ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

[Sekali lagi rencana Wak layak menjadi bahan MESTI BACA, MESTI SEBAR untuk perang siber , dan MESTI KETAWA punya... - Editor]
WANITA UMNO SELANGOR BERGOLAK - UMNO INDUK BERPECAH-BELAH
SATU sumber dalaman UMNO (yang boleh dipercayai) memberitakan, ?Mahathir telah mengugut MB Selangor Mohd Khir Toyo supaya mempengaruhi DUN dan Wakil Parlimen UMNO Selangor yang keras kepala supaya bersetuju dan menyokong rancangan beliau. Isunya, kawasan sekitar Putera Jaya bakal dijadikan Wilayah Persekutuan yang baru. Khabarnya, jika ada sesiapa yang cuba bertindak tidak bersetuju, mereka sengaja menempah ruang 4?x7? di Sg. Buluh?.

Khir Toyo "Tersontot" Buah Sentul
Sudah menjadi rahsia umum (public secret), khabarnya dalam satu perbincangan tertutup (tempatnnya dirahsiakan), bila Khir Toyo membuka cadangan Mahathir tersebut disusulakan untuk dipersetujui, beberapa wakil rakyat (DUN & Parlimen UMNO) tunduk tanpa mengangguk. Tidak ada juga sesiapa yang menggeleng. (memang itu budaya UMNO. Takut memulakan kata).
Tiba-tiba bangun seorang wakil WANITA UMNO (Bahagian - bukan wakil rakyat). Dengan suara nyaring beliau melenting, katanya:
"Saya bercakap bukan atas kepentingan diri. Kalau selama ini Dr. Mahathir dan Kroninya kaya raya dengan muntahkedarah duit rakyat, tak cukupkah lagi KAH? Negeri Selangor, bukan hak warisan bapak dia. Cuba buat kepada orang Kedah. Johor, Pahang, apa akan jadi? Apa guna wakil kaum lelaki yang menjadi tunggak perjuangan rakyat? Kenapa diam saja tidak bercakap sepatah. Jauh sekali dari nak menjawab!! Dah dayus sangatkah? Negeri kita sedang dirompak? Tau tak?"
"Inilah rupanya agenda Mahathir nak ketepikan WANITA UMNO yang dah tua-tua. Nak diwujudkan pulak ?Puteri UMNO?. Oww? sebab kami dah lama makan garam, itu sebab kami nak diketepikan?" sambungnya dengan muka merah padam.

Kaum Bapak Terlondeh ?Seluar Katok?

Maka gegak gempitalah suara dari segenap penjuru Dewan. Wakil rakyat dan wakil-wakil Bahagian bercakap sesama sendiri. Tidak berupaya Khir Toyo mententeramkan keadaan yang kelamkabut.
Bangun seorang lagi wakil WANITA. Dengan menghentak tangan beliau berkata:
"Kami WANITA cabar wakil UMNO kaum bapak. Kalau bersetuju dengan ugutan Mahathir itu, kami WANITA akan istiharkan letak jawatan beramai-ramai. Kami akan istiharkan keluar UMNO. Ada sesiapa dari kaum bapak yang nak ikut kami? Itu adalah keputusan tak resmi kami. Kalau nak tau - tangan yang menggoncang buayan inilah yang akan menyelamat negeri ini? Jangan cabar kami", katanya dengan deraian airmata.

Beberapa orang WANITA turut mengesat airmata. Memang itulah simpati kaum wanita. Mulut mereka memang celupar, tetapi airmata membuktikan kekuatan jiwa. Melihat suasana sayu menyedihkan itu, bangun seorang WANITA lagi lalu berkata:
"Kami WANITA Selangor tahu agenda Mahathir dan Kroninya. Dengan mengistiharkan Putra Jaya kawasan Wilayah ke-3, secara otomatik tanah rompakan mereka yang beratus ekar itu akan naik harga. Ratusan billion RM nilainya. Tapi orang kampung sekitar akan tertipu bontang oleh broker-broker mereka. Orang inilah yang akan jual balik kepada Cina-Cina kaya. Orang Melayu akan jadi hamba. Papa kedana. Tidak salah Kata Datuk Seri Anwar, pemimpin UMNO yang telah dipenjarakannya. Kemana orang Melayu nak lari? Ke hutan perca? Tinggal dalam gua? Lepas ini, Kg. Baru Kuala Lumpur pulak yang jadi sasaran kempitai dan talibarutnya. Mahathir fikir kita orang UMNO tak ada otak ke? Orang Melayu Selangor..!!"

Salam Harapan - Mahathir Kecewa Sakan
Dalam keadaan bercelaru itu, bangun seorang wakil rakyat kaum bapa. Setelah memberi salam sejahtera, beliau memulakan ucapannya, katanya:
"Kita adalah wakil rakyat lantikan rakyat, mewakili kepentingan rakyat jelata, masa depan zuriat kita. Selangor adalah negeri warisan, Raja Berlembagaan. Jika YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, kita penyokong UMNO yang melantiknya jadi Presiden Parti, sekaligus menjadi Perdana Menteri; bermakna kuasa beliau terletak ditangan kita. Dr. Mahathir hanya meresmikan perlantikan kita saja setelah rakyat memberi amanat kepada kita. Tidakkah yang melantik kita sebenar adalah rakyat jelata? Kalau kita semua, Dr. Mahathir dan sesiapa jugak tidak dipilih rakyat, muka-muka kita tidak akan duduk disini. Kita sama seperti rakyat biasa. Tak ada kuasa apa-apa", katanya.

Sambung beliau, "Sebagai kaum bapa, saya berpandangan, jika kita dipaksa dan dipengaruhi supaya bersetuju dengan ugutan Dr. Mahathir itu, kita wajib susul pendapat rakyat Selangor terlebih dulu. Makna kata: kita letak jawatan beramai-ramai, adakan pilihanraya semula - kemukakan isu dan persoalan ini kepada rakyat menentukan. Jika UMNO/BN MENANG, bermakna rakyat bersetuju dengan keputusan Dr. mahathir itu. Jika UMNO/BN kalah, apa boleh buat. Itu adalah keputusan rakyat. Sekarang apa pandangan MB dan wakil rakyat yang bijaksana?"
Dari beberapa ceruk dan kelompok, ?mengaum? suara bagai langau hijau. Bilik mesyuarat gempar seketika. Khir Toyo tenang dan tersenyum. Tak bercakap sepatah jua. Nampak sekilas, tidak akan keputusan yang dicapai. Mesyuarat ditangguhkan.

Sanggup MB Selangor Bercerai Kepala Dengan Badan?

Mungkinkah Khir Toyo merasa "kepalanya akan bercerai dengan badan"? Owww? tidak! Tidak! Selepas mesyuarat, beliau bercakap bersama-sama anggota EXCO. Khabarnya beliau berkata:

"Saya adalah wakil rakyat macam YB jugak. Jawatan MB HANYA menyeleraskan kemahuan rakyat saja. Saya juga mewakili kepentingan rakyat jelata, negeri warisan, Raja Berlembagaan, masa depan zuriat kita. Jika Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad kita yang melantiknya jadi Presiden Parti, sekaligus menjadi Perdana Menteri, bermakna kuasa beliau terletak ditangan kita. Dr. Mahathir hanya meresmikan perlantikan kita saja, tetapi yang melantik kita sebenar adalah rakyat. Kalau kita, Dr. Mahathir dan sesiapa jugak tidak dipilih rakyat, kita semua tidak akan duduk disini. Kita sama seperti rakyat biasa. Tak ada kuasa." Khir Toyo pulang tanpa mengulas panjang lagi.

Persediaan Menentukan Masadepan UMNO Selangor

DENGAR?! DENGAR?! Wahai rakyat Selangor! Kalian wajib bersedia dengan jiwa dan keupayaan mida untuk mengahadapi satu lagi pilihanraya untuk menentukan untuk nasib anak-cucu anda.
Nampaknya, ?WANITA UMNO? juga akan terus vs ?PUTERI UMNO. Berkata seorang WANITA yang sekian lama menggoncang buayan cucunya, katanya:
"Anak dara terlajak kaki disko mana ada buayan nak digoncang. Goncang buah sentul Pak Wa adalah - siang malam.. hehehehe?". Ketawalah orang tua bertaraf Mak Cik itu. Memang sakan sinisnya.
Makin nampak WANITA UMNO bergolak parah - UMNO Induk berpecah-belah. Nyata sekarang: UMNO keseluruhannya umpama "delima merekah", berpecah, bersepah-sepah. Gugur ke bumi. Bercambah!!
Anggota dan penyokong KeADILan dan PAS makin berlipat ganda. Makin UMNO parah makan anggota BA bertambah!! Masih ada ahli UMNO 3 juta kah?
 
 
 

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)