Penulis Tamu
Mencari
Kelainan di Rumah MB Terengganu
Oleh
DINSMAN
Jumaat
3 Disember 1999, itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di salah satu
laman atau dataran atau
kampus
yang paling ramai dan kerap dikunjungi orang di Malaysia, sejak beberapa
tahun lalu.
Sudah
lama saya mendengar cerita bahawa setiap pagi Jumaat ribuan orang berkumpul
di laman Masjid Rusila
di
Terengganu itu. Mereka berkumpul kerana hendak mendengar ceramah Tuan Guru
Haji Abdul Hadi
Awang.
Ada yang datang dari luar Terengganu, dari Kedah atau dari Kuala Lumpur,
semata-mata untuk
mendengar
kuliah Tuan Guru tokoh PAS yang terkenal itu.
Setiap
Jumaat, pukul 9.00 pagi, Abdul Hadi Awang menyampaikan kuliah agamanya.
Tetap. Sejak beberapa
tahun
lalu. Begitulah. Tetapi saya belum pernah ke sana hinggalah pagi Jumaat
pertama selepas Abdul Hadi
Awang
mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, berjanji akan menjalankan
pemerintahan yang adil
sebagai
Menteri Besar Terengganu yang baru.
Pagi
itu saya tiba lewat. Terpaksa meletakkan kereta kira-kira 800 meter dari
masjid tersebut, dan berjalan
kaki.
Suara Hadi Awang sedang menyampaikan kuliahnya dapat didengar dari jarak
yang jauh, cuma agak
kurang
jelas.
Kawan
saya Abdul Latif dari Kuala Terengganu yang biasa ke situ, mengajak saya
terus ke rumah Hadi.
Memang
saya beritahu dia saya hendak tengok rumah Hadi Awang, menteri besar yang
kedua daripada parti
PAS
sejak 1990, iaitu selepas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.
Kalau
Nik Aziz terus tinggal di rumah dia sendiri walaupun setelah menjadi menteri
besar, besar
kemungkinannya
Hadi Awang juga akan buat demikian. Itulah yang menyebabkan saya ingin
tengok
rumahnya.
Orang
memang ramai. Beribu-ribu. Tetapi mereka tidaklah duduk berasak-asak hingga
sukar kita hendak
berjalan.
Mereka duduk merata-rata, dan duduk secara selesa, khusyuk mendengar kuliah.
Saya dan
kawan-kawan
pun tidak sukar berjalan terus hingga ke hadapan tangga rumah Hadi, Menteri
Besar di negeri
yang
terkenal dengan kekayaan hasil minyak dan gas itu.
Sebelum
pilihan raya 29 November 1999 Abdul Hadi Awang sudah dua penggal menjadi
Ahli Parlimen
Malaysia.
Tetapi rumahnya tak ada beza apa-apa dengan rumah kebanyakan orang kampung
yang sederhana.
Bukan
macam kebiasaan rumah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Rumah kayu biasa,
yang sudah lama
dibina.
Tak ada apa-apa keistimewaan. Tangga pun tangga kayu.
Ada
beberapa orang sedang duduk di beranda rumah itu. Duduk mendengar kuliah,
kerana di bahagian atas
beranda
itu ada dipasang sebuah pembesar suara. Jadi memang jelas mendengar kuliah
dari situ. Saya pun
turut
naik ke beranda rumah Menteri Besar itu untuk meletakkan kaset rakaman,
apabila diumumkan bahawa
Menteri
Besar akan menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Menteri Besar, sebaik-baik
sahaja selesai
kuliah
agama mingguannya.
Selepas
meletakkan kaset perakam di tepi pembesar suara, saya pun duduk di atas
tangga. Sebelum itu tadi
saya
melihat memang ada orang duduk di atas tangga itu, sambil mendengar kuliah.
Saya sengaja duduk di
situ,
untuk merasakan satu pengalaman unik: "duduk di atas tangga rumah seorang
Menteri Besar sambil
mendengar
ucapan sulungnya yang disampaikan di masjid yang terletak bersebelahan
rumah itu."
Apakah
ini bukan satu pengalaman yang unik? Bagi saya ia sungguh unik. Anda tidak
mungkin menemui
pengalaman
yang sebegini dengan menteri-menteri atau menteri besar yang lain. Anda
seperti sedang duduk di
atas
tangga sebuah rumah rakyat biasa di kampung, sambil mendengar orang berceramah.
Padahal hakikatnya
anda
sedang duduk di atas tangga rumah seorang Menteri Besar bagi sebuah negeri
yang terkenal dengan
kekayaan
hasil minyaknya.
Walaupun
waktu itu Hadi Awang belum lagi mengumumkan dia akan terus tinggal di rumahnya
atau berpindah
ke
rumah rasmi menteri besar, saya seperti yakin dia akan terus tinggal di
rumahnya itu.
Dan
saya cuba membayangkan bagaimanakah gaya hidup seorang menteri besar yang
kerjanya mentadbir
sebuah
kerajaan negeri, dan dia tinggal di rumah kayu standard rakyat kampung
biasa sahaja, yang barangkali
juga
nanti tidak ada pengawal pun yang akan mengawasi orang keluar masuk ke
kawasan rumahnya.
Saya
berfikir-fikir, kalau Hadi memang mengikut jejak Nik Aziz, terus tinggal
di rumahnya ini, dan rumah ini
pun
terus kekal dalam keadaan begini sahaja, tidak diubahsuai, wah … hebat!
Bukan hebat rumahnya, tetapi
hebat
orangnya. Ia pasti akan membawa satu pembaharuan kepada imej menteri di
Malaysia,
memperkukuhkan
lagi imej yang telah mula dibina oleh Nik Aziz.
Ia
akan mengubah tanggapan rakyat Malaysia terhadap menteri dan menteri besar.
Bahawa menjadi menteri
itu
tidak semestinya duduk di rumah batu yang besar dan mewah, yang dipagari
dengan tembok yang tebal
bagi
memisahkan mereka dengan rakyat, dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat
untuk memasuki rumah
mereka.
Kenapa
mesti demikian? Nik Aziz telah membuktikan bahawa walaupun tinggal di rumah
rakyat biasa, dia
tetap
dapat menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar, dan rakyat Kelantan berpuas
hati dengan
pemerintahannya.
Setelah tamat dua penggal sejak 1990, dalam pilihan raya umum 29 November
lalu rakyat
Kelantan
sekali lagi memilihnya menjadi Menteri Besar. Dan kali ini dengan kelebihan
majoriti yang lebih
besar.
Rumah
Hadi Awang terletak bersebelahan dengan bangunan masjid, yang sekali gus
juga merupakan
sekolahnya.
Tingkat bawahnya sebagai masjid, iaitu tempat sembahyang dan tempat ceramah,
manakala tiga
tingkat
di atas adalah sekolah dan asrama.
Ada
beberapa persamaan dengan rumah Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Rumah
Nik Aziz juga
bersebelahan
dengan masjid, lebih tepatnya di belakang masjid; dan bersebelahan juga
dengan bangunan
sekolahnya.
Hanya bezanya Masjid Hadi Awang dengan sekolahnya dalam satu bangunan,
sedangkan masjid
Nik
Aziz bangunan yang berasingan daripada bangunan sekolah.
Ada
pagar kayu yang sudah uzur memagari rumah Hadi. Tetapi pintu pagar itu
yang terbuka di bahagian depan dan
bahagian tepi yang menuju ke masjid, menyebabkan kita tidak terasa pun
pagarnya.
Malam
itu, selepas maghrib, Hadi Awang mengadakan sidang media di rumahnya. Anjung
rumah itu memang
sangat
sempit untuk sidang media seorang Menteri Besar, yang turut dihadiri juga
oleh wartawan asing. Terasa
seolah-olah
akan runtuh lantai papan anjung dan beranda rumah itu, menampung kira-kira
25 orang yang
hadir.
Menjawab
soalan seorang wartawan dalam sidang media itu, Hadi Awang mengesahkan
dia tidak akan
berpindah
ke rumah rasmi Menteri Besar di Kuala Terengganu, sebaliknya akan terus
menetap di rumahnya
sendiri
di Rusila, tempat sidang media itu diadakan.
Kira-kira
sebulan selepas itu, pada 30 Disember saya sekali lagi singgah di rumah
Menteri Besar Terengganu
ini.
Saya memang teringin hendak melihat suasana pagi di rumah Menteri Besar
yang tiada bezanya dengan
rumah-rumah
orang kampung di sekitarnya itu.
Saya
membayangkan di rumah-rumah orang kampung biasa kita boleh singgah untuk
bertanya apa-apa begitu
sahaja.
Ertinya, siapa-siapa sahaja bebas untuk pergi atau singgah di rumah itu.
Tak ada orang akan mengawal
atau
menyekat kita terlebih dahulu sebelum kita sampai ke tangga rumah.
Apakah
rumah Menteri Besar PAS ini juga demikian terbuka lepas seperti rumah-rumah
rakyat kampung
biasa?
Kami
tiba di Rusila agak awal pagi Khamis bulan Ramadan itu, belum pukul 8.00.
Harap-harap Menteri Besar
belum
lagi berlepas ke pejabat. Maka sampai sahaja di hadapan Masjid Rusila kami
terus membelokkan
kereta
memasuki lorong ke rumah Hadi. Kelihatan beberapa orang sedang berdiri
di depan rumah Menteri
Besar
itu. Kereta Mercedes biru pekat, kereta rasmi Menteri Besar, pun sedang
menunggu di depan tangga
rumah.
Betul,
setelah sebulan menjadi Menteri Besar, rumah Hadi Awang masih seperti dulu.
Hanya pagar kayu yang
sangat
uzur itu sahaja yang sudah diganti. Yang lainnya masih kekal seperti dulu.
Dan ketibaan kami pun tidak
disekat
oleh sesiapa. Memang rumah itu tidak ada pengawal keselamatan. Sama seperti
rumah Nik Aziz
Menteri
Besar Kelantan itu juga.
Mereka
yang sedang berdiri di laman depan rumah itu, selain pemandu dan dua orang
pegawai khas Menteri
Besar,
ialah dua tiga orang jiran sekampung yang saja-saja duduk berbual di situ,
sambil meraikan Menteri
Besar
yang akan pergi ke pejabat. Hal seperti itu adalah satu kebiasaan bagi
orang-orang kampung.
Menunjukkan
kemesraan dan kebebasan hubungan mereka sebagai jiran. Ternyata Hadi tidak
mengubah gaya
dan
cara hidupnya, walaupun telah menjadi Menteri Besar.
Sambil
menunggu Hadi turun dari rumahnya, fikiran saya terlayang juga kepada kisah
menteri-menteri dari
Barisan
Nasional, khasnya yang berkaitan dengan rumah kediaman. Teringat kepada
heboh-heboh Menteri
Besar
Selangor apabila Datuk Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhamad Muhd
Taib. Kerajaan
Negeri
Selangor meluluskan perbelanjaan mengubahsuai kediaman Menteri Besarnya
sebanyak RM5 juta.
RM5
juta untuk ubahsuai rumah sahaja. Dan sementara menanti rumah tersebut
siap diubahsuai, Abu Hassan
tinggal
di hotel, yang belanjanya tentulah tidak kecil. Memang duit kerajaan. Tetapi
duit kerajaan itu duit siapa
kalau
bukan duit rakyat? Bagi menteri-menteri Barisan Nasional hal seperti itu
adalah perkara biasa. Itu
sebahagian
daripada budaya hidup membazir yang telah mereka jadikan seolah-olah satu
kemestian apabila
menjadi
menteri.
Demikian
juga dengan mahligai terbaru Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Lebih daripada
RM200
juta duit rakyat dibelanjakan, bagi menyiapkan ‘istana’ mewah kebanggaannya
itu. Dan Mahathir
cuba
meyakinkan (memperdaya) rakyat bahawa budaya hidup menteri dengan rumah
mewah mereka itu
adalah
satu keperluan, dan bukannya membazir.
Bersyukurlah
kita kini tampil pula seorang lagi menteri (selepas Nik Aziz) yang membuktikan
bahawa menjadi
menteri
tidak semestinya mengamalkan budaya hidup membazir.
Tiba-tiba
pintu depan rumah Hadi terbuka. Seorang perempuan bertudung litup keluar
meletakkan sepasang
kasut
di beranda, dan menghilang semula ke dalam. Sebentar kemudian Hadi Awang
Menteri Besar
Terengganu
pun keluar, dalam pakaian biasanya, jubah dan serban. Tiada kot dan tiada
tali leher. Dia
memakai
kasut yang disediakan oleh isterinya tadi, lalu berjalan turun.
Selepas
bersalaman dengan kami dia pun memasuki kereta, bersama pegawai-pegawai
yang sedia
menunggunya
tadi. Kemudian kereta pun bergerak membawanya ke Wisma Darul Iman, Kuala
Terengganu.
Saya
dan kawan-kawan meneruskan perbualan dengan jiran-jiran tadi, yang saja-saja
datang melihat Menteri
Besar
mereka pergi kerja.
Rencana ini pernah disiarkan didalam sebuah majalah terbaru terbitan Pemuda. |