Revolusi Mental
Penulis Tamu



Kalau diteliti keputusan pilihanraya baru-baru ini, tidak dapat tidak dapat diakui bahawa kemenangan PAS adalah kerana undi dari “Pengundi Senyap” dan undi protes dari ahli UMNO yang tidak berpuas hati terhadap pimpinan mereka.

Mereka-mereka ini adalah dari golongan yang membuat penilaian sendiri keatas suasana semasa dan  bukannya dari kempen-kempen terutamanya “Pengundi Senyap”. Undi yang diberi bukan kerana undi terhadap individu(Calon).Dalam pilihanraya lepas, calon-calon PAS akan disokong tanpa mengira keperibadian mereka.Ini adalah satu kelebihan yang diperolehi oleh PAS dari penggolakan negara masa kini.

Pada pendapat saya, PAS tidak boleh mendabit dada mengatakan kemenangan lalu adalah kemenangan ahli PAS. Berapa ramaikah ahli PAS yang berani mengatakan mereka telah berkempen bermati-matian. Dari apa yang dilihat kebanyakan cawangan-cawangan PAS hanya sekadar Cawangan Menampal Poster sahaja, tidak lebih dari itu. Mereka bermati-matian menampal poster untuk memeriahkan suasana dan sebagai sokongan moral.

Jadi timbul persoalan “adakah pilihanraya akan datang PAS dapat menyakinkan pengundi tersebut supaya terus mengundi PAS….”.

Golongan ‘senyap’ ini bukalah dari golongan yang berlumba-lumba meneroka tanah selepas kemenangan, pun bukan dari golongan yang berebut meminta projek-projek atau kawasan balak.

Dua golongan perlu diberi perhatian oleh Pimpinan PAS iaitu golongan yang ‘dahaga’kan tanah-tanah dan projek-projek, maka apabila dapat habuan mereka akan tersenyum lebarlah mereka memuji parti. Tetapi golongan ‘senyap’ ini ….bagaimana?...mereka bukan dari jenis diatas yang bersifat kebendaan. Mereka-mereka ini lebih memilih untuk mendapat janji perubahan dari system pentadbiran yang dijanjikan supaya mendapat suasana kehidupan harian yang lebih sempurna.

Perkara yang sedang diperhatikan oleh Pengundi Senyap saya rasa ialah:-
1. Sistem pentadbiran negeri
2. Sistem pentadbiran kampung
3. Sifat ‘Orang PAS’:- ( eg. Lalulintas di Rusila – rasanya banyak lagi kawasan ditepi pantai untuk dijadikan tempat jualan bukan ditepi jalan yang mengganggu lalulintas terutama bagi mereka yang kecemasan – bayangkan jika orang nak bersalin pada pagi Jumaat yang perlu ke Kuala Terengganu……NAYAAAA!
4. Janji pilihanraya

Kesimpulannya kepada ahli-ahli PAS, diri kita sendiri perlu perubahan yang besar. Kesianlah kepada Pimpinan PAS jika mereka perlu menangani perkara yang remeh. Sayanglah  ISLAM yang diperjuangkan. Buangkan kepentingan peribadi. Binalah masyarakat yang harmoni. Bersifat ‘Gentleman’lah.