Mahathir sewajarnya sedar bahawa rakyat tidak boleh diajar dengan gertakkan
wang kerana mereka memang sudah lama tidak berwang! Bukankah hutang kerajaan
BN yang lalu itu rakyat Terengannu yang terpaksa tanggungkan?
Belum sejam kerajaan baru BA memerintah di Terengganu, mereka sudah
bebas tanpa membayar tol di jalanan! Mereka juga tidak perlu bimbang cukai
pintu bertunggak-tunggakkan.
Yang mereka risau hanyalah hutang bertimbun kerajaan BN yang tidak dilangsaikan
sedangkan royaltinya mencecah angka beratus jutaan. Yang mereka heran ialah
Perwaja yang masih dibela bernyawa walaupun sakit berhutang dan rugi memanjang.
Kekayaan negeri dipersiakan dan dicanak sesuka hati oleh datuk2 dan menteri.
Apabila Perwaja rugi, tidak ada seorang pun dapat ditangkap hingga ke hari
ini walaupun polis malaysia memang terkenal dengan kecekapannya sehingga
boleh pengsan atau mati seseorang itu disiasatnya. Sebaliknya ia dibiarkan
bernyawa kerana hendak menjaga imej dan nama tuannya yang kini semakin
sewel dan hilang siuman.
Nasib Perwaja berakhir dengan bertukarnya tangan supaya pengganasnya
dapat bebas dan mencuci tangan sambil tersenyum melambai tangan di awang-awangan.....