ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
Umno dan Peningnya
By Man Kubur
28/10/2000 am
SIRI 2: UMNO DAN GELAGATNYA
Pernah satu ketika dahulu sewaktu kempen pilihanraya kerajaan BN menggambarkan
pihak BA berketuakan seorang yang pening kepala. Kempen tersebut menyalahi
etika iklan negara - kerana jika itu dibolehkan pembuat sabun tidak perlu
lagi memberi tanda X untuk memperkecilkan saingan mereka. Katakan sahaja
jenama apa yang kurang - nanti semua jenama seluruh negara akan berperang!
Apa yang berlaku di dalam negara kini sudahpun memeningkan kepala, khususnya
pemimpin-pemimpin BN sendiri. Akhirnya mereka mengambil jalan pinntas dengan
menutup kes atau menipu terus. Bila ini berlaku tiada lagi makna pemerintahan
yang penuh dengan cogankata itu - Bersih Cekap dan Amanah. Sebaliknya mereka
memijak undang-undang dan memperlekehkan ugama.
PENING 0: UMNO DAN ULARMAKNYA
Secara tidak langsung, Enakmen murtad yang menjadi bualan sejak kebelakangan
ini adalah salah satu buah silat ularmak umno juga. Malangnya kenyatan-kenyataan
Mahathir beberapa hari lepas menempelak idea ularmak umno sendiri.
Kita sendiri tahu Shahidan Kassim tidak cukup ilmu untuk berbahas perihal
murtad. Dia perlu merujuk kepada seseorang, dan sudah tentu ulamak dari
PAS tidak sesuai untuk tujuan itu. Secara tidak langsung Shahidan Kassim
sendiri sudah "ditampar" oleh memanda perdana menteri!
Kita sendiri tahu kebanyakkan ularmak umno adalah ularmak yang terbuang.
"Tidak lulus" - kata orang tua-tua. Apabila orang yang gagal cuba membawa
hal-hal ugama, inilah jadinya. Belum apa-apa dia menuduh PAS sebagai kaum
khawarij. Bermacam buku diterbitkan dan satu kumpulan penceramah berjumlah
25 orang ditubuhkan oleh Mustapha Muhammad. Sampai kini tidak ada seorang
pun yang tampil kedepan, sebaliknya perdana menteri sahaja yang kuat bersuara
dalam pelbagai majlis yang melibatkan ugama. Apakah ini bermakna Mahathir
sendiri lebih arif dari 25 ularmaknya?? Samada mereka sedar atau tidak,
taraf 25 ularmak umno ini hanyalah satu perhiasan cuma..... Mereka semua
tidak layak mendapat perhatian corong kamera. Mungkin Mahathir sendiri
bimbang akan terbalik semua sokongan rakyat dibuatnya!
Selain itu kita pun tertanya-tanya mengapakah ularmak umno ini senyap
sahaja dengan fatwa Syaikh Taha. Sudah angkat tangan "surrender" ke?
PENING 1: KES RAHIM NOR
Satu waktu dulu kekerasan Rahim Nor dijawab dengan kelembutan suara
DSWA dengan kemaafan walaupun sedih kerana DSAI hampir hilang nyawa. Tanpa
kita sedari ada sesuatu dalam Rahim Nor sedang memberontak. Sentuhan kemaafan
itu memang berbisa.....
Sudah tentu ini memeningkan kepala banyak pihak. Rahim Nor akan menjadi
pahlawan negara jika beliau berterus terang. Itulah satu perjuangan penting
tetapi di dalam diri beliau sendiri. Apa yang berlaku kini amat mendukacitakan
beliau dan seisi keluarga, termasuk anak-anak beliau. Kini Rahim Nor sedar
wang ringgit dan kuasa tidak akan dapat menggantikan kepiluan tersebut.
Sebaliknya iman dan kebenaran sahajalah yang akan menyelesaikan semua pekara.
Maka terpaksalah ditunda perbicaraan beliau kerana pihak konspirator
sendiri sudah kurang yakin dengan Rahim Nor. Setiap orang ada kelemahannya....
apabila Rahim Nor terbayang derita keluarganya dia akan membuatkan pihak
yang bersubahat itu pening kepala. Oleh itu kes tersebut dilambatkan sahaja
sehingga sedikit reda. Namun demikian penderitaan itu tidak akan menghilang
walau ditunda sekian lama. Lambat laun ia akan menjelma. Inilah pening
yang amatnya.
PENING 2: SKANDAL PERWAJA
Kalau bau itu sudah terlalu busuk, seluruh jentera BPR pun tidak mampu
untuk mengembumikannya. Kini BPR bermain-main anak dengan skandal ini.
Semenjak Eric Chia bising kononnya beliau cukup bukti untuk melepaskan
dirinya, BPR masih tidak bergerak-gerak. Yang ada hanyalah gerak mulut
dan kenyataan sini dan sana. Jika BPR hanya mampu bermain mulut, sampai
bila pun penjenayah negara akan bergelak ketawa. Sekali pihak pembangkang
bersuara keluarlah kenyataan yang diambil dari suratkabar lama.... Seperti
biasa nama penjenayah masih tidak keluar-keluar. Tidak mungkin wang berbilion
hilang jika tidak ada si penerimanya. Semakin lama kes ini bergegar, selama
itulah maruah BPR tercemar.
PENING 3: SKANDAL TABUNG CHANG MING THIEN - MCA
Tabung Pendidikkan Chang Ming Thien ditubuhkan oleh mendiang Chang dengan
Multi Purpose Holdings (MPHB), sayap pelaburan MCA, dengan dana 10 juta,
pada tahun 1980. Pada tahun 1990, tiada apa-apa pun berlaku - maka pihak
Chang meminta dipulangkan balik wang tersebut kepada syarikat pelaburan
Chang, General Holdings.
Kita masih belum lupa bagaimana skandal Koperatif pada tahun 80an yang
menyenangkan ramai pencarumnya rugi dan kehilangan wang. Akhirnya beberapa
orang masuk kepenjara - tetapi itu tidak akan mengembalikan wang yang sudah
hangus di dalam bara.
Kini MPHB sudah terjual. Kaitannya dengan MCA sudah tidak seperti dulu.
Tapi wang tabung itu kemana perginya. Apakah ia sengaja di ujudkan supaya
ia tidak dapat disiasat sebelum semua wangnya lenyap?
Kini MCA sudah malu dengan skandal tabung ini. Setiausaha agungnya mahu
ia dibincang dalam tertutup (behind closed doors). Sudah 20 tahun berlalu,
tetapi dalangnya bebas bergembira. Bila orang MCA sendiri curiga disuruh
berbisik dalam rumah aje pula!
PENING 4: SKANDAL PUTRAJAYA
Tulisan Raja Petra tempoh hari menggegarkan penduduk Selangor khasnya
dan rakyat Malaysia amnya.
Kerajaan Persekutuan berkeras untuk mengambil Putrajaya dan meminta
kerjaaan negeri "bersyukur" dengan pembelian RM800 juta semua tanah di
sana dan imbuhan RM 7.5 juta setahun.
Kini timbul tandatanya siapakah yang membenarkan ianya dijual dan kenapakah
perkara penting sebegini tidak melalui satu usul dari DUN kerana rakyat
Selangor berhak ke atas tanah dan negeri mereka? Sikap ambil dulu dan bising
kemudian menunjukkan kerajaan Mahathir kini sudah melampaui batas. Dulu
dia mengambil royalti, kini dia mahukan tanah pula dan menyuruh rakyat
bersyukur dengan tawaran dan habuan wang.....
Perhimpunan 100,000 rakyat di negeri Selangor nanti pasti membuat urat-urat
darah di kepala tegang semula. Sudah tentu yang bersalah terpaksa mencari
sesuatu untuk menutup muka. Apabila pemimpin berperang dengan rakyatnya,
itulah titik permulaan kemusnahan dirinya....
PENING 5: PENYAKIT JE, HFMD
Nampaknya Kementerian Kesihatan dan menterinya tidak boleh berdiam diri
dalam kepeningan. Apa yang berlaku menunjukkan virus yang pelik-pelik dan
yang sukar dikenal pasti suka "melancung" ke Malaysia.... mungkinkah ini
semua satu kesan dari Kempen Melawat Malaysia?
Bayangkan kedua-dua penyakit ini memerlukan kepandaian dan analisa makmal
dari luar negara. Dan penyakit ini juga boleh membunuh manusia. Bagi kita
orang Islam, ini sudah cukup untuk memberi beberapa pengajaran. Semaju
mana pun sesuatu negara itu, tetapi jika ia meminggiri islam dan menghina
ulamak - ia tidak akan berjaya memusnahkan Islam. Sebaliknya tuhan hanya
perlu menghantar mahluknya yang kecil sahaja untuk memusnahkan sesuatu
bangsa. Kalau Namrud tewas dengan seekor nyamuk, jangan terkejut jika kuman
yang sebegitu kecil boleh memusnahkan ??????. Kembalilah kepada Islam sebelum
terlambat.
PENING 6: SKANDAL ROYALTI
Mahathir menjangka dia akan berjaya memusnahkan satu kerajaan pilihan
rakyat dengan menodai perjanjian. Dia menafikan hak rakyat kepada royalti
sedangkan minyak itu milik negeri yang "dipajakkan" kepada Petronas melalui
satu perjanjian ala kongsi-kongsi. Kerajaan Persekutuan tidak berkuasa
apa-apa, kerana tanah atau laut itu bukan miliknya. Kerajaan Persekutuan
hanya ada dua negeri ia mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil wang dan
harta - iaitu wilayah persekutuan (KL) dan Labuan.
Rakyat Terengganu tidak perlu bimbang kerana bekas Hakim Negara, Tun
Salleh Abbas memang arif dengan undang-undang. Malah beliau sendiri yang
membuat draf akta petroleum. Tindakkan Mahathir kini hanya akan memusnahkan
sedikit sokongan yang masih ada kepada umno. Apabila Mahathir menafikan
royalti, dia telah menafikan hak kepada semua rakyat negeri, tidak kira
mereka umno atau tidak. Kini beberapa kontraktor umno sendiri sudah bersungut
kerana tanpa royalti beberapa projek berjimat cermat akan mengurangkan
lagi peluang mereka untuk berniaga...... salah siapa jika tidak umno juga?
Tuhan tidak mempersiakan doa rakyat yang dizalimi. Dengan penemuan minyak
di sekitar pantai negeri Terengganu baru-baru ini yang diumumkan oleh MB
Terengganu, tidak perlu lagi sebarang royalti dibayar kepada Petronas atau
kerajaan Pusat. Kita pasti syarikat minyak asing boleh memberi tawaran
yang jauh lebih baik dari petronas, apatah lagi kerana Terengganu memang
terkenal dengan kualiti minyaknya - kadar sulfur yang rendah.
"He said preliminary studies show the reserves along the coastal area, located between the north and central area of the state, runs the length of some 200km.
"The oil reserves found on land are in Besut and Dungun districts and
they have the potential to be developed and owned entirely by the state
government," he said after chairing the state executive committee meeting
here on Wednesday." - Bernama
Cuba anda bayangkan 200km itu bukannya pendek. Malah ia lebih BESAR
dari segala pelantar Petronas di SELURUH NEGARA!!
PENING 7: DEBAT PAS-UMNO
Sekali lagi umno berdepan dengan cabaran yang memeningkan kepala. Kita
sudah lama kenal dengan Hishamuddin yang pernah menonggang beer itu. Malah
kita masih ingat dia ponteng satu debat di satu universiti yang terkemuka
di dalam negara.
Kini pelbagai "syarat" mula kendengaran. Tidak ada lintas langsung walaupun
masih ada kamera. Ini menunjukkan umno sendiri masih kurang yakin kepada
ketua pemudanya, dan mungkin juga, pengalaman atau jasa ketuanan melayu
yang sering dilaungkannya. Bayangkan apa yang ketua pemuda itu akan jawab
bila statistik tanah rizab melayu bergema ke seluruh negara?
Kita tidak mengukur kekuatan melalui percakapan, tetapi melalui perbuatan
dan pengalaman. Jika fakta-fakta dijadikan ukuran, umno akan kecundang.
Jika Mahfuz menggunakan fakta sampai bila pun hero umno akan tidak terjawab.
Kalau adapun sedikit gagap yang pasti mengetawakan semua orang, termasuk
orang umno juga. Bila itu berlaku alam yang terang ini akan semakin malap
buat Hishamuddin, walaupun dia boleh membeli pelbagai cermin mata....
-Man Kubur-
(Bersambung...)