PAS Hantar Tiga Wakil Tonton Lakonan Sauk
Oleh Tarmizi Mohd Jam

Kuala Lumpur, Isnin 14 Ogos: PAS akan menghantar tiga wakil parti itu untuk menyaksikan lakonan semula
pemunggahan senjata yang dirompak ke dalam tiga Pajero pada 18 Ogos ini.

Tiga wakil PAS ialah Presidennya, Ustaz Fadhil Mohd Noor, Naib Presiden, Hassan Shukri dan Ketua Pemuda, Mahfuz
Omar.

Mahfuz dan Hassan ketika berceramah di Markaz PAS Taman Melewar semalam, memberitahu hadirin, pihaknya akan
mengajukan pelbagai soalan kepada pihak berkuasa berkenaan pelbagai tandatanya yang tercetus dalam Tragedi
Sauk.

PAS terus menegaskan supaya satu Suruhanjaya Bebas Diraja dibuat untuk menyiasat Tragedi Sauk ini bagi
menggantikan Kertas Putih. Ia bertujuan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pasukan
keselamatan dan meredakan “kepanasan” politik Malaysia.