ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

 



Tohmahan pembangkang tidak benar - Jawapan YB Dato' SUK (I)

Sinopsis

Dalam persidangan DUN kali ini, banyak perbahasan di pihak pembangkang yang mempertikaikan tindakan YB Dato' SUK yang didakwa kerap mengeluarkan pekeliling-pekeliling kepada pegawai-pegawai kerajaan. Antaranya ialah pekeliling yang melarang para pegawai melibatkan diri dengan parti atau program politik dan melarang kakitangannya mengikuti program taklimat 'wang ehsan' oleh Dato' Rais Yatim satu ketika dulu.

Baru-baru ini beliau juga telah melarang beberapa pegawai kerajaan negeri, antaranya Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) / Pengarah UPEN dan Pesuruhjaya JHEAT daripada menyertai satu program "Pembiayaan Wang Ehsan" bersama Menteri Pendidikan atas alasan-alasan tertentu. Dan yang terakhir ialah pekeliling yang melarang mana-mana pegawai dan kakitangan kerajaan negeri menyertai apa-apa perbincangan/program yang melibatkan 'wang ehsan'.

Semalam, YB Dato' Rashid Ngah (Adun Seberang Takir) telah ditegur oleh YB Speaker Dewan kerana tidak mengemukakan bukti terhadap dakwaan kerajaan negeri, dalam satu majlis, mengambil tindakan terhadap beberapa kakitangan yang meninggalkan majlis tersebut sebelum ia berakhir. Beliau mempersoalkan ketelusan dan sikap kerajaan yang mengintip-ngintip pergerakan kakitangannya. Isu mengenai kekerapan pertukaran pegawai kerajaan juga dibangkitkan oleh wakil pembangkang.

Dalam sesi penggulungan pada semalam (18/12/2000), YB Speaker Dewan telah mengizinkan YB Dato' SUK menjelaskan perkara-perkara tersebut setelah dipohon oleh YB Haji Wan Abd Muttalib Embong (Exco), walaupun telah dibantah oleh YB Adun Seberang Takir.

Berikut adalah beberapa jawapan Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang sempat dicatatkan :

1. Pada 18 Oktober 2000, satu majlis perjumpaan antara YAB Menteri Besar dan kakitangan kerajaan negeri telah diadakan di Wisma Darul Iman, bagi menjelaskan beberapa isu terutamanya isu royalti minyak. Dalam program tersebut, kedatangan semua kakitangan telah dicatatkan termasuk yang datang dari luar Wisma Darul Iman. Sebelum majlis berakhir, didapati seramai 67 kakitangan telah meninggalkan majlis tanpa kebenaran. Dalam hal ini, pihak SUK telah menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka kenapa berbuat demikian, atas alasan perjumpaan tersebut adalah diwajibkan dan tidak patut mereka meninggalkan majlis tersebut sebelum ia berakhir, lebih-lebih lagi YAB Menteri Besar sendiri turut hadir.

Menurut YB Dato' SUK, beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk menegakkan disiplin di kalangan kakitangannya, bukan bermakna kerajaan membuat intipan seperti yang didakwa. Perkara ini tidak sepatutnya dijadikan isu politik oleh wakil pembangkang atas aduan yang dibuat oleh kakitangan tersebut. (Adun Seberang Takir sebelum itu cuba mempertikaikan ketelusan kerajaan yang didakwa membuat intipan ke atas pergerakan setiap kakitangannya.

2. Isu kekerapan pertukaran kakitangan kerajaan - Perkara ini dibuat bukan kerana campurtangan politik, tetapi atas beberapa asas, iaitu :

i) Membetulkan kepincangan kerajaan terdahulu dalam penempatan pegawai

ii) Kenaikan pangkat/gred jawatan tertentu. Bila ini berlaku, ia melibatkan jawatan lain kerana ia ada hubungkait/tali-menali

iii) Persaraan para pegawai. Kekosongan perlu diisi dan mungkin melibatkan sedikit rombakan

iv) Faktor-faktor kelayakan dalam menempatkan pegawai perlu diambil kira. Sebagai contoh : mana-mana individu yang muflis tidak boleh dilantik menjadi Ahli Majlis

Imad aqel

BPPNT.com
 
 

--------------------------------------------------------------------------------