MENTERI Kerja Raya, S Samy Vellu berkata
pihaknya akan mengadakan
rundingan dengan kerajaan Terengganu
untuk menyelesaikan pengambilan
tanah untuk projek Lebuh Raya Pantai
Timur (LRPT) peringkat kedua iaitu
dari Cendering ke Bukit Besi, di Terengganu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan
tambahan Dr Jamaluddin Jarjis
(BN-Rompin) yang cuba menimbulkan isu
tol dengan membuat tuduhan
PAS membantah tol tetapi bila mahu
meneruskan lebuh raya di negeri itu
sebaliknya menerima tol.
Soalan itu ditimbulkan sementara Menteri
Besar Terengganu, Tuan Guru
Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen
Marang turut ada dalam
Dewan Rakyat.
|