DIMANA KEWIBAWAAN SPR????
Berita hangat hari ini ialah dengan penahanan 12 buah bus yang sarat dengan pengundi hantu. Petugas Keadilan telah bertindak bijak dengan membuat lapuran polis. Khalil Yaacob mengesahkan mereka yang ditahan itu adalah penyokong BN....
Kalau satu bas boleh muat 50 orang, ada 12x50 = 600 pengundi... ini
bukan sedikit. Soalnya bagaimana mereka boleh mengumpulkan 600 pengundi
dalam 12 bas ini? Ia menggambarkan butir2 mereka ini semua diketahui oleh
BN dengan amat terperinci.
Kita tidak heran jika BN menggunakan pengundi hantu, kerana Samy Vello
memang terkenal dengan taktik itu. Yang kita heran ialah sikap SPR yang
tidak cekap atau sengaja tidak cekap sehingga 1,400 pengundi lepas tidak
tersenarai. Nampaknya sesuatu perlu dilakukan kepada SPR kerana tidak lama
dulu ada peti undi ditemui dalam sungai. Jika SPR terus bersifat sebegini,
jangan terkejut jika ia nanti menjadi instusi yang dibenci bersekali.