MEMBANGUN MENURUT ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" tinta_hijau@hotmail.com |
Keputusan sejarah hitam kehakiman
Harakah
PAS menganggap keputusan kes Anwar Ibrahim
hari ini menandakan kemuncak sejarah hitam yang menyelubungi
sistem kehakiman negara ini.
Presidennya, Dato' Fadzil Noor yang juga Ketua
Pembangkang berkata, rakyat telah menjangkakan keputusan yang
akan dibuat terhadap Anwar namun hukuman berat
yang dijatuhkan amat mengejutkan.
"Ia sekaligus mengesahkan andaian ada pihak
yang mahu memadamkan terus perjuangan politik Anwar menerusi
satu konspirasi politik", katanya dalam kenyataan
akhbar.
Menurutnya, keputusan hari ini bukan satu kekalahan
bagi Anwar tetapi adalah kekalahan bagi Mahathir kerana
beliau tidak berani menghadapi kenyataan.
"Jika beliau benar, sepatutnya beliau berdepan
dengan Anwar di mahkamah, sebaliknya Mahathir menikus dengan
memperalatkan mahkamah," ujarnya.
Beliau meminta rakyat mendoakan agar Allah
memberikan kekuatan kepada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dan
anak-anaknya agar mampu menerima hukuman itu
sebagai ujian.
Beliau juga menyeru agar segenap lapisan masyarakat
meneruskan perjuangan untuk membebaskan negara ini
daripada kerakusan seorang pemimpin yang gila
kuasa dan tidak malu memperalatkan seluruh institusi negara
khususnya polis dan mahkamah untuk mencapai
niat jahatnya.
Sementara itu, Presiden PRM, Dr Syed Husin
Ali pula menyifatkan hukuman ke atas Anwar itu sebagai usaha untuk
mengakhiri karier politik Anwar.
"Tetapi kami percaya bahawa hukuman yang tidak
adil itu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti kerajaan dan
kehakiman tetapi juga akan meningkatkan kemarahan
rakyat terutamanya Melayu," katanya.
Menurutnya, meskipun Anwar berada di Penjara
Sungai Buloh tetapi ia akan tetapi menghantui Dr Mahathir yang
semakin kehilangan kekuasaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Jawatankuasa
Sosialis Antarabangsa Asia Pasifik yang dihadiri oleh pelbagai parti
termasuk parti pemerintah dari New Zealand,
Mongolia dan Nepal serta perwakilan parti dari Jepun, India, Pakistan,
Filipina, Perancis, Itali, Sweden serta tetamu
termasuk pemenang anugerah Nobel Prize Laureate and Menteri Luar
Rimur Timor, Jose Ramos Horta, mengeluarkan
kenyataan bersama yang melahirkan rasa kecewa dengan hukuman
terhadap Anwar hari ini.
Persidangan yang diadakan di Wellington, New
Zealand itu turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Kit
Siang itu.
Di samping itu, pelbagai NGO termasuk Aliran
dan Suaram turut mengeluarkan kenyataan yang mengkritik
keputusan hukuman terhadap Anwar.