Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih. Saya hendak bertanya, berapa
exist loss ataupun kerugian yang
dialami oleh Petronas akibat daripada susutan nilai mata wang negara
daripada pelaburan-pelaburan yang
dikeluarkan di luar negara, dan keduanya ialah sama ada Petronas akan
membawa peniaga-peniaga tempatan untuk
pergi bersama-sama mereka di mana mereka melabur dalam membuat kerja-kerja
yang mereka jalankan di luar
negara?
Tan
Sri Bernard Giluk Dompok: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai maklumat
yang terperinci
tentang kerugian yang dialami oleh Petronas atas kemerosotan Ringgit
kita baru-baru ini. Tetapi saya ingin
maklumkan di Dewan ini bahawa harga minyak petroleum setong telah ‘menaiki’
hampir US$30 setong.
Jadi
bila Petronas telah membuat pelaburan di negara-negara asing, saya difahamkan
bahawa harga
minyak itu adalah di lingkungan AS$18 hingga AS$20 se tong, jadi kalau
pun ada kemerosotan daripada segi
pendapatan Petronas akibat kemerosotan nilai wang Malaysia, saya fikir
semua ini mungkin sudah di neuteralissed
oleh kenaikan harga minyak se tong yang kita nikmati sekarang.
Soal
tentang syarikat-syarikat tempatan ataupun pengusaha-pengusaha tempatan
untuk menjadi rakan
kongsi dengan Petronas di negara-negara di mana Petronas beroperasi,
saya fikir pihak Petronas tidak mempunyai
halangan untuk mereka melabur dengan Petronas di mana Petronas ini
mempunyai kepentingan dalam
syarikat-syairkat ataupun dalam penerokaan minyak di luar negara.