ROYALTI : KAMI
BERSAMA TOK GURU
Umno dan Gelagatnya PASARAN SAHAM Jika kita melihat pasaran saham terkini, nampak jelas ada sesuatu yang
tidak kena. Ia kelihatan seperti si pengsan yang tiba-tiba boleh segar
bugar serta merta. Tidak semulajadi (natural). Ia umpama orang yang lemah
tetapi berpura-pura gagah berdiri sambil menyembunyikan tongkatnya. Malangnya
tidak semua orang terpedaya.
Statistik FDI menunjukkan pelabur luar sudah mengalih pandangan ke lain
benua. Negara Cina dan India sudah dapat menarik minat pelabur dengan buruh
yang murah dan kecekapan berteknologi. Tidak hairanlah Bill Gates mencurahkan
wang yang lebih banyak jutanya di India kerana terpesona. Dan kita tidak
terkejut jika pelabur Amerika berkata di Thailand bahawa Negara Cina sudah
mencuri minat pelabur luar kerana kecekapan dan kemurahan buruhnya.
Maka terpaksalah Rafidah, Pak Lah dan Mahathir berterbangan ke luar
negara berkempen - ini semua bukan sedikit belanja. Apatah lagi "upah"
yang dibayar kepada pihak tertentu supaya menjemputnya.....atau memberi
hadiah kepada mereka serta upah kerja kepada jurufoto kamera untuk menangkap
imej sesiapa yang berdemo menentang mereka. Malah upah untuk penulis buta
tidak kurang juga banyaknya - sehingga mereka bertukar jawatan dari satu
media ke satu media dan mungkin dizinkan menelan syarikat berita dengan
sedikit kertas kerja sahaja.
PEMERINTAHAN BERSANDIWARA Di zaman yang serba moden ini sudah ada kacamata yang luarbiasa. Ia boleh melihat di dalam gelap gelita, sebagaimana teropong yang dibawa ke kem al Maunah yang mengejutkan rakyat yang biasa. Dengan sekelip mata negara dipenuhi dengan perbualan yang tidak menyedapkan
telinga mendengarnya - iaitu "Sandiwara". Apabila PM membebel mengenainya
sambil menonjol jari kepada pihak pembangkang yang digeruninya semakin
jelas terjawab semua tanda-tanya. Tidak mungkin satu perjuangan yang begitu
rahsia tiba-tiba memberi jejak (clue) rahsia dengan mudah pula.
KEKAYAAN NEGARA DIPERJUDIKAN PULA
Rakyat marhaen sudah sedar dana negara telah dikorek satu persatu untuk
menghidupkan syarikat kroni manja. Sebuah syarikat kapal yang tenggelam
terapung semula bila Petronas membelinya dengan alasan yang tidak perlu
kita sebutkan lagi. Petronas yang sama juga yang menyuntik dana kepada
bank bumiputra beberapa kali hanya untuk ditelan oleh buaya kroni yang
menanti. Akhirnya pekerja BBMB dipijak-pijak sehinggga pelanggan yang berurus-niaga
pun ternampak gelagat anak buahnya yang tidak senang hati.
PENONTON GUSTI AGAKNYA Menonton gelagat saham negara mengingatkan kita akan permainan gusti yang ramai peminatnya. Kita menonton aksi bursa saham yang naik dengan tiba-tiba di negara
yang baru sahaja mengharamkan arked videonya. Sayangnya permainan saham
apakah jika harganya boleh naik mendadak tanpa sebarang petunjuk nyata
melainkan petikkan kata sahaja.... Ia sebenarnya mirip satu perjudian dan
bukan pelaburan. Sebab itulah banyak institusi rugi bermain dengannya,
walaupun sudah mengambil beberapa petua, khususnya dari diktator tua dan
mulut-mulut yang semanis dengannya.
UMNO DAN KELEMAHANNYA
Umno kini sedang berdepan dengan kesedaran rakyat yang semakin mencanak.
Ia mencuba pelbagai ubat untuk mendapatkan sokongan rakyat. Minggu lepas
Puteri Umno sudah mendapat publisiti hebat sehingga menggelegak senario
Wanita tuanya. Belum dilancar sudah ada biro Tindakan Sivil (BTS) ala MCA
ditengah kesibukkan Pusat Penjaja Sukom, Sungei Way PJ, satu kawasan warga
industri. Sudah tentu Azalinalah orang yang mencetus idea dan Mahathir
merasmikannya. Dua projek oleh anak "dara" ini mendapat keistimewaan diktator
moden yang tua - Puteri Umno dan Biro Tindakan Sivil.
Terkilan kita dimana pula projek Wanita Umno? Cukupkah projek rombongan
ke sini dan ke sana untuk menyedarkan rakyat jelata yang kononnya tidak
faham agenda pembangunan negara? Bolehkah kain batik percuma itu menjamin
masa depan umno yang sudah dipandang rakyat sebagai paling tidak berguna?
|