JUDI HAPUS

Kuala Terengganu :    Majlis Perbandaran Kuala Terengganu(MPKT) tidak
lagi mengeluarkan lesen premis perjudian kepada pengusaha lesen perjudian mulai 1 April lalu untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan negeri ini bersih dari kegiatan perjudian.
 Yang Dipertua  MPKT,Haji Mazlan Ngah berkata,kerajaan sebelum ini memberi tempoh tiga bulan mulai 1 Januari hingga 31 Mac lalu  bagi membolehkan pengusaha mencari perniagaan lain sebagai altenatif disamping pekerja mereka boleh mendapatkan kerja lain untuk sara hidup mereka.
            Beliau menegaskan MPKT tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pengusaha terus  menjalankan  kegiatan tersebut selepas 31 Mac lalu.
             Katanya,sehingga awal tahun ini tiada sebarang pembaharuan lesen dibuat terhadap enam  premis perjudian diseluruh negeri Terengganu termasuk tiga premis spot toto.Sermua beroperasi disini dan tiga premis Empat Nombor Ekor termasuk dua di sini manakala satu lagi di Dungun.
              Sebelum ini Kaum Bukan Islam membuat pertemuan dengan Menteri
Besar Terengganu YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Wisma Darul Iman,memohon supaya kerajaan melanjutkan tempoh membenarkan premis perjudian beroperasi di Terengganu.
              Mereka berpuas hati dengan sikap kerajaan Terengganu yang terbuka dalam menyelesaiakan masalah mereka dan mengucapkan terima kasih atas kesudian kerajaan memberi tempoh tersebut.