SERATUS HARI
PAS MEMERINTAH TERENGGANU
|
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...Syukur atas kurniaan Ilahi,
kerajaan Pas yang menang p/raya
ke-10 baru-baru ni telah memerintah Terengganu
selama genap 100 hari baru2
ni.
Sempena 100 hari itu juga, media arus perdana
terus-terusan mengutuk
Kerajaan Terengganu. Tajuk rencana di Berita
Hairan:"100 Hari Pas
Terengganu Tanpa Pembaharuan" dan "Media Barat
beria-ia puji Kerajaan
Pas Terengganu" (dalam hati saya menyindir:"Media
Kroni beria-ia kutuk
Kerajaan Terengganu"...) serta berbagai-bagai
lagi tohmahan. Sebagai
seorang anak Terengganu di perantauan, saya
meluat membaca berita-berita
tersebut. Mungkin sebab itulah saya dan rakan-rakan
yang lain lebih gemarkan
Harakah...lebih tepat lagi "ketagih Harakah".
Walaupun diasak hebat, namun
ternyata pemimpin Pas negeri tidak mudah melatah
spt pemimpin UMNO.
Tahniah Tuan Guru Hj Hadi, Hj Mustafa Ali,
Yahya Ali dan lain-lain.
Kepada semua rakyat Terengganu, marilah kita
bersatu padu di bawah
pimpinan kita sekarang. Semoga keprihatinan
yg ditunjukkan oleh wakil rakyat
Pas dimanfaatkan sepenuhnya utk menyatakan
rasa kurang puas hati, meminta
bantuan dan sebagainya. Saya sebagai anak
Terengganu di perantauan
berasa ingin selalu pulang ke kampung halaman,
merasai sendiri keistimewaan
'negeriku', negeri kita...
Sekian, wassalam.
wailalliqa'
|