Ku Li: Royalti Rakyat Juga
By Kapal Berita
2/11/2000 am
Selepas Rais mendedahkan semua minyak kerajaan pusat berhak ke atasnya,
Tengku Razaleigh pula bersuara selepas lama berdiam. Malangnya dia pun
dua kali lima juga....Sekaligus Razaleigh memperbodohkan dirinya sendiri
yang "gatal" menurunkan tandatangan. Walaupun begitu, Razaleigh kelihatan
memberi komen yang agak samar dan tak kesah siapa. Bagi beliau, ia seharusnya
dipulangkan kepada rakyat tidak kira siapa pemberinya.
LOGIK YANG MUDAH - TIDAK PERLU BERDARAH RAJA
Kalaulah memang benar Terengganu tiada hak langsung ke atas minyaknya
kenapa pula Petronas "gatal" tangan dan memberi wang royalti kepada Terengganu
pula. Malah kerajaan pusat sendiri mahu menyalurkan sebahagian rompakkan
ini kepada JPP baru(a) dalam negeri Terengganu juga. Nampak jelas kerajaan
"mengiktiraf" milik dan hak rakyat - walaupun kita ragui apakah ia satu
keikhlasan atau cuba menunjuk banyaknya wang? Atau terasa bersalah kerana
menggali lubang di tanah orang?
LOGIK PERSURATAN YANG MUDAH
Mungkin kita perlu tanya apakah poskod persuratan semua pelantar yang
terletak diperairan Terengganu. Sudah tentu kesemuanya akan beralamat dengan
nama negeri Terengganu, jika tidak posmen pun tidak tahu!. Bukan itu sahaja
- semua kepala surat, logo, chop dan cukai-cukai Petronas di situ terpaksa
meminjam nama Terengganu. Jika nama itu tidak ada, tiadalah hak Malaysia
untuk mempertahankannya!
TIDAK LOGIK: PUSAT CAMPUR TANGAN URUSAN
Walau apapun, tindakkan pusat itu jelas sudah mencampuri urusan dalam
sebuah negeri yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui saluran pilihanraya.
Rakyat mengundi BA kerana tidak sanggup berketuakan pemimpin umno yang
gagal membawa pembangunan. Sebaliknya mereka yang masih kais pagi kais
petang itu terpaksa menanggung lagi hutang dan tol jalan walaupun hasil
minyaknya banyak dan asyik berlimpahan.
LOGIK KU LI: RAKYAT TIDAK MARAH?
Malang sungguh Tengku Razaleigh - masih menganggap rakyat tidak marah
kepada Barisan Nasional walaupun ia cuma tinggal beberapa kerusi..... Agaknya
jika semua kerusi itu hilang dalam pilihanraya ditahun akan datang barulah
beliau dapat mengukur sayang atau tidaknya rakyat kepada sekalian menteri.
Jika Tengku Razaleigh mahu tahu apakah perasaan rakyat terhadap tindakkan
yang "berguna" oleh pusat - adakan sahaja satu pungutan suara. Kita pasti
umno akan malu dan cabut lari sebelum keputusannya diumumkan nanti.
--------------------------------------------------------------------------------