HIDUPKAN SEMANGAT
KEJIRANAN
Setiu
: Menteri Besar Terengganu,Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Mengajak masyarakat
kampung mengekalkan budaya gotong royong
dan hidup berjiran
supaya keharmonian kampung mereka berkekalan
Katanya,agak
mendukacitakan sifat prihatin terhadap keadaan sekeliling sudah lunturn
dikalangan masyarakat bandar.
"Kadang kala
ada yang tidak mengetahui jiran sebelah rumah sakit
atau meninggal dunia.Mereka sedar demikian
apabila orang ramai datang kerumah jiran berkenaan"jelasnya.
Beliau berucap
merasmikan Majlis Khidmat Baktisiswa Permata
Universiti Sains Malaysia(USM)2000 di Pekarangan
Masjid Kampung
Padang, Setiu 2 April lalu.
Katanya, kadang
kala mereka rela melihat seekor anjing mati di tepi jalan berhari-hari
sehingga membusuk dari berusaha menanamnya
pada hal bangkai itu tidaklah sebesar mana.
Katanya,sikap demikian perlu dihapuskan untuk kebaikan semua
pehak.
Kira-kira 40 orang anak angkat terdiri dari mahasiswa dari USM diserah
kepada penduduk tempatan bagi menjalinkan hubungan baik
antara golongan intelektual dan masyarakat
setempat.
|