Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang juga akan menunaikan solat
sunat Hari Raya di masjid berkenaan, menurut jurucakap Pejabat
Menteri Besar di sini hari ini.
Jurucakap itu berkata solat sunat itu akan bermula pada pukul
8.30 pagi.
Beliau berkata Sultan kemudian akan berangkat menziarah makam
ayahanda baginda di pekarangan masjid itu.
Baginda kemudian akan berangkat ke Istana Maziah untuk
mengadakan rumah terbuka hingga pukul 10.30 pagi.
Jurucakap itu berkata Abdul Hadi juga akan mengadakan rumah
terbuka di kediamannya di Kampung Rhu Sila, Marang selepas solat
sunat Hari Raya.