ROYALTI
: KAMI BERSAMA TOK GURU
Royalti,Tabung Warisan dan Ketua Biro,
Umno,sebuah parti pembakang di Terengganu.Sebelum piliharaya umum 1999
Umno mempunyai 25 kerusi
Di DUN Terengganu.Selepas sahaja piliharaya umum 1999,Umno berbekalkan
4 kerusi diDUN Terengganu
Kesemua kerusi yang dimenangi Umno/BN majoriti tidak sampai 1000.Jumlah
majoriti terbesar yang dimenangi
oleh umno adalah 660 iaitu di DUN Telemung didalam Parlimen Hulu Terengganu.
Selepas mengalami kemerosotan yang amat teruk,Umno cuba untuk bangkit
menagih simpati dari rakyat.
Pelbagai tindakan diambil ,melantik TPM sebagai pengerusi perhubungan
Umno negeri.10 tahun dulu perkara
ini juga berlaku di Kelantan,cumanya di Kelantan Pm sendiri melantik
dirinya sebagai Pengerusi perhubungan
Umno Kelantan.Hasil di Kelantan........seperti yang dunia ketahui.
Umno melihat perkembangan
kerajaan PAS di Terengganu amat berpotensi untuk mempengaruhi negeri-negeri
lain.Kasih kepada Tok Guru semakin meningkat.Pegawai tinggi kerajaan
mula boleh menerima cara Tok Guru.
Sementara itu pada bulan Mac 2000 Kerajaan negeri telah mendapat 2.5%
hasil Royalti dengan jumlah 400 juta lebih.
Dengan jumlah wang tersebut dapatlah kerajaan negeri merancang projek
pembangunan rohani serta pembangunan
infrastruktur untuk kesenangan rakyat Terengganu dunia dan akhirat.
Tapi sayang seribu kali sayang umno tidak dapat menutupi kejahilan
dan kebobrokanya.Belum sampai 6 bulan duit
tersebut diterima,mereka persoal kemana duit itu pergi.Kemana duit
itu dibelanjakan.Mereka cuma bertanya dari jauh.
Kenapa 4 wakil mereka tidak bertanya di DUN yang bersidang bulan lepas.Semua
jadi keliru,malah ketua biro Berita Harian
Pantai Timur Ibrahim(Lebih dikenali Ibrahim botok di kedai Habibjalan
pejabat)pun turut bertanya didalam ruang nya"Dari Meja Ketua Biro"habis
jadi bodoh dik perbuatan umno.Dalam ruangan tersebut Ibrahim ada menyatakan
bahawa duit Royalti yang dulu sebahagiannya disimpan didalam Tabung
Amanah Warisan(TAW).Serpanjang tempoh kerajaan BN Terengganu menerima royalti
1978-1999 Tabung tersebut dapat menyimpan 697 juta.Tabung ini adalah
untuk menyimpan duit bagi generasi akan datang selepas Petronas tidak lagi
mendapat minyak di persisiran Terengganu.Belum sempat lagi minyak habis
diseut di persisiran pantai Terengganu,Duit tabung ini telah habis di ganyang
oleh Kerajaan Umno di Terengganu dulu.Baki
yang tinggal didalam tabung tersebut adalah hanya berjumlah 0.00juta(kosong
perpuluhan kosong kosong) sahaja.Ni dia tugas
besar YB Tun Salleh ,Hisbah kena siasat habis-habisan ni.Kalau sempat
kita korabankan mereka-mereka yang terlibat
pada raya haji terdekat ni.Tun Salleh telah bersedia dan amat bersedia
sekarang.
Sebagai akhirnya bagi menjawab soalan bodoh Umno
kemana duit 400 juta yang diberi kepada kerajaan PAS bulan mac
maka disini saya kemukakan satu jawapan bodoh juga ,duit tu disimpan
untuk buat lebuhraya sendiri dan sebahagianya untuk
digunakan oleh hisbah untuk mendirikan satu kem tahanan rasuah di Pulau
Bidong.Siap kain bajulah..........
Sekian
Spanar Hidup
Jalan Pejabat
Kuala Terengganu
|