ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
Pegawai Kerajaan yang melampau
Oleh : Spannar2000
Assalamualaikum,
Setelah hampir setahun kerajaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan
Terengganu.
Pelbagai usaha telah dilakukan didalam didalam membina kecermelangan
ummat serta
pembinan Insan yang kamil.
Fokus tulisan saya kali ini,selepas berdiam diri pada suatu jangkamasa
yang agak panjang
ialah kepada pegawai serta kakitangan kerajaan Negeri.Saya halakan
peluru kali ini
kerana mereka ini adalah penggerak kepada pelaksanaan dasar yang telah
ditetapkan
diperingkat pentadbir atasan.(exco).Walaupun sekamil mana perancangan
yang di rangka
sekiranya kepincangan berlaku diperingkat pelaksanaan maka semuanya
akan hancur musnah.
Kita tidak menafikan bahawa Kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Namum
itu adalah sandaran terakhir selepas usaha gigih dilaksanakan.Saya
akan kecilkan lagi juzuk
fokusan saya ini kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(JHEAT) .
Pegawai JHEAT lawan Kerajan negeri.
Tidak boleh dilupakan sejarah sebelum 29N0v 1999
bahawa kakitangan JHEAT adalah satu eset penting kepada Umno
didalam menghala kan peluru hidup kepada PAS.Peristiwa Masjid Kg Laut,Marang
seawal kemenangan Parlimen Marang
tahun 1990 oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang cukup mengharukan untuk
dikenang kembali.Beliau ketika itu
cuba untuk meneruskan usaha dakwah dimasjid tersebut dengan menyusun
jadual kuliah pada setiap malam rabu.Malam
rabu ketika itu tiada sebarang program yang ditetapkan.Namum atas dasar
niat jahat serta dendam kesumat maka pada
malam yang pertama jadual kuliah Tuan Guru,JHEAT telah menyusun satu
program baru serta menghantar seorang "ustaz"
untuk menyampaikan kuliah pada malam yang sama.Namum oleh kerana semangat
juang ahli PAS yang kuat maka usaha
JHEAT itu telah dapat dipatahkan dengan sedikit insiden yang tak perlu
diungkitkan lagi.Itu hanyalah satu contoh yang cuba saya imbaskan,saya
mempunyai beratus-beratus contoh yang sempat saya catatkan sepanjang mengikuti
gelagat pegawai JHEAT ketika itu.
Kini,selepas mengambil alih pemerintahan dan
YAB Tuan Guru telah dilantik sebagai MB,kerenah pegawai JHEAT
masih juga tidak berubah.Hatta dari pegawai tinggi hinggalah kepada
iman bilal di kampung-kampung.Saya tidak untuk
menyangka buruk kepada semua ,tetapi sebahagian besarnya adalah demikian.Peristiwa
mencetak semula fatwa mufti
tentang Masjid Cendering adalah satu contoh usaha untuk menimbulkan
ketegangan .Fatwa ini telah dicetak pada tahun 1986,1987 dan terakhir
pada Julai 2000 merupakan suatu yang pelik,kenapa hampir 13 tahun baru
ianya diulang cetak.
Angkara siapakah ini.Tidak mungkin para Exco kerajaan Terengganu tidak
tahu,kerana orang biasa seperti saya pun tahu.
Selepas itu peristiwa kekalutan perlantikkan Ajk
masjid baru-baru ini menjelaskan ular-ular yang belingkar didalam semak.
Selama ini hanya bayang bayang sahaja ,sehingga kan ular yang berlingkar
itu disangkakan akar atau rotan .Namum selepas
peritiwa tersebut jelas disitu rupanya tersimpan pelbagai spesis ular
yang berbisa dan tak berbisa.Ular ular ini dapat dikenali
satu persatu hatta boleh disenaraikan dari Besut sampai Kemaman.Mana
mungkin Exco tidak tahu ,kerana orang biasa macam sayapun ada senarai tersebut.Air
yang tenang jangan disangka tiada buaya,ular yang bisa jangan disangka
tak dapat dilemahkan,laut yang bergelora belum tentu dapat mengubah pantai.Diam
kerajaan bukan berti lemah,tunduk kerajaan bukan bermakna beerti tiada
kuasa.Diam kerajaan kerana Taqwa,tunduk kerajaan kerana Tawaduq.Sebenarnya
setahun ini adalah
sekadar untuk membuka ruang untuk berubah,"Acu Ubah Sekali"rakyat
telah berubah,namum mereka-mereka ini masih ditangkuk lama.Ingatlah kerajaan
ini pernah memberi katadua kepada bekas SUK sehinggakan beliau mengambil
jalan selamat :Dari tidak memberi siqqah kerajaan,lebih baik berhenti
membawa haluan.Itulah langkah bijak Dato, Che Mat Jusoh.
Ingatlah kamu semua bahawa kesabaran ini ada batasnya,peluang ini hanya
sekali,rebutlah,insaflah,sedarlah,berubahlah,
Sepatutnya mereka mereka ini adalah sebagai nadi dalam menggerakkan
perancangan kerajaan untuk mewujudkan satu
suasana yang harmoni berlandaskan Islam.
Tari mana yang hendak di gayakan,gendang mana yang hendak dilagukan...silakan,.....keris
sudah terhunus hanya menunggu
saat dan ketika.
Sekian Terima Kasih.