UMNO TIDAK ADA TEMPAT UTK GOLONGAN MUDA
by : Amin Sapiro
[Catatan dari sorotan akhbar di Utusan Malaysia 16/11/2000 dibawah]
RUNGUTAN, kritikan dan bantahan ahli biasa terhadap karenah buruk kepimimpinan
UMNO di semua peringkat tidak lagi seperti ?api dalam sekam?. Kini asap
yang berkepul-kepul dulu telah nampak marak dan kian menjulang. Cahayanya
telah memancar ke seluruh pelusuk negara.
Peristiwa Jln Kebun dan urutan kesah yang didedahkan kepada rakyat menjadi
?batu sempadan? yang menyebabkan Mahathir dan jongos-jongosnya tidak lelap
tidur siang malam!!
Iltizam rakyat - Tahun 2004 akan dijadikan tarikh Mahatir diheret ke
muka Pengadilan Rakyat. Segala proses mengembalikan hak-hak rakyat akan
dimulakan. Itu nawaitu pergerakan menumbangkan UMNO; bukan setakat menyingkirkan
Mahathir saja..!!
Kesan Pindaan Perlembagaan
Pergolakan negatif yang dialami dalam UMNO kini adalah kesan dari pindaan
Perlembagaan UMNO yang diluluskan oleh puak yang berkepentingan dalam UMNO.
Penyokong UMNO sendiri sudah mulai insaf bahawa pemimpin UMNO menyokong
karenah busuk Mahathir semata-mata untuk membolehkan mereka berpaut kepada
kuasa.
Sudah difahami, perbuatan mereka bertujuan untuk menjamin kedudukan
dan kepentingan mereka. Persekongkolan mereka makin melampaui batas politik
- malah sudah mula jual negeri dan bangsa. Mereka sanggup menggadai agama!!
Dengan mengistiharkan ?pemilihan 5 tahun sekali? bermakna pucuk pemimpin
UMNO menafikan demokrasi dalam UMNO dan membolehkan mereka merintis satu
dinasti Diktator yang berkekalan sampai mati.
Penyokong UMNO tidak menyalahkan 100% ketua peringkat Cawangan yang
berprinsip kotor, tamak dan rakus itu. Dr. Mahathir Mohamad sendiri sebagai
Presiden parti telah menunjukkan ?sample? perangai yang cukup hodoh, tamak-haloba
paling keji; seolah-olah ia boleh buat apa saja. Beliau mengisitiharkan
dirinya menang tanpa dipertandingkan. Begitu juga Timbalannya, Datok Seri
Abdullah Bedawi.
Paling mengaibkan UMNO lagi ialah arahan Dr. Mahathir yang memaksa pindaan
Perlembagaan parti supaya diri beliau dan beberapa kroni dalam MKT dikekalkan
menduduki kerusi masing-masing selama 5 tahun. Kesannya, UMNO telah ?terjun
lubok? seperti juga Luncai yang terjun dengan labu-labunya.
Ini menyebabkan golongan muda dan karyawan telah hilang minat terhadap
UMNO. Mereka memutuskan bahawa UMNO adalah parti Melayu yang cuma "cantik
diluar tetapi paling hodoh penuh konspirasi di dalam". Dasar Mahathir dan
kroni politik yang mengampu beliau sudah dibeli ?cheap sale? seperti ?pasar
borong?!!
Keadaan yang timbul kebelakangan ini makin parah. Penyokong UMNO sendiri
telah hilang keyakinan kepada parti. Kini mereka sendiri sudah merancang
untuk beriltizam mensabotaj UMNO dari dalam di pilihanraya 2004. Sekaligus
dengan itu BN akan kecundang. Mereka mahu UMNO/BN terlongkop habis.
Itu sebab Perhimpunan Jln Kebun adalah disertai bukan sahaja oleh penyokong
BA dan Reformis. Malahan penyokong UMNO sendiri telah keluar dari ceruk
rantau seluruh negeri Selangor sebagai menyokong wadah rakyat dari parti
Pembangkang. Mahathir sudah kacau-bilau dan merapek dalam tidur!!
Bermakna Dr. Mahathir telah menggali kubur ?berliang besar? untuk UMNO.
Tarikh 2004 adalah pengistiharan bahawa ?UMNO, dengan secara resminya akan
terhapus dari muka bumi Malaysia tanpa sebarang kesan?..!!
Puteri UMNO @ ?Puteri Disko Dangdut?
Puteri UMNO yang diwarwar Dr. Mahathir cuma layak dijadikan ?Betina
Seri Panggung? untuk sesi ?Joget moden? dan ?Disko Dangdut?. Mungkin Azalina
Said sedang merancang sesi ?Mandi Buih? bersama ?Sister in Islam? yang
lebih mirip kepada ?Sister In Sin?.
Mak Cik-Mak Cik Wanita UMNO yang dibayangi oleh Rafidah Aziz pula diberitakan:
dalam senyap telah memulakan kempen ?Perang Saraf? terhadap ?Puteri UMNO?.
Hasilnya, sesi ?lempar selut? makin menjadi-jadi.
Alhamdulillah? ini memberi petanda bahawa riaksi sesama mereka menyegerakan
nazak UMNO menarik nafas terakhir. Kain kafan sedang disediakan oleh Barisan
Alternatif (BA).
Pemuda UMNO Makin Pondan
PEMUDA UMNO yang diketuai oleh Hishamuddin semakin ?aw-aw?. Itulah kesan
dari mabok mengogok ?Anchor? dan ?Guiness Stout cop kepala Anjing? UMNO.
Nawaitu arwah Datuk dan Ayahnya sudah terkikis dari lubuk hatinya. Sekarang
beliau menadah tempurung minta sedekah kepada Mahathir - pendatang haram!!
UMNO Bahagian Senai di Johor (antara yg jelas) telah hilang kepercayaan
kepada MB, dan membantah kepimpinan UMNO yang semakin ?biadap dan kurang
ajar? dibawah kepimpin Mahathir Mohamad. Itu contoh saja. Ada ratusan Bahagian
lagi yang sudah menetang dalam senyap.
Sudah ada didengar kes-kes pemimpin UMNO sendiri sanggup membelasah
pemimpin UMNO sendiri dengan carut-marut dihadapan Pembangkang. Krisis
keyakinan dalam UMNO sudah terang-terang menyerang bagai kanser memamah
?spinal cord? tulang belakang UMNO.
Gejala penentang dari dalam begitu telah menunjukkan satu trend yang
menyebabkan UMNO tidak mampu lagi bertahan. Ada diantara mereka yang terang-terang
menyebelahi Pembangkang. Mereka tidak peduli walau dikenakan tindakan disiplin
dan ?buang dari parti? - waima di ISAkan seperti DS Anwar.
Kesan Isu Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya?
Penyokong UMNO (tidak kira tua-muda, kaum bapa) makin insaf bahawa nawaitu
Dr. Mahathir memimpin UMNO dan Kerajaan makin jelas sebagai suatu Agenda
Mega beliau yang terancang sekian lama.
Mahathir memutarbelitkan fakta Royalti minyak dan merampas Putera Jaya
hak rakyat Selangor semata-mata untuk kepentingan beliau dan Kroni beliau
saja.
Dibelakang Mahathir sekarang berderet puluhan juruperunding luar negara
dan kroni Cina tempatan dan segala bangsa yang berpotensi menjadi kaya
jutawan segera. Mereka memberi pelbagai cadangan dan proposals untuk mengaut
keuntungan dari pengistiharan Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya? itu.
Mana muka orang Melayu? Mana muka pemimpin UMNO yang mendabek dada kununnya
berWIBAWA dan berWAWASAN?
Siapakah yang ketawa Putera Jaya sudah dijual murahan? Mungkin mahal
lagi ?kembung busuk di Pasar Malam?. Inikah UMNO yang memperjuangkan hak
dan ketuanan Melayu?
Untuk mengabui mata orang Melayu, Mahathir merancang menggunakan DUN
yang disogok dengan pelbagai macam rasuah. Putera Jaya, negeri Selangor
dan Khir Toyo hanya sample saja - sebagai permulaan.
Mahathir merancang untuk ?mewilayah-persekuankan? beberapa daerah strategik
lagi. Ada 6 lagi di Selongor setakat yang diketahui.
Jangan tak tau, orang Melayu di Pahang, Kedah (Langkawi), Johor dan
Perak kenalah berwaspada. Jangan jadi ?Pak Kadok - menang sorak kampung
tergadai?. Hangpa syik bersorak sokong UMNO - hangapa tak tau, seluaq dalam
hangpa dah pun tergadai!! Mahathir tergelak, hangpa cuma gentel misai!!
Padan muka hangpa!!
Mana-mana pihak yang enggan bekerjasama telah diugut dengan pelbagai
ragam. Makin tepatlah tafsiran orang ramai sekarang - ?peluru hidup? yang
diterima Khir Toyo datang dari siapa. Itulah cara ?kilas tangan? paling
busuk yang bermain ?dalam gelap?. Akhirnya Wilayah Persekutuan ?Putera
Jaya? habis kena SONGLAP!!
Penyelesaian Muktamad
Ada puak yang mentarbiahkan nawaitu ?Hidup mati kerana UMNO?. Tetapi
mereka tidak sedar bahawa ?yang mati itu ialah orang Melayu yang menyokong
UMNO, dan yang hidup itu pula HANYALAH Mahathir, anak beranak dan Kroninya
saja?. Melaponglah zuriat kalian.
TETAPI, demi kesejahteraan bangsa dan negara, pemimpin Barisan Alternatif
akan terus berusaha menyedarkan rakyat (khususnya orang Melayu) melalui
ceramah dan penerangan. Makin nampak sekarang kejayaan Perhimpunan Jln
Kebun memberi impak keberkesanan paling ketara kepada rakyat. Perhimpunan
?Sejuta Rakyat? diberitakan akan diteruskan mengikut agenda.
Mahathir Gerun Kepada ?Hantu Kubur?nya
Ketakutan Mahathir usah ditafsir sebagai ?ketakutan UMNO atau orang
Melayu?. Kerana, UMNO sebenar sudah tidak ada lagi. Ia cuma bayang-bayang
momokan Mahathir sengaja bertujuan untuk mengkacaubilau dan mengelirukkan
minda orang Melayu saja.
UMNO ?Baru? adalah kelompok barua-barua Mahathir semata-mata. Jumlahnya
boleh dibilang dengan jari saja. Mereka yang ditonggokkan di kerusi empuk
berjawatan Kerajaan bukan lagi berkhidmat untuk menjamin nasib orang Melayu.
UMNO sudah jadi ?Kuda kayu? dan pemimpin UMNO sedang menari ?Kudang
Kepang?. Mereka menari mengikut rentak sambil Mahathir memukul gendang.
Mereka sanggup jadi ?barua murahan? untuk menjamin kepentingan diri mereka,
Mahathir dan Kroninya sahaja. Mereka sanggup jual tanahair, bangsa dan
agama!! Itulah UMNO sebenar!!
Insaf dan usahakankan sungguh-sungguh penuh yakin dan tawakal bahawa
?MENUMBANGKAN regim Mahathir dalam tahun 2004 adalah satu KEMESTIAN. Itu
saja cara bagi menjamin negara ini kembali dimerdekakan, dan kehidupan
sejahtera zuriat yang akan datang akan terpelihara mengikut rencana kita
- orang Melayu?.
Pasti BA berjaya dan UMNO/BN gagal!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)
--------------------------------------------------------------------------------
Rujuk: http://www.utusan.com.my/content_m.asp? url=/utusan/today/Utusan_Malaysia/Forum/fo2_full.htm
Pemimpin cawangan dengarlah suara golongan muda
Saudara Pengarang,
LUAHAN yang telah dibuat oleh Doktor Zubaidi Ahmad dan Zulqafar Wan
Haniff dalam ruangan forum mendorong saya untuk bersuara kerana apa yang
telah dipenakan oleh kedua mereka menggambarkan keadaan sebenar UMNO di
sesetengah cawangan dan bahagian.
Masih ada di kalangan ketua-ketua cawangan yang menganggap golongan
muda dan kehadiran orang luar kawasan sebagai faktor yang boleh menggugat
kedudukan mereka.
Sepatutnya golongan yang lebih berumur akur bahawa golongan mudalah
yang bakal menggantikan mereka suatu hari nanti. Kehadiran orang luar dari
kawasan tersebut juga tidak diterima dan mereka tidak diberikan peluang
memegang jawatan penting dalam cawangan hanya kerana golongan ini ''tidak
memahami keadaan setempat'' cawangan tersebut.
Untuk menyingkirkan golongan ini, surat panggilan ke mesyuarat juga
tidak pernah sampai kepada ahli-ahli yang bermastautin di luar kawasan
mereka.
Ada pula di antara ketua cawangan yang lebih suka menaja jawatan untuk
mendapatkan peluang perniagaan. Mengumpul kekayaan lebih penting bagi mereka
daripada berkhidmat untuk masyarakat setempat.
Memang benar apa yang telah diluahkan oleh Zulqafar. Aktiviti kemasyarakatan
yang diadakan oleh cawangan-cawangan lebih berupa acara kalendar hanya
untuk ahli-ahli UMNO dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat setempat
secara menyeluruh.
Kalau untuk pemuda, mainlah bola sepak dari mula hingga akhir tahun
dan untuk wanita pula tidak habis-habis dengan lawatan ke sana-sini. Untuk
ahli-ahli cawangan pula buatlah rombongan di akhir tahun ke Pulau Langkawi
dan sebagainya.
Itulah sahaja perjuangan di peringkat cawangan UMNO yang ada, sedangkan
pihak pembangkang sentiasa membuat persediaan untuk pilihan raya yang akan
datang. Jentera pilihan raya mereka aktif sepanjang masa sebelum dan selepas
pilihan raya.
Saya harap, UMNO di peringkat bawahan akan memainkan peranan yang lebih
positif dalam membangunkan masyarakat dan membantu mereka yang perlu tanpa
memilih bulu.
Perjuangan UMNO bukannya terhad kepada ahli-ahli UMNO dan orang-orang
Melayu sahaja. Kalau ada sumbangan untuk mangsa bencana, janganlah dipandang
fahaman politik dan warna kulit mangsa.
Golongan muda jangan dianggap sebagai lawan dan ahli dari luar jangan
dianggap tidak layak memberi buah fikiran. Ubahlah ketetapan minda yang
negatif itu agar UMNO boleh diterima semula oleh semua. - KAPT. (B) ABDUL
RAHMAT OMAR TUN MOHD. HANIFF.