UMNO DAN RASUAH IBARAT AUR DAN TEBING
Ucapan bersemangat oleh Presiden UMNO semalam mengenai gejala rasuah di kalangan orang UMNO semakin membimbangkan. Kenyataan ini adalah satu pengakuan bahawa UMNO dan Rasuah adalah ibarat pepatah melayu "Bagai aur dengan tebing" yang bermaksud sukar untuk dipisahkan.
Bapa rasuah yang juga Presiden UMNO itu sanggup menitiskan air mata lakonan bagi menyatakan tulus ikhlas serta keinsafannya.Sekian lama gejala rasuah melanda kerajaan pimpinan BN dan UMNO nampaknya masih gagal untuk membenterasnya kerana ia sudah sebati dan menjadi perkara biasa yang sudah tidak merasa segan ataupun malu apatah lagi merasa dosa.
Dalam ucapan perasmian perhimpunan Agung Khas UMNO semalam Bapa Rasuah menasihati ahli UMNO supaya meninggalkan rasuah kerana ia akan menghancurkan parti dan sesebuah kerajaan. Nampaknya ahli-ahli UMNO semakin meluat dengan kenyataan Bapa Rasuah itu kerana "cakap tidak serupa bikin". Ini diikuti pula dengan nasihat kepada ahli-ahli yang sudah tua agar berundur dan memberi peluang kepada ahli-ahli yang muda untuk mengambil alih kepimpinan yang ada. Begitulah Mahathir bak kata pepatah "jari menunjuk kelingking berkait"
Rasuah yang didefinasikan sebagai sesuatu pemberian yang boleh mempengaruhi satu keputusan yang membelakangkan keadilan.Contoh yang paling senang ialah seperti yang berlaku di Selangor. Jawatan Menteri Besar yang diberikan kepada Dr Khir Toyo oleh Dr Mahathir merupakan satu pemberian yang amat besar kerana jawatan itu telah menjadi rebutan 11 orang EXCO kerajaan negeri Selangor. Natijahnya....Dr Khir Toyo dengan mudah meluluskan penyerahan Putrajaya kepada Persekutuan tanpa mengambil kira pandangan pihak Pembangkan di sidang DUN.
http://jebat_2020.tripod.com