ROYALTI : JALAN HAMPIR TERANG
Kejadian Rampasan serta rompakan
hasil royalti minyak Terengganu telah mengejutkan semua pihak seluruh negara
rakyat Malaysia yang mempunyai
akal yang waras kecuali Umno,merasakan ini suatu kezaliman yang mesti diajar
pada pilihanraya umum yang
akan datang.Malah simpati dihati kecil ahli Umno ada yang tidak boleh disimpan
lagi.Malah
mereka mula meluahkan rasa
hatinya.Perkara ini ternyata jelas akan kezalimannya.Kalau benarlah cara
atau kaedah
pemberian duit tersebut
sebelum ini tidak menepati sepertimana perjanjian yang dimeterai bersama
antara Kerajaan Terengganu
ketika itu dan Petronas
maka kerajaan Terengganu sepatutnya kena membayar balik wang royalti yang
diterima selama ini.
Lagi pun dalam perjanjian
tersebut hanya yang terlibat adalah Kerajaan Terengganu dan Petronas,tapi
tak semena-mena kerajaan
pusat yang mengada ngada
campur tangan.Itulah penderaan yang paling besar dan gila kuasa yang paling
gila telah berlaku dalam
sejarah pentadbiran negara
ini.Malah dunia juga memerhati hal ini.Namum kerana butanya matahati pemimpin
Umno,maka akan
buat apa saja,walaupun ia
nya tidak bermaruah serta langsung tidak beratika.
Namum begitu perkembangan mutakhir ini nampaknya bulan mengambang semakin
terang di Terengganu,isu ini akan di bawa
ke mahkamah,biar rakyat
menilai,mengikuti perjalanan perbicaraan itu nanti,sepertimana minatnya
rakyat mengikut kes perbicaraan
DSAI.Kita langsung tidak
gusar dengancerdiknya rakyat Malaysia hari ini.Semakin cerdik rakyat Malaysia
sebenarnya semakin pupus penyokong umno.Walaupun mungkin keputusanya kelak
tidak memihak kepada Kerajaan Terengganu,namum kesedaran atau mungkin ia
salah satu mata pelajaran pendidikan kepada rakyat seluruh negara.Prestasi
penyampaian rakyat didalam mata pelajaran kesedaran pertama telah iaitu
kes DSAI amat memberansangkan.Hasilnya majoriti orang melayu berpehak kepada
BA.
Sokongan Melayu kepada Umno
tersangat pupus ,sepertimana pupusnya telor penyu di Rantau Abang Terengganu.
Menyedari hakikat diatas maka ,Umno dan kerajaan pusat tidak mahu lagi
sejarah hitam perjalanan pembicaraan DSAI
berulang,maka tidak boleh
tidak mereka cuba memikirkan satu jalan untuk keluar dari kemelut ini.Kalau
kes royalti dimenangi oleh
kerajaan pusat maka dunia
semua tahu yang kerajaan Malaysia melanggari suatu perjanjian yang dibuat
secara sah,semetelah
lagi kalau kes tersebut
dimenangi kerajaan Terengganu.Maka untuk tidak terus imej pemimpin terus
jatuh dan jatuh maka Umno
telah mencipta satu isu
supaya orang melayu bersimpati denganya.Atas kesedaran perpecahan melayu
kononya maka PAS telah
dijemput untuk berbincang
mengatasi perkara tersebut.Bagi PAS berbicangan ini amat dialu alukan,ini
kerana sebelum ini telah
beberapa kali PAS menhantar
surat kepada Umno untuk bermuzakarah.Dikhabarkan bahawa antara agenda yang
akan dibincang nanti adalah pemberian semula Wang royalti hasil Petrolium
kepada Kerajaan Terengganu.Kononya atas rasa tanggujawab bahawa
Kerajaan Terengganu dimiliki
oleh 100 % orang melayu maka hak itu akan dikembalikan.Kalangan pemimpin
Umno Terengganu
amat tidak senang dengan
cara ini.Biro penerangan Umno diarahkan supaya menyebarkan kononya PAS
bersedia bersama Umno
seterusnya bersekutu didalam
BN.Seterusnya beberapa jawatan penting dalam kabinet akan diperuntukkan
kepada Pemimpin tertinggi PAS.Inilah kedudukan kekalutan dan delima Umno
pada hari ini.Mereka memainkan isu ini,YB Dato'Presiden PAS dengan
tegas menjelaskan bahawa
pemimpin PAS dan BA bersedia menyertai Kabinet sebaik sahaja keputusan
Piliharaya yang akan datang diumukan dan ketika itu huruf BN telah bertukar
menjadi BA.
singnal
Kementerian Penerangan..