Tiada siapa boleh menafikan pendapat Penulis
Tamu dalam Revolusi
Mentalnya, bahwa kemenangan PAS adalah kerana
dua kelompok pengundi yang
dinamakannya sebagai "Pengundi Senyap" dan
"Pengundi Protes". Justru,
calon-calon PAS akan disokong tanpa mengira
kewibawaan mereka. Kesemua
ini adalah kerana pergolakan politik negara
masa kini. Dengan ringkasnya
kemenangan PAS lebih didorong oleh penolakan
pengundi terhadap UMNO
daripada faktor tarikan oleh PAS. Walaupun
saya bersetuju dengan
pendapat di atas, saya rasa penulis tidak
berlaku adil memperlekehkan
sumbangan ahli-ahli PAS di dalam pilihan
raya lalu, mengibaratkan
cawangan-cawangan PAS sebagai cawangan menampal
poster.
Sebahagian besar daripada kita hanya melihat
ahli-ahli PAS menampal
poster kerana kita tidak terlibat sepenuhnya
dengan gerakkerja pilihan
raya. Mungkin juga penulis tamu tergolong
di dalam golongan ini, justru
membuat kesimpulan yang tidak berasas. Sebagai
seorang pekerja pilihan
raya cawangan, saya ingin jelaskan di sini,
untuk pengtahuan umum, bahwa
ahli cawangan bukan sekadar menampal poster
tetapi juga terlibat dengan
tugas-tugas yang lebih sukar dan mencabar
seperti bancian pengundi,
kempen rumah-ke-rumah, menyekat penyebaran
maklumat palsu dan pengagihan
wang oleh UMNO dan berbagai lagi yang saya
fikir tidak perlu saya
jelaskan satu-persatu. Saya pecaya apa yang
dilaksanakan oleh cawangan
saya juga dilaksanakan oleh kebanyakan cawangan
lain. Oleh itu adalah
sungguh tidak adil bagi penulis memperkecilkan
sumbangan ahli PAS di
peringkat cawangan, malahan, pada pendapat
saya sumbangan mereka ini
adalah lebih besar daripada sumbangan se-setengah
calon itu sendiri.
Sekian, terima kasih.