SERUPA
1. Terdapat unsur rompakan.
Kenaikan harga minyak akibat penarikan semula subsidi adalah merupakan rompakan ke atas kesejahteraan rakyat melalui peningkatan harga umum. Kuasa beli rakyat akan merosot dan seterusnya rakyat menjadi lebih miskin secara relatif berbanding sebelum penarikan subsidi. Penarikan royalti minyak yang merupakan hak rakyat Trengganu, juga bermakna merompak kesejahteraan mereka dengan menghalang segala pembangunan yang hanya bersumberkan wang royalti tersebut.
2. Jenis barang yang serupa.
Jenis barang yang terlibat adalah serupa iaitu petroleum. Walaupun kenaikan harga petrol akibat penarikan subsidi meliputi harga diesel yang merupakan suku sakat kepada petrol juga, tetapi kedua-duanya adalah hasil bumi yang sepatutnya dinikmati oleh seluruh rakyat di Malaysia. Walaupun begitu, jika diselami dengan lebih mendalam, jenis barangan yang terlibat dalam rompakan melalui penarikan subsidi adalah lebih menyeluruh sehingga kepada barangan dan perkhidmatan asasi rakyat seperti makanan, pengangkutan, pakaian, pendidikan dan sebagainya.
3. Perompak yang sama.
Kedua-dua rompakan tersebut dilakukan oleh kumpulan bangsat di kalangan parti najis UMNO BARU(A), iaitu perompak alaf baru yang lebih rakus dari kumpulan Abu Sayyaf. Rompakan di ketuai oleh panglima berhidung besar, general lanun Mahathir Mamakutty @ P***M**.
4. Mangsa rompakan.
Mangsa rompakan adalah rakyat jelata yang memberikan kemenangan kepada perompak tersebut untuk terus memerintah negara "barbarian" ini. Tetapi mangsa yang paling teraniaya adalah rakyat Trengganu kerana kedua-dua rompakan tersebut melibatkan kerugian besar kepada mereka. Keadaan mereka ini adalah amat sesuai dengan pepatah Melayu yang berbunyi "sudah jatuh, ditimpa tangga".
5. Melanggar perjanjian.
Menaikkan harga minyak akibat penarikan subsidi merupakan satu pelanggaran perjanjian di antara kera(jaan) dengan rakyat. Semasa pilihanraya umum lalu, kera(jaan) berjanji akan terus memberi kesejahteraan kepada rakyat jika dibenarkan terus memerintah negara. Tetapi, biarpun telah menang, golongan munafik ini telah enggar dengan janji mereka dengan terus membiarkan rakyat terhimpit bukan sahaja akibat kemelesetan ekonomi yang berterusan, malah peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak terkawal. Penarikan royalti minyak dari kerajaan negeri Trengganu pula jelas menunjukkan pelanggaran perjanjian yang telah dimeterai di antara Petronas dan kerajaan negeri.
6. Pembahagian hasil rompakan.
Hasil rompakan melalui penghapusan subsidi minyak yang dianggar berjumlah RM3.2 bilion dan mungkin mencecah RM5.4 bilion akan diagihkan kepada rakyat miskin (?) melalui satu mekanisma yang belum ditetapkan lagi. Namun, dijangka mekanisma yang akan digunakan menyerupai, walaupun tak sama dengan kaedah penyaluran hasil rompakan dari penarikan royalti minyak yang akan disalurkan melalui JPP. Kedua-dua mekanisma ini dijangka akan menggendutkan lagi perut-perut perompak dan lanun kera(jaan) yang semakin menjadi tamak haloba mengikis hak rakyat.
7. Kesulitan merompak.
Walaupun dari segi amaun, jumlah rompakan melalui penarikan subsidi adalah lebih besar, tetapi ianya jauh lebih mudah dilakukan berbanding dengan rompakan melalui penarikan royalti, kerana penarikan royalti memerlukan kera(jaan) berhadapan dengan proses undang-undang. Namun, ada pihak mengatakan bahawa kedua-duanya adalah sama sahaja jika proses undang-undang dilakukan di mahkamah kera.
TAK SAMA
1. Tempat rompakan
Kedua-dua rompakan yang dilakukan lanun kera adalah di tempat yang berasingan. Rompakan melalui penarikan subsidi dilakukan di seluruh negara, manakala rompakan melalui penarikan royalti hanya berlaku di Trengganu.
2. Tujuan rompakan
Penarikan subsidi petrol lebih bertujuan untuk memenuhi semula kantung perompak yang semakin berkurangan akibat kemele(setan) ekonomi mereka. Sikap boros yang mereka contohi dari Soros membuatkan kocek poros sehingga terpaksa melakukan rompakan terhadap rakyat sendiri. Rompakan melalui penarikan royalti pula adalah lebih bertujuan membalas dendam ke atas rakyat Trengganu yang terlalu berani menyepak terajang kera(jaan) yang dikuasai oleh pemimpin yang berhidung besar yang diiktiraf oleh seluruh negara dunia ketiga
3. Jumlah rompakan
Jumlah rompakan melalui penarikan subsidi melibatkan wang berbilion-bilion ringgit. Manakala rompakan melalui penarikan royalti hanya berjumlah ratusan juta ringgit sahaja. Namun jika dihitung dari segi agama, kedua-duanya mempunyai nilai yang sama iaitu bersamaan dengan harga sepasang tangan sehingga ke pergelangan.
4. Tahap profesionalisme
Rompakan melalui penarikan subsidi adalah lebih berhemah dengan kera(jaan) memaklumkan kepada rakyat lebih dahulu bahawa mereka akan dirompak. Kera(jaan) sebagai lanun yang bertanggungjawab juga memberi amaran kepada lanun-lanun lain agar tidak lagi merompak rakyat dengan menaikkan harga barang-barang asas. Di sinilah letaknya ketinggian tahap profesionalima lanun-lanun negara. Sedangkan penarikan royalti dilakukan secara tiba-tiba dengan hanya memberi makluman dalam masa yang amat singkat melalui sekeping surat layang yang berkepala surat Kementerian Kewangan Malaysia. Rakyat Trengganu pula tidak terbela. Namun, sekiranya lanun-lanun ini adalah lebih profesional, mereka akan mengecualikan penarikan subsidi minyak ke atas negeri Trengganu kerana rakyat Trengganu telah menjadi mangsa rompakan melalui penarikan royalti minyak. Tetapi apakan daya, lanun berhati binatang mana mungkin mempunyai sifat peri kemanusiaan.
5. Tempoh rompakan.
Rompakan melalui penarikan subsidi minyak dijangka berlaku dalam masa yang amat pantas, sepantas P***M** membuangkan lendir dari hidungnya yang besar itu. Manakala, rompakan melalui penarikan royalti dijangka akan berlarutan bertahun-tahun kerana ia terpaksa melalui proses mahkamah kera atau mahkamah antara bangsa.
6. Senjata rompakan.
Senjata yang digunakan untuk merompak kesejahteraan rakyat melalui penarikan subsidi minyak hanyalah berupa air liur basi P***M** yang terpancut dari mulutnya. Sepatah kata dari P***M** sudah cukup untuk mendapat hasil rompakan yang begitu lumayan. Senjata yang digunakan untuk merompak rakyat Trengganu pula adalah lebih canggih dari air liur basi P***M** itu, yakni senjata undang-undang yang sudah pasti menawarkan risiko yang bukan kecil kepada parti berkarat UMNO BARU(A).
WALAU BAGAIMANAPUN, ROMPAKAN TERBESAR YANG DILAKUKAN OLEH P***M** DAN KERA-KERA PELIHARAANNYA ADALAH ROMPAKAN KE ATAS KEBEBASAN RAKYAT YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN TERHIMPIT.
LAWAN TETAP LAWAN PEROMPAK DAN LANUN!
ALLAHUAKBAR!
BOMOHDIN