SETAHUN BERLALU ESOK MENANTI
Assalamualaikum,serta salam sejahtera:
Setelah setahun berlalu,kerjaan PAS Terengganu mengharungi onak dan
duri
didalam mentadbir kerajaan Terengganu.Pelbagai kerenah dari dalam dan
dari luar.
Didalam kerajaan menghadapi kerenah ahli Parti serta kakitangan kerajan
negeri itu sendiri
sementara halangan dan rintangan dihadapi dari Kerajaan pusat serta
musuh yang nyata iaitulah
Umno.Terbaru permasalahan perlantikan jawatankausa Masjid yang rata-rata
telah disabotaj
oleh pegawai dari Jabatan Agama itu itu sendiri.Permasalahan ini paling
tidak menjelaskan
lagi sikap kebobrokan pegawai -pegawai dijabatan agama.Sebenarnya ketika
PAS berhadapan dengan Umno
dulu,iaitu sebelum mengambilalih kerajaan Terengganu,mereka -mereka
inilah yang menjadi peluru
Umno untuk dihalakan kepada PAS.Namum atas sikap telus,kerajaan PAS
memberi ruang dan peluang
kepada mereka untuk membetulkan kesesatan serta kejahilan diri masing
masing untuk sama-sama
mengiringi kerajaan didalam menjayakan wawasan MEMBANGUN MENURUT ISLAM,namum
hakikatnya,keras kepala dengki khianat mereka ini terus menggunakan
kedudukan mereka untuk
meranapkan ruang yang diberikan tersebut.Telus kerajaan bukan bermakna
lemah,mereka ada hak
untuk membuat pilihan parti mana yang mereka anuti,namum jangan pula
sampai berusaha mengagalkan
usaha serta dasar yang dirancang oleh kerajaan.Saya adalah seorang
pegawai Kerajaan pusat,namum
begitu dasar pentadbiran oleh pusat kami laksanakan mengikut prosidur
yang ditetapkan.Kami menentang
Kezaliman Kerajaan pusat tapi sebagai manusia yang berakal dan menghormati
kerajaan pusat atas dasar
kami dibayar gaji diatas kerja titik peluh maka kami laksanakan sesuatu
prosidur mengikut yang telah ditetapkan oleh pusat.
Takut,........jauh sekali istilah tersebut dalam diri ini.Ingatlah
air yang tenang jangan disangka tidak dalam,segala
segalanya telah terserlah.antara kaca dan permata sudah nyata kelihatan
dari seatas atas hingga sekecil kecil.Yang
kaca kita gunakan pada tempatnya semetara yang intan tentulah di singgahsana.Mana
mungkin kaca hendak disalutkan
bersama emas.Saya merasa bangga dengan sikap pimpinan kerajaan negeri
yang tidak gopoh serta tenang didalam
menghadapi situasi ini.Kaca sudah menyerah diri,pelanduk sudah masuk
perangkap.Tanpa disangka sangka didalam
mereka menyusup rupa-rupanya disana ada perangkap.Satu persatu pelanduk
masuk perangkap...ah.....hendak
mengudur sudah terlanjur.......
Esok Menanti.....
Esok serta hari hari yang mendatang menjadikan kerajaan yang ada semakin
matang,halangan satu persatu pasti dilepasi....
Ujian mungkin semakin menggunung....Teruskan tanpa menoleh atau menyahut
suara suara yang menganggu di perjalanan,kerana suara itu jugalah menganggu
Rasulullah ketika peristiwa israk wal mikraj dahulu.Biarkan siluncai
talibarut Umno terjun dengan labu labunya.
Spanar2000