Assalamulaikim dan selamat hari raya ,maaf zahir batin.
Saya adalah anak jatiTerengganu kini menetap di K.Lumpur
sudah 15 tahun.Sentiasa pulang ke
Terengganu jika ada kelapangan bagi menziarahi keluarga kedua belah
pihak dan juga pada
hari-hari kebesaran.
Saya amaat bersyukur selepas pilihanraya baru_baru ini
PAS dapat memerintah Terengganu dan
Terengganu kini dibawah kepimpinan ULAMAK.Alhamdulillah,sekali lagi
saya bersyukur kepada ALLAh
swt.
Selepas sebulan memerentah saya kira banyak penyelewengan
yang dapat di kesan oleh kerajaan
yang baru .Diantaranya penubuhan Unit Perpaduan Ummah dibawah kerajaan
yang lama.Sepintas lalu
unit ini merupakan badan talibarut UMNO bagi mengekalkan kuasanya.Oleh
itu pembubaran badan ini
dan digantikan dengan UPI memang disokong 100%
Daripada maklumat awal yang saya terima(kalau tidak
silap)peranan utama adalah untuk
meningkatkan pembangunan insan -rakyat negeri Terengganu -dari segi
rohani dan jasmani(fizikal
dan spritual).
Pembangunan insan mengikut kaedah-kaedah yang ditekankan oleh islam
adalah dialu-alukan.Apa yang
penting segala program pembangunan yang dirangka diradai oleh ALLAH
swt.
Olah itu menyentuh program-program yang akan dirangka
demi meningkatkan lagi pembangunan
insan di Terengganu ,saya cadangkan perkara-perkara berikut diambil
kira.
a)Masalah belia yang melepak diwaktu magrib.
Fenomena melepak waktu magrib terutama
di pondok perhentian bas,wakaf-wakaf dan
kedai-kedai kopi telah menjadi aktiviti turun temurun samada dikampung
,pingir-pingir bandar
atau dibandar.Walaupun negara telah memasuki alaf Y2K fenomena ini
masih berleluasa.Keadaannya
tidak berubah sejak umur saya 40 tahun dahulu.
Kalau kita memasuki kawasan kampung samada di Besut,Setiu,K.Trengganu,Dungun
dan Kemaman pada
waktu magrib kita akan lihat budak-budak muda berkumpul ditempat tersebut
tanpa menghormati dan
menghiraukan masa tersebut.Waktu magrib merupakan salah satu masa sembahyang
yang pendek.Jika
mereka berada ditempat tersebut dan masih rancak bercakap ,saya fikir
kemungkinan besar mereka
tidak sembahyang magrib.Meninggal solat secara sengaja adalah dosa
besar.Oleh itu sesuatu
tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.Fenomena saperti
ini tidak wajar dibiarkan
sampai bila-bila.tanpa penyelesaian.
b)Lumba Haram.
Masih terdapat
budak_budak muda yang terlibat dengan lumba haram terutama pada waktu
malam.Aktiviti ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang
lain tetapi juga diri
sendiri.
Jika terbunuh semasa berlumba mungkin boleh dikelaskan sebagai mati
bunuh diri.Bunuh diri adalah
dosa besar.
Oleh itu setelah UPI beroperasi sepenuhnya suatu hari nanti saya syorkan
masalah-masalah saperti
diatas diambil perhatian sewajarnyaa.
Belia hari ini menjadi harapan bangsa dimasa hadapan.Rosak belia rosaklah negara.
Terima kasih.wassalam.
selamat berjumpa lagi.
Mdnor Abu Bakar.