kalangan cerdik pandai. Maksudnya
ada pelajar cemerlang yang tidak berpeluang memasuki aliran agama sejak
dari tingkatan satu, tapi mereka ini menpunyai kesedaran dan ruh Islam
yang tinggi.
5. Bagi menberi kefahaman yang mendalam dan menyeluruh kepada pelajar
lepasan SPM, supaya mereka mampu berhujah dan memimpin dan tidak terpegaruh
dengan idelogi sesat dan merapu seperti Jemaah Tabligh, Ai Arqam, Tarikat
tarikat tak tahu hujung pangkal dan lain-lain.
Contoh contoh untuk dijadikan tauladan.
Ada beberapa individu yang asalnya bukan dari aliran agama tertapi telah mengukir nama sebagai seorang ulamak, seorang pejuang Islam serbaboleh, walaupun mereka-mereka ini bukan didalam perancangan mana-mana pihak berkuasa.
1) Peringkat Antarabangsa:
Gulbuddin Hekmatyar, Fathi Yakan, Al-Maududi, N. Erbakan, AL Sahid Syed Qutb dan lain-lain.
2) Peringkat Nasional:
Y.B Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Ustaz Salehuddin Nasir dan lain-lain.
3) Peringkat Negeri:
Y.B Wan Hassan Wan Ramli dan lain-lain.
4) Peringkat Kampung:
Ini banyak termasuk Us. Assyeikh TSTS
Penutup:
Kertas ini adalah pendapat penulis sendiri melalui pengamatan dan pengalaman apabila berurusan dengan individu-individu yang berasal dari jurusan agama tetapi berubah arah kejurusan lain atau masih berada dalam Institusi agama tetapi memilih untuk hidup selesa dan tiada ruh perjuangan Islam serta individu dari jurusan lain tetapi menpunyai ruh Islam yang kuat.
Ini adalah pendapat semata-mata dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang atau pertubuhan. Pendapat ini dipersembahkan untuk dikongsi bersama demi melahirkan Generasi Islam yang gemilang.
Jika kertaskerja ini diterima, diharapkan merekamereka yang akan diprogramkan
ini akan menjadi kader-kader perjuangan Islam bagi mengerakkan Umat Islam
di Terengganu, Malaysia,
Sekian wassalam.
Disediakan Oleh
Tentera,
Panji Hitam
Dari Timur