KEMAMAN: Institut Teknikal Tinggi Terengganu (Tati) yang dimiliki
sepenuhnya oleh kerajaan
negeri akan mengambil 610 pelajar baru bagi sesi kemasukan tahun
2000 pada Jun ini.
Menurut Pengurus Hal-Ehwal Pelajar dan Awam Tati, Yusainy Yusop,
mereka akan mengikuti tiga
program utama iaitu Diploma Kemahiran Tinggi seramai 240 orang,
Ijazah Kejuruteraan UTM-Tati
(250) dan 120 lagi Higher National Diploma (HND).
Beliau berkata, seramai 680 pelajar sedang mengikuti tiga program tersebut pada masa ini.
Katanya, Diploma Kemahiran Tinggi menawarkan kursus dalam bidang
Diploma Kejuruteraan
Pembuatan (Perekaan Alat dan Acuan), Diploma Kejuruteraan Pembuatan
(Pembuatan Alat dan
Acuan), Diploma Automasi Industri (Mekatronik) dan Diploma Automasi
Industri (Teknologi
Maklumat) yang menitikberatkan aspek praktikal.
Tambahnya, Ijazah Kejuruteraan yang dijalankan dengan kerjasama
Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia,
Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektrik-Elektronik, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik-Mekatronik, Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Integrasi Sains Komputer.
"Tati adalah satu-satunya IPT di Pantai Timur yang menawarkan
kursus ijazah yang dikeluarkan oleh
UTM," ujarnya kepada Harakah.
Program HND pula, katanya ditawarkan dengan kerjasama Majlis Pendidikan
Teknologi dan
Perniagaan (BTEC) United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan,
Kejuruteraan Elektrik
dan Kejuruteraan Teknologi Maklumat (pengkhususan dalam Kejuteraan
Perisian).
"Pihak BTEC United Kingdom telah memberi pengiktirafan kepada
Tati sebagai pusat bertauliah bagi
mengendalikan kursus-kursus di peringkat HND, satu-satunya IPT
di Pantai Timur yang mendapat
status sebagai pusat bertauliah tersebut," katanya.
Menurutnya, dari segi pengiktirafan, pada September 1999, Tati
telah mendapat akreditasi daripada
Lembaga Akreditasi Negara (LAN) bagi kursus Diploma Kejuruteraan
Pembuatan (Pembuatan Alat
dan Acuan) dan Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Perekaan Alat
dan Acuan).
TERENGGANU DARULIMAN