Permaisuri -- Beribu lot tanah akan
diagihkan segera kepada rakyat di Daerah Setiu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan disini
hari ini bahawa Kerajaan Baru dibawah pimpinan Tuan
Guru Haji Abd Hadi bin Awang telah mula melaksanakan
menifesto yang dijanjikan semasa pilihanraya
yang lalu untuk memberi tanah kepada rakyat.
Buletin PDTS dimaklumkan bahawa kerajaan akan
mengeluarkan dasar baru mengenai kaedah pelupusan
tanah kepada rakyat mengantikan dasar yang
dibuat oleh kerajaan dahulu. Rakyat diminta
bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan
mengenalpasti kaedah yang terbaik dalam proses
mengagihkan tanah. Walau bagaimana pun persiapan
awal telah mula dilaksanakan oleh Pejabat
Tanah Setiu bagi memproses semula permohonan tanah
yang pernah ditolak oleh Kerajaan Barisan
National yang lalu diatas sebab teknikal oleh Jawatankuasa
Pemilih Tanah Daerah ketika itu.Ia nya melibatkan
beratus-ratus permohonan yang dikategorikan sebagai
mereka-mereka yang teranyanyai. Menurut sumber
yang boleh dipercayai mereka ini terdiri daripada
peneroka tanah haram sebelum tanun 1980 yang
memenuhi syarat dasar tanah haram ketika itu, tetapi
disebabkan fahaman yang berbeza dengan kerajaan
permohonan mereka ditolak.
Menurut sumber itu lagi Pejabat Tanah Setiu
akan mengeluarkan borang untuk permohonan tanah bagi
lot tapak rumah di seluruh Daerah Setiu bagi
skim petapakan perumahan. Adalah difahamkan terdapat
beribu lot tapak rumah dibawah tatatur perumahan
yang masih terdapat di daerah ini. Ia nya terdapat
didalam berpuluh Rancangan Tanah Berkelompuk
yang telah wujud di Setiu. Lot tapak rumah tersebut
akan diberi keutamaan kepada penduduk Daerah
Setiu yang telah berumahtangga dan belum lagi
mempunyai tanah. Pejabat Tanah Setiu akan
akan mengiklankan permohonan tersebut sedikit masa lagi.
Pengiklanan tersebut akan dibuat di seluruh
mesjid dan tempat-tempat awam di Daerah ini. Pengiklanan
tersebut dijangka dibuat melalui Jawatankuasa
Sura Rakyat. Permohonan tersebut akan dikeluarkan
serentak di Daerah Setiu. Buletin PDTS diberitahu
bahawa proses temuduga akan dilaksanakan dalam
tahun ini juga.