MEMBANGUN MENURUT ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" tinta_hijau@hotmail.com |
"Terima kasih, Yang Arif"
KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Bekas Timbalan Perdana
Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman
penjara 9 tahun mengucapkan terima kasih kepada
Hakim Ariffin Jaka kerana menyempurnakan rancangan Perdana
Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
"Terima kasih, Yang Arif, anda telah menyempurnakan
perancangan Dr Mahathir," kata Anwar dalam keadaan
tenang kepada hakim selepas keputusan dibuat.
"Kita akan berjumpa kembali tahun 2014 atau lebih awal," katanya seperti yang dilaporkan oleh AFP.
Anwar akan menjalani hukuman penjara sehingga
2014 kerana hukumannya hari ini tidak dijalankan serentak dengan
hukuman penjara enam tahun yang sedang dihadapinya.
Isteri Anwar, Datin Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail
memberitahu, beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman
itu yang memeranjatkan mereka yang hadir di
mahkamah.
Anwar, 52 mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi politik Dr Mahathir.
"Hukuman ini akan mengejutkan seluruh negara, seluruh dunia," komen peguam Anwar Christopher Fernando.
Wan Azizah mengalirkan air mata apabila Anwar
menghampirinya selepas mendengar keputusan hakim. Tiga anak
perempuan mereka juga hadir di mahkamah.
"Kami terkejut dan amat marah," kata Nurul Izzah.
"Kami tidak menjangka ia akan menjadi sekejam ini. Perjuangan ini akan diteruskan," katanya.
Hakim Arifin berkata hukuman itu "mestilah menunjukkan betapa seriusnya kesalahan itu".
Wan Azizah berkata,"Meskipun saya telah menjangkakan
keputusan itu, tetapi ia tidak meredakan kesakitan dan
kekecewaan".
"Ianya adalah satu hukuman yang zalim. Peguambela
telah berjaya menimbulkan keraguan yang yang munasabah
dan beliau sepatutnya tidak bersalah", katanya.
"Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah membuat
rayuan, bercakap kepada anak-anak, mententeramkan mereka.
Kami akan mencuba sebaik mungkin untuk perjuangan
keadilan ini," ujarnya.