SHAH ALAM: Sepakat Usahawan Jaya Berhad (SUJB), syarikat yang
bertanggungjawab
sebagai badan penasihat , perunding dan penyelaras kepada Direktori
Usahawan Muslim Se
Malaysia akan menganjurkan majlis makan malam bersama MB Terengganu
dan Exco-exco
Kerajaan Terengganu pada 21 April 2000 ini.
Majlis tersebut dijangka diadakan di sebuah hotel terkemuka di
Kuala Terengganu dan
dianggarkan seribu usahawan Muslim dari seluruh Malaysia akan
menghadirinya.
Pada malam itu, majlis akan dimulakan dengan ucap perdana daripada
MB Terengganu, YAB
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang juga selaku perasmi pelancaran
Direktori usahawan
Muslim Edisi 2000.
Majlis ini, disusuli dengan persembahan multimedia mengenai pengenalan dan fungsi SUJB.
Pada malam itu juga, pihak SUJB akan menganugerahkan Tokoh Usahawan
kepada beberapa
usahawan yang bernaung di bawah SUJB.
Anugerah Tokoh Usahawan akan dipilih oleh sebuah jawatankuasa
pemilihan yang dibentuk
berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan dan borang
permohonan untuk anugerah
usahawan akan diiklankan tidak lama lagi.
Sehubungan dengan itu, SUJB masih membuka pendaftaran keahlian
dan penempahan ruangan
iklan dalam Direktori Edisi 2000. Tarikh akhir ialah sebelum
13 Mac 2000. Untuk keterangan
lanjut, sila hubungi urusetia SUJB di alamat 38M, Jalan Zirkon
E7/E, 40000 Shah Alam atau talian
03-55111040/41.