Umno Jadi Bahan Jenaka
(Hehehe)
By Kapal Berita
UMNO JADI BAHAN JENAKA
Dua tiga hari kebelakangan ini nampaknya umno menjadi bahan ketawa,
Bergegar laman yang tidak seberapa ini sejak buah sentul dipegang orang....
Apa lagi jika ia disentuh oleh seorang dara yang menjadi buruan jejaka
kerana ia mendapat tempat istimewa disisi mamak tua. Apabila semua projek
tajaan adinda itu diterima dan dilancar oleh presiden umno, jelaslah betapa
istimewanya adinda walaupun belum setahun jagung di sana.
RETAK DALAM UMNO MENANTI BELAH
Sebelum itu para wartawan tanah air menggeleng kepala dengan pelbagai
krisis dan skandal yang bertiup sejak Abu Hasan menangis sehingga sudah
tak bersuara. Terbayanglah beberapa kegusaran pada wajah beberapa menteri
besar dan pak-pak menteri. Angkara siapa lagi agaknya umno dirundung malang
yang tidak berkesudahan? Walau apa pun terdapat tanda-tanda bukan pihak
pembangkang. Malah pihak pembangkang pula menerima bukti dari orang "dalam"
umno sendiri yang sampai kini tidak dikenali identiti.
WANITA TUA UMNO PINTAR SIBER RUPANYA
Sudah kedengaran bisik-bisik wanita umno kini mula berjinak-jinak dengan
alam siber pula. Mulalah mereka melayang emel sesama sendiri, mencurah
segala rasa hati dan rahsia.
Yang anihnya mereka turut melayar beberapa laman web reformasi mencari
rencana. Kita tidak perlu menyebut rencana apakah yang mereka cari, kerana
deraian ketawa yang masih belum berkesudahan itu sudah cukup untuk memberi
semua jawapan!
PEMUDA UMNO DAN VETREN TUA BERINTERNET JUGA
Minat untuk menerokai ruang angkasa siber ini turut menjadi ikutan golongan
tua dan pemuda umno yang sudah tidak tahan lagi disumbat dengan pelbagai
propaganda diktator mereka. Bayangkan bagaimana beberapa skandal beredar
sebegitu cepat sehingga beberapa orang kuat Mahathir ketar lutut dibuatnya.
(Hmmmm.... berinternet jugak nampaknya mereka)
Kes Abu Hasan tempoh hari sudah cukup untuk mengajar Mahathir bahawa
dia kini sudah berperang dengan musuh dari dalam yang tidak diketahui siapakah
mereka! Akhirnya Khir Toyo dipilih kerana bimbang Mahathir sudah terlalu
ketara.....
PELBAGAI ISU MEMBUKA MATA
Saya menerima beberapa emel dari ahli umno yang merakamkan ucapan terima
kasih tidak terhingga kerana menyiarkan beberapa rencana. Sudah tiba masanya
semua telatah nakal pemimpin umno dan juak-juak mereka didedahkan seantero
dunia. Kebetulan emel tersebut datang ketika isu hangat penyerahan Putra
Jaya, Puteri Umno dan beberapa gelak ketawa.
Mereka sudah tidak sanggup menyembah seorang diktator yang sudah gila
kuasa sehingga Negeri Selangor dinoda sehingga semakin kecil luas sempadannya.
Rupa-rupanya Putra Jaya sudah diidam sejak dahulu kala, dan Khir Toyo memudahkan
lagi agenda diktator yang tua.
DISKET REFORMASI TERSEBAR MERATA
Menurut beberapa rakan dalam umno, terdapat beberapa ahli umno bergiat
cergas memburu rencana. Mereka memetik pelbagai rencana yang mengutuk kepimpinan
umno. Antara rencana yang paling popular ialah rencana Wak Amin Sapiro
yang dianggap memang kena pada tempatnya.
Sudah tiba masanya untuk mereka menyumbang idea dan tenaga untuk mengikut
jejak Wak yang tidak dikenali paras ataupun rupa. Untuk itu mereka telah
menerbitkan beberapa cakera liut (disket) yang mengandungi beberapa rencana
reformasi yang pedas lagi berisi. Sudah tentu Wak dan Pak MT ada di dalamnya.
Malah ada satu laman web (yang terpaksa dirahsiakan namanya) menyumbang
kira-kira 60% daripada semua rencana di dalam disket itu. Laman siapa agaknya?
Jangan laman ber'antu' dah lerrr...
-Kapal Berita-