LESEN
HIBURAN DIHAPUSKAN
Kuala Terengganu
: Kerajaan Tidak meluluskan sebarang lesen
premis
baru
pusat hiburan nyanyian solo di seluruh negeri ini sejak awal tahun ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) Haji Mazlan
Ngah
,berkata Kerajaan juga tidak mengizinkan semua hotel menjual arak bagi
menghalang
rakyat beragama Islam melibatkan diri dengan minuman yang diharamkan agama
itu.
Bagaimana
pun kerajaan hanya memperbaharui lesen perniagaan'coffee house'
kepada
dua dari sembilan pengusaha pub yang ada disini.Kedua-dua premis
tersebut beroperasi di bahagian bawah bangunan dalam bandar
bagi memudahkan MPKT menjalankan pemantauan dari masa ke semasa.
"kebenaran premis berkenaan hanya untuk orang bukan islam sahaja dan pengusaha
premis itu mesti mengambil pekerja dikalangan orang bukan
islam
" katanya.
Kerajaan
tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika arahan ini tidak
dipatuhi.
Sementara itu Kerajaan juga bercadang memisahkan kegiatan kedai gunting
antara waniat dan lelaki.Satu undang-undang kecil berkait dengan masalah
itu akan digubal tidak lama lagi
|