ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

13 projek rumah di T'ganu dibatalkan
Zakiah Koya

 Kerajaan pusat menarik semula 13 projek pembinaan rumah kos rendah di Terengganu dengan alasan ia diberikan kepada kerajaan negeri dahulu di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

"Kalau kerajaan pusat meneruskan projek (itu) di Terengganu, kerajaan pusat tidak percaya kerajaan PAS Terengganu tidak akan mempolitikkan lagi isu ini," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ong Ka Ting semasa sesi perbahasan Belanjawan 2001 di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau menjelaskan isu yang ditimbulkan Mustafa Ali (PAS-Dungun), yang juga seorang anggota kanan majlis mesyuarat negeri itu.

"Rakyat tidak seharusnya dikorbankan kerana dendam politik kerajaan pusat," kata Mustafa, yang menganggap menteri berkenaan sengaja tidak bersedia memberikan alasan sebenar penarikan projek tersebut.

Pemimpin PAS itu mendedahkan semua projek perumahan ditarik balik beberapa bulan lalu, termasuk sebuah di Marang yang telah dikeluarkan tender dan pemaju juga telah membelanjakan wang untuk membangunkannya.

Menteri itu berkata projek itu ditarik kerana perjanjian itu dibuat antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri BN sebelum ini.

Mustafa tidak menyatakan sebarang butiran terperinci projek-projek itu dalam sidang dewan tadi tetapi bercadang mendedahkannya secara berperingkat-peringkat selepas ini.

Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) juga meminta penjelasan punca-punca terdapat projek perumahan kos rendah yang siap dibina tetapi tidak dapat dijual atau disewa kerana tiada keperluan kediaman di tempat ia dibina.

Ong menyokong Chong dengan menyatakan memang terdapat projek rumah sedemikian kerana pemilihan tempat yang tidak strategik.

"Oleh itu, untuk mendapatkan tempat strategik, kementerian mencadangkan untuk mengenal pasti kawasan tanah di kawasan bandar dan menampung separuh kos tanah tersebut supaya pemaju dapat membina rumah kos rendah di tempat strategik.

"Tetapi ini hanya akan dapat dilakukan apabila ekonomi kita sudah pulih sepenuhnya," jawab Ong.

*Ulasan :Hutang yang dibuat kerajaan BN dulu tak tarik balik ke ???????