|
|
Tun Yang di Pertua, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih terhadap YDP Sultan Terengganu akan peranan baginda untuk mempastikan kelancaran peralihan pemerintahan kerajaan sesuai dengan kehendak rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Justeru itu, kerajaan Barisan Alternatif, pimpinan PAS di negeri Terengganu bersama-sama dengan rakan Alternatif telah pun berusaha untuk memperkotakan janji-janji kami dalam menifesto pilihanraya yang lalu dengan menghapuskan cukai pintu dan tanah, menghapuskan pembayaran tol, bekerja 5 hari seminggu serta perlaksanaan 3 bulan cuti bersalin. Kalau pun kita sedar akan segala usaha jahat pihak media perdana untuk memburuk-burukkan prestasi kerajaan Terengganu, namun kita tahu rakyat menyambut baik segala usaha pembelaan rakyat dan memaafkan apa jua kekeliruaan atau kekurangan yang terbit dari penyelewengan penyampaian media khususnya tentang isu kharaj. Rakyat sedar akan tuntutan kerja yang perlu digemblengkan untuk menggerakkan pembangunan negeri Terengganu yang mesti bermula dengan usaha pembersihan sebeleum Pelan Tindakan Induk pembangunan negeri dapat dilancarkan dengan berkesan.
Dalam pada itu, kita juga mahu kerajaan baru ini bermula dalam keadaan
meyakinkan setiap lapisan
Tun Yang DiPertua, merujuk kepada Titah YDP Agung, saya ingin untuk menyambut
cadangan
Kita juga bersetuju supaya masjid tidak dipolitikkan dan kekal sebagai
mimbar yang menganjurkan
|
|
|