Ummi dan kuncu-kuncu konspirasi mengambil peluang hujung minggu untuk berehat di Port Dickson. Rombongan yang dianggotai seramai 16 orang termasuk Azwan dan kakaknya Norlia tiba di Hotel Palm Spring, Port Dickson pada hari Sabtu, 6 Januari 2001 lebih kurang jam 1.00 tengahari dan menginap selama satu malam. Menurut Ummi, semua urusan penginapan diaturkan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Kerja UMNO yang juga pemilik hotel berkenaan. Tengku Adnan menyediakan satu unit apartment dan sebuah 'caravan' di tepi padang golf untuk Ummi berehat. Rombongan ini meninggalkan hotel berkenaan pada hari berikutnya jam 2.00 petang. Ramai pengunjung hotel berkenaan 'meluat' apabila mendapati kehadiran Ummi di hotel berkenaan. Ummi dan rombongan tidak berani untuk pergi bersiar-siar dan makan di tempat terbuka di Port Dickson kerana khuatir diserang oleh rakyat Port Dickson. Mereka sekadar menghabiskan masa di dalam hotel sahaja.
Satu insiden yang cukup memalukan berlaku iaitu apabila Ummi dan Azwan datang ke kolam renang di hotel berkenaan, pengunjung-pengunjung hotel yang sedang mandi di dalam kolam bergegas keluar dan meninggalkan kawasan tersebut. Mungkin mereka jijik melihat Ummi.
the Reformiz inc
16 Jan 2001
sila lawat http://reformiz.tripod.com