K.Terengganu, 2 Jun, – Muktamar PAS ke 46 yang bermula semalam
pada 1hb. Jun, 2000 dengan Muktamar
Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di mana bandar K.Terengganu dipenuhi
dengan bendera-bendera parti ke
jalan-jalan utama menuju ke tempat-tempat muktamar. Muktamar Pemuda
telah diadakan di Dewan Tunku Abdul
Rahman, Dewan Muslimat pula bermuktamar di Pusat Keluarga, Yayasan
Pembangunan Keluarga (YPK). Manakala
Dewan Ulama telah mengadakan muktamarnya disebuah hotel terkemuka di
sini.
Kemuncak kepada muktamar PAS adalah pada hari ini di mana lebih 10,000
pemerhati telah berpusu-pusu menenuhi
ke tempat Muktamar PAS Pusat ke 46 yang diadakan di Stadium Negeri,
Kuala Terengganu sejak awal pagi lagi. Lebih
500 petugas Unit Amal PAS begitu sibuk bertungku lumus membantu anggota
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Terengganu untuk mengawal kelancaran lalu lintas di jalan-jalan utama
ke tempat muktamar PAS diadakan.
Mengikut pegawai urusetia Muktamar PAS ke 46, sebanyak lebih 10,000
kad-kad pemerhati yang disediakan telah
habis sejak jam 9:00 pagi lagi dan kad-kad tambahan sedang dicetak
untuk menampung permintaan ahli-ahli dan
pemerhati-pemerhati dari seluruh negara. Sambutan yang begitu menggalakkan
ini adalah diluar jangkaan
pegawai-pegawai urusetia Muktamar dan pemimpin-pemimpin PAS.
Ramai peniaga di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu yang ditemui menyatakan
rahmat kepada peniaga-peniaga
di sini kerana jualan mereka telah meningkat berlipat kali ganda berbanding
hari-hari biasa ekoran muktamar PAS
diadakan di sini. Malah ada yang menyatakan, mereka tidak silap memilih
kerajaan baru pimpinan PAS dalam
pilihanraya yang lalu dan berharap muktamar seperti ini akan diadakan
lagi dimasa-masa akan datang.