Lunas: Umno Menangis Keanak-anakan
By Man Kubur
Ada dua rencana yang menyentuh umno disini, khususnya golongan pemuda
mereka. Inilah golongan yang diharapkan dapat menggantikan kepimpinan yang
ada. Malangnya mereka lebih banyak mengajar benda-benda yang bukan-bukan
kepada generasi akan datang, khususnya yang berada dalam umno sendiri.
YANG BERMAIN TETAP DISAYANG
Kadir Jasin menyifatkan sikap Aziz yang bermain-main dengan pendirian
sebagai menangis kebudak-budakkan serta tidak serius. Ia mirip satu ugutan
dan kepura-puraan untuk menagih simpati orang.
Memang Aziz mengepalai bahagian Padang Serai yang terletak dalam DUN
Lunas. Beliau juga mengetahui kempen pemuda di sana kerana Hishamuddin
nampaknya lebih seronok berada di luar negara. Yang peliknya ahli UMNO
sendiri tidak menyoal Hishamuddin apa yang lebih penting.... satu DUN yang
ramai rakyatnya (24,000 lebih) atau kemesraan bersama dua tiga orang kaum.
Siapakah yang lebih Hishamuddin sayang dan siapakah yang lebih layak mendapat
perhatian?
YANG LEMBIK TETAP DIBIARKAN
Rencana STAR pula menyebut Dr Shamsul telah mengkritik imej Hishamuddin
yang lembik dan agak pondan. Aziz pula dikatakan lemah tidak sanggup menerima
kritikkan lalu terus letak jawatan. Bayangkan dengan dikritik sahaja pemimpin
'muda' umno ini sudah mengaku kalah dan terus nak keluar gelanggang....
apakah oang seperti ini boleh diharapkan untuk membela ketuanan? Nak mandi
kritik pun tak boleh, inikan nak mandi keringat atau darah. Kalau mandi
buih bolehlah saya percaya... kerana inilah spesis pemimpin berwawasan
umno yang lahir hasil permit mudah untuk mandi buih dan permit sukar ceramah
BA atau ugama.
YANG BURUK TETAP DISIMPAN
Kalau umno betul-betul matang, ia sudah lama memecat Aziz kerana gambar
beliau menunjukkan muka yang berang siap dengan tunjuk tangan kemuka Suqui
memang tidak beradap langsung. Gambar itu jugalah yang tersebar meluas
di Lunas. Kesannya petugas-petugas umno termalu dan tidak terjawab! HANYA
satu gambar sahaja sudah CUKUP untuk menyahkan BN dari Lunas!! Sikap memanjat
pagar dan mengherdik orang bukan budaya melayu, tetapi budaya melayu barua!
Dengan mengekalkan Aziz BN nampaknya masih belum pandai belajar..... bersedialah
untuk tewas nanti kerana gambar Aziz itu akan MUNCUL LAGI!