Dalam usaha kerajaan Trg menyelesaikan masalah rakyat. Mehnah dan tribulasi
adalah perkara biasa. Apa yg saya nak sebut di sini utk minta pandangan dan
pendapat saudara/ri pembaca. Antara ratusan masalah yg kena selesaikan:

Sikap sebahagian rakyat yg menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Setelah PAS memerintah Negeri Terengganu. Bantuan kepada Rakyat Miskin
dinaikkan. Dahulunya RM60 sebulan sekarang RM100. Memang kalau nak kira
cukup tu, tidaklah. Namun masalahnya sebahagian drpd mereka ini Tidak mahu
berubah dan mengubah diri.  Kalau dulunya 3 thn lepas sekarang macam tu lah
jugak. kalau dulu 16 000 org sekarng tdk berkurang bertambah ada. Bebanan
kpd kjaan. Masalahnya ada yg ibu atau ayah kpd anak yg 'berada' yg dipotong
bantuan bulanan tersebut dalam proses pemutihan  protes bukan main lagi. Tak
ada perasaan segan dan malu. Hidup mahukan subsidi kjaan.  Apa pandangan
anda utk ubah masalah ini????  Apa k'jaan Trg perlu buat... Ada cadangan
yang diterima antara lain mereka ini tidak perlu diberi bantuan dalam bentuk
wang ringgit tetapi bantuan tersebut perlu dalam bentuk keperluan harian.
Beras, gula dll

Sikap sebahagian pegawai-pegawai kerajaan

BN yang memerintah Negeri Trg puluhan tahun dahulu menyusun gerakan mrk,
antaranya pegawai-pegawai kerajaan yang mungkin agak taasub kpd BN, tetapi
dah menjadi tabiat mrk ini pandai bermuka-muka melihat siapa bos mrk.
Masalahnya Jawatan mrk yang agak tinggi dalam hearaki Kerajaan hari ini
seperti, pegawai daerah, Penghulu Mukim, ketua Jabatan dan pegawai dalam
bermacam jabatan. Mereka adalah pelaksana kpd dasar Kerajaan. Malang mrk ini
ada yang telah berkarat biru. Maka timbullah masalah dengan rakyat.
Aduan-aduan rakyat dibakul sampahkan. Bukan rakyat biasa tetapi Ketua JSR
pun dilayan begitu. Permohonan mrk ini dilambat-lambatkan. ADUN di kawasan
masing-masing dibelakangkan kalau berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan.
Contoh 1:  Penyampaian elaun tambahan imam dan bilal baru-baru ini,
disampaikan oleh DO ditanya ADUN kawasan terbabit "Tak tahu".  Contoh 2:
Kuliah Maghrib sepatutnya disampaikan oleh seorang exco, tetapi terus
dipintas oleh seorang Kadhi.
Di manakah kesilapannya????  Apa tindakan yg boleh di buat kpd mrk ini.
Adakah pertukaran yang dibuat K'jaan Negeri dah masuk kali ke 4
menyelesaikan masalah???
 
 

Speaker
Terengganu.