TERENGGANU SERTAI 17 JENIS SUKAN DI SUKMA
KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) -- Terengganu dijangka
menyertai 17 jenis sukan yang berpotensi menyumbangkan pingat
untuk mereka pada Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang Mei ini,
kata Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Mohamad
Muda.
Mohamad berkata Terengganu yang menduduki ditangga kelima
pada Sukma lepas, berazam memperbaiki kedudukan itu ke tahap
yang lebih baik kali ini. "Ini adalah Sukma pertama pada alaf
baru
dan kita berazam meletakkan Terengganu dalam kelompok 10
pasukan terbaik," kata beliau.
Beliau berkata Terengganu menduduki tangga kelima dengan 12
pingat emas, 15 perak dan 14 gangsa pada Sukma lepas.
Pencapaian itu yang terbaik buat Terengganu sejak menyertai
temasya itu.
Mohamad berkata antara jenis sukan yang akan disertai
Terengganu termasuk pingpong, taekwondo, olahraga, sepak
takraw, bola sepak, basikal, kayak, tenis, boling padang dan
skuasy.
Terengganu tidak akan menghantar pasukan yang tidak
menunjukkan prestasi yang baik bagi menjaga nama baik negeri.
Beliau berkata Terengganu membuat persiapan sejak tahun lepas
dan pasukan yang melepasi syarat ditentukan sahaja diberi
penghormatan mewakili negeri pada sukan dwi tahunan itu.
Mohamad berkata Terengganu akan menyertai pertandingan tiga
penjuru dengan Pahang dan Kelantan sebagai persediaan
ketiga-tiga pasukan itu menghadapi Sukma.
"Kita sedang mencari masa yang sesuai untuk pertandingan tiga
penjuru itu," katanya. Mohamad berharap atlit-atlit yang terpilih
mewakili Terengganu telah menjalani latihan bersungguh-sungguh
untuk menaikkan nama negeri di sukan itu nanti.
Kontinjen Terengganu akan diketuai oleh YB Ust.Saiful Bahari bun mamat,
beliau adalah timbalan pengerusi jawatankuasa belia,sukan dan kebudayaan. |