UMNO BERGABUNG DENGAN PAS ?
PENGENALAN. Hasil daripada pilihanraya ke - 10 yang diadakan pada 29 November 1999 yang lalu,
jelas menunjukkan parti UMNO telah ditolak oleh orang - orang Melayu secara keseluruhannya. Di
Negeri - negeri Melayu, Kelantan Darul Naim, Terengganu Darul Iman, Kedah Darul Aman, Perlis
Indera Kayangan, Pahang Darul Makmur, Selangor Darul Ehsan dan Perak Darul Ridzuan,  BN menerusi
parti UMNO memenangi kerusi Parlimen dan DUN adalah kerana kecekapan mereka menipu , iaitu ,
melalui undi hantu, undi pos dan bantuan SPR. Sebenarnya, undi orang - orang Cina dan India
menyumbang lebih daripada 75 % daripada jumlah undi yang diperolehi oleh calon UMNO tersebut.
Manakala 25 % lagi disumbangkan oleh  campuran undi orang - orang Melayu dan pengundi hantu,
undi pos dan bantuan penipuan yang diatur oleh SPR.  Majoriti yang diperolehi oleh calon BN
melalui UMNO sebenarnya merosot dengan terlalu amat teruk, mungkin pertama kali dalam sejarah
Malaysia Moden. Ini dapat dibuktikan ekoran berkurangannya  bilangan kerusi parlimen yang
dimenangi , iaitu ,  daripada 92 buah [ 1995 ] kepada 72 buah [ 1999 ] SAHAJA  . Maklumat yang
ada juga menunjukkan , sejumlah 80 % daripada orang - orang Melayu telah memilih PAS dan BARISAN
ALTERNATIF. UMNO cuma dapat meraih sokongan sebanyak 20 % sahaja dari jumlah keseluruhan orang -
orang Melayu.

AHLI  MEROSOT.  Parti UMNO , dengan keahlian yang yang makin berkurangan  daripada sejumlah "
2.78  "juta  [ seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Khalil Yaakub ] ,
sebenarnya  berada di dalam keadaan reput dan  berulat. Angka sebenarnya, seperti yang
dinyatakan oleh Raja Petra Kamaruddin dari Parti KeADILan Nasional adalah satu [ 1 ] juta orang
sahaja. Dengan itu, untuk menunjukkan ianya kuat dan teguh, sejumlah  1.7 juta orang lagi
ditambah dan melaluinya ianya dimanipulasikan, kononnya, jumlahnya ialah " 2.78 " juta orang.

Jumlah 1.7 juta ini adalah terdiri daripada ; orang - orang yang tidak wujud pada jasadnya,
iaitu wujud pada nama sahaja [ kalau tak percaya sila semak dengan teliti dan cermat serta
secara profesional dalam senarai keahlian UMNO ]  ini boleh dikatogerikan sebagai " UNDI HANTU "
;  ahli - ahli yang telah meninggal dunia, tetapi nama tidak dikeluarkan dari senarai  ; anak -
anak ahli UMNO yang belum cukup umur yang didaftarkan oleh ibu bapa yang menjadi ahli UMNO

Daripada satu [ 1 ] juta ini, berapa ramai yang telah mengisi borang untuk menjadi ahli PAS . ?
Berapa  ramai pula yang telah menyeberang parti KeADILan ?  Daripada maklumat yang terkini,
keahlian PAS telah bertambah sebanyak lebih kurang 300,000 orang sejak setahun yang lepas iaitu,
sejak 2 September 1998, tarikh keramat Mahathir telah menjatuhkan ' TALAK TIGA " keatas  Dato'
Seri Anwar Bin Ibrahim, Timbalan Presiden UMNO , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Manakala, parti KeADILan yang ditubuhkan atas asas untuk memperjuangkan keadilan untuk semua,
membenteras rasuah dan penyelewengan telah mencatatkan keahlian seramai 400,000 orang  , yang
sebahagian besar daripadanya iaitu kira - kira 90 % adalah ahli UMNO.

Dengan mengambil kira keahlian kedua - dua parti PAS [ pertambahan ahli ] dan KeADILan ,  yang
berjumlah 300,000 orang dicampur dengan 400,000 orang menjadikan jumlahnya 700,000 orang, jadi
bayangkan berapakah jumlah sebenar keahlian UMNO yang tinggal pada hari ini.

Saya rasa, kalaulah UMNO jujur dalam erti kata mahu lihat ianya dapat terus WUJUD  di atas muka
bumi ini di alaf baru nanti , terutama sekali pimpinan peringkat tertinggi di peringkat pusat
itu,  perlulah mengambil langkah mengadakan semakan semula secara teliti, telus,  sistematik ,
dengan menggunakan teknologi IT tercanggih dan bertanggungjawab, MENGIRA JUMLAH SEBENAR ORANG -
ORANG MELAYU  YANG MASIH MENJADI AHLI  UMNO..

Kita cabar parti UMNO, sekiranya  telus dan bertanggungjawab kepada  bangsa Melayu [ kononnya ]
jelaskan kedudukan sebenar dan mutakhir , jumlah terkini ahli UMNO di seluruh negara, bukan
angka yang dimanipulasikan.

Tetapi, saya yakin, percayalah jumlah orang - orang Melayu yang masih menjadi ahli UMNO hanyalah
di sekitar 300,000 orang hingga 500,000 orang sahaja.

CADANGAN. Melihat kepada senario dan realiti yang sebenarnya, UMNO telah mengalami zaman
kepupusannya. Ia telah ditolak secara menyeluruh oleh orang - orang Melayu . UMNO yang ada
didokong oleh golongan yang tidak mempunyai kualiti ,  yang terdiri daripada orang - orang tua,
golongan pencen, korporat dan ahli - ahli perniagaan yang rasuah dan menyeleweng, perogol,
pembunuh, pencuri, penyamun, perompak dan orang - orang jahat.

Sehubungan dengan itu, demi untuk menyelamatkan bangsa Melayu  dan ketuanan Melayu , adalah
dengan ini saya mencadangkan supaya parti UMNO hendaklah digabungkan dengan parti PAS. Presiden
UMNO perlulah mengambil inisiatif awal untuk menjayakan hasrat murni ini.

Serentak dengan itu, UMNO dibubarkan.  Semua ahli UMNO  diserapkan  menjadi ahli PAS dan
didaftarkan di cawangan - cawangan PAS , di mana ahli UMNO tersebut bermastautin. . Aset  UMNO
akan dijadikan hak milik PAS. Ianya akan diuruskan oleh pengurusan  baru, iaitu gabungan
diantara pemimpin lama dan baru.

Dengan cara ini, orang - orang Melayu dapat diselamatkan sesuai dengan kata - kata hikmat Hang
Tuah " Tak Melayu Hilang Di Dunia ".

Pimpinan UMNO jangan keras kepala, terimalah hakikat, realitinya UMNO sedang menuju kehancuran.
Paling lama ianya akan bertahan dalam dua [ 2 ]  kali pilihanraya saja lagi , iaitu yang ke 11
dan ke 12.  UMNO akan mati dalam tahun 2010 sebelum wawasan 2020 belum lagi tercapai. Apakah
kekuatan yang ada pada UMNO untuk menghalang " Pusingan Islam " ini ? . Setiap 100 tahun,
pusingan ini akan berlaku, sekiranya pemimpin sesuatu kaum ,  bangsa  dan negara  tidak
berwaspada dan berhati - hati.

Dalam keadaan sekarang, cadangan di atas dikira sangat wajar. Kalau kita ibaratkan UMNO sebagai
sebuah syarikat korporat, ia bolehlah dikatakan berada di dalam keadaan rugi dan tenat. Tidak
ada jalan lain bagi menyelamatkan sesuatu perniagaan dalam keadaan ekonomi tersangat gawat,
akibat faktor dalaman sendiri dan faktor luaran , melainkan terpaksa menyerahkan syarikat
tersebut kepada DANAMODAL  dan DANAHARTA  untuk diuruskan dan disusun semula segala hutang ,
tanggungan dan modalnya.

Begitu jugalah dengan UMNO,  bagi menyelamatkan Agama Islam dan Ketuanan Melayu ; Raja - raja
Melayu, bangsa Melayu , Tanah Simpanan Melayu dan Bahasa Melayu, tugas di atas WAJIB diserahkan
kepada parti PAS. UMNO  telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan oleh bangsanya sejak 18
tahun di bawah pemerintahan Mahathir dan 42 tahun oleh UMNO .

Dalam keadaan PAS kaya dengan ahli - ahli yang berkualiti dan dari segi kuantiti , manakala UMNO
yang kaya dengan aset , pergabungan  ini dikirakan amat kena pada masanya.  Agama Islam dapat
diletakkan pada kedudukan yang tinggi, dengan segala hukum hakamnya dapat dilaksanakan dengan
baik. Bangsa Melayu, akhirnya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua kaum
di dunia  dan lebih - lebih lagi di negara sendiri. Orang - orang bukan Islam akan selamat di
bawah pemerintahan Islam.

KEKUATAN PAS..Prinsip perjuangan PAS  ialah  Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadith.
Keahlian terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Parti PAS telah menerima ahli
yang terdiri daripada  semua golongan ,iaitu ,  Ulamak yang baik , Pegawai Kerajaan, Pensyarah,
Guru, Profesional , Pakar Perubatan dan Doktor, Jurutera, Peguam, Pakar Nuklear, Mahasiswa,
Pelajar, orang - orang muda dan remaja, penduduk bandar dan desa, Nelayan, Petani, Penternak
dan  Peneroka. Kata orang ianya cukup lengkap dan sempurna untuk diserahkan amanah ini.

MASA YANG SESUAI . Perkara yang baik , seelok - eloknya dipercepatkan. Tidak perlu ditunggu -
tunggu lagi. Mulakan rundingan mengenai syarat - syarat dan cara - cara untuk penggabungan .
Kedua - dua pihak harus bertolak ansur. Ketepikan kepentingan peribadi, fikirkan masa depan
agama, bangsa dan tanah air. Perjuangkan kepada perkara - perkara pokok. Tidak sebab bangsa
Melayu tidak dapat disatukan. UMNO harus sedar , keadaan dan kedudukannya yang sebenar dan
terkini. Ianya telah menjadi sejarah. Masa akan menentukan bila ianya akan PUPUS. Tunggu saja.
Jadi sebelum terlambat, sebelum agama punah, bangsa hancur dan negara tergadai , elok sajalah
parti UMNO  dibubarkan dan seterusnya digabungkan dengan parti PAS.

Sebaik mungkin, ianya dibuat sebelum pilihanraya ke - 11 pada tahun 2004 nanti. Tidak ada
gunanya ditunggu lagi. Kehancurannya sudah mangkin hampir. Tandanya terlalu amat jelas. Jangan
ditangguhkan sehingga pilihanraya ke - 12 pada tahun 2010 atau sebelum daripadanya. Ini kerana
pada ketika tersebut, UMNO telah PUPUS, tidak ada lagi orang Melayu yang  mendaftar sebagai ahli
UMNO. Yang tinggal dan masih menganggotai UMNO ialah kaum - kaum Bumiputra lain iaitu suku kaum
Kadazan, Dayak, Mulu, Murut, Bajau, Melanau , Siam, Portugis, dan Iban.

Ini kerana pada masa itu, [  dalam keadaan yang berlaku sekarang ini, iaitu ahli UMNO yang masih
tinggal dan mengundi UMNO dalam pilihanraya ke -10 lalu adalah terdiri dari orang - orang tua
dan pencen,  dan tidak ada orang  - orang  muda yang minat dengan UMNO ]  tidak ada orang Melayu
yang terdiri dari golongan muda yang menjadi ahli  baru UMNO.

Sehubungan dengan itu, dalam masa sepuluh [ 10 ] tahun lagi , PAS  dengan mudah dapat mengambil
alih UMNO.

KESIMPULAN . Alaf akan datang  yang menjelang tiba tidak lama lagi , adalah milik Islam.
Kebangkitan Islam di seluruh dunia, walaupun ditekan, tindas dan dizalimi, hanya menunggu masa
saja untuk ditegakkan.  Penganiayaan, pengkhianatan dan  kezaliman  adalah prasyarat untuk
mendapat kejayaan dan kemenangan. Ianya bukanlah kerja yang mudah. Negeri  Terengganu Darul Iman
terpaksa menunggu sehingga 30 tahun untuk melepaskan diri dan memerdekakan negeri dari
penjajahan kerajaan pusat. Tidak sedikit pengorbanan yang telah dicurahkan. Zaman penjajahan
Mahathir ke atas Terengganu dan Kelantan telah berakhir.
 

Disamping itu , apakah BARISAN ALTERNATIF akan duduk diam, tanpa melakukan apa - apa dan berpuas
hati dengan pencapaian yang telah diperolehi dalam pilihanraya ke - 10 lalu, serentak dengan itu
membiarkan UMNO  cuba menyusun strategi bagi menawan hati orang - orang Melayu, khususnya
golongan muda - Mahasiswa dan pelajar ?

Kalau itu yang difikirkan oleh UMNO, pemimpin dan ahli -ahlinya, bermakna , sahlah dalam masa
sepuluh [ 10 ] tahun lagi  ia  akan pupus.

Strategi dan usaha parti PAS dan BA  , yang sedang  dan akan diusahakan ialah untuk menawan
negeri - negeri lain di Malaysia dan juga di peringkat pusat . Berapa kali ganda darjah usaha
tidak dapat dipastikan. Rasanya bukan setakat sekali ganda, atau dua kali ganda, mahupun tiga
kali ganda. Yang pastinya lebih dari itu.

Ini kerana, negeri - negeri Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Sarawak,
Sabah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor , sebenarnya telah terlalu hampir untuk diserahkan
kepada BARISAN ALTERNATIF dalam pilihanraya lalu.

Penyumbang terbesar undi BARISAN ALTERNATIF iaitu golongan muda, yang pastinya akan menjadi
pemangkin untuk menarik pelajar - pelajar yang bakal menjadi pengundi , yang akan memenangkannya
dalam pilihanraya yang akan datang. Mudah untuk mereka bercakap, berkomunikasi dan  berhubung
sesama mereka. Orang - orang muda lebih mudah faham cara orang - orang muda.
 
 

Terompah _kayu
Terompah_kayu@hotmail.com