Alangkah malangnya negeri Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan
pelbagai hasil tetapi muncul pula sebagai negeri yang paling teruk menjadi
tamu kepada jenayah koporat yang rugi memanjang walaupun ketika negara
tidak diancam merudumnya saham dan ekonomi menjunam. Alasan nilai yen dikatakan
penyebab malang walaupun industri lain di negara ini yang bergantung kepada
nilai yen masih dapat makmur tanpa hutang dan suntikan dana penyelamatan.
(pinjam style MT..:) )
Umno yang telah sekian lamanya berkuasa di situ gagal membuahkan satu
formula untuk menghidupkan taraf hidup rakyat yang serba dhaif dinegeri
yang banyak rakyatnya bergantung harapan kepada pantai lautnya yang membuahkan
industri ikan dan keropok ikan.
Sebaliknya umno menghantar pula formula2 yang meranapkan lagi nasib
rakyat Terengganu yang sudah malang itu. Rakyat Terengganu dihadiahkan
dengan menghantar Yusof Nor yang kita tahu amat "pandai" bermain wang BaitulMal
sehingga berjuta lebur sekelip mata angkara "fatwa" nya yang sampai kini
tiada sesiapa yang dapat mendakwa. Atau Wan Mokhtar yang begitu pakar menguruskan
wang sehingga banyak anak syarikat kerajaan negeri berhutang keliling pinggang
serta "hidup pun segan mati pula tak mahu" umpama nyawa-nyawa ikan.
Tidak lupa juga seorang samseng yang menghilangkan diri bila rakyat
menjadi curiga dan pihak akauntan datang memeriksa akaun pejabatnya. Bukankah
dia asyik menulis chek untuk dimasukkan ke dalam sakunya sendiri sambil
bergaya menulis bil berjuta2 dengan tangan kirinya pula. Sudah pasti ia
diiring pula dengan satu ketawa yang amat panjang bunyinya memikirkan betapa
mudahnya beliau mengambil wang tanpa perlu bimbang pihak polis atau BPR
datang kerana wang yang berbillion itu akan membuatkan mata mereka semua
itu terpejam. Kini beliau muncul kembali kerana yang ditakutinya itu sudah
pun dihumban ke sel di Sungai Buloh tiada upaya untuk mengesan dan menggeledah
dokumen asalnya yang memang pincang.