Vincent Tan Dan Pekasamnya Di Sydney
Sebaik sahaja beliau pulang daripada Persidangan Puncak ASEM di Seoul
pada 21 Oktober 00; Perdana Menteri telah melakukan upacara penurapan kerja
dan peletakan batu-tanda untuk seorang peniaga yang dikatakan bertaraf
antarabangsa dan yang tidak ada tolok bandingannya. Upacara itu dilakukan
kepada sebuah bangunan terbaru kepunyaan Vincent Tan yang pada awalnya
dinamakan Berjaya Star City. Kini, bangunan itu dinamakan pula Berjaya
Times Square dan berkemungkinan menjadi kompleks membeli belah terbesar
di Asia Tenggara - lebih besar daripada sebuah komplek yang seakan serupa
tetapi masih mempunyai ruang kosong yang banyak. Itulah kompleks beli-belah
Mid Valley Mall yang terletak tidak jauh dari situ. Seperti projek Vincent
Tan yang lain, bangunan yang terbaru ini adalah lambang sebuah projek yang
diusahakan oleh para kroni, kerana ia telah tergendala disebabkan ketiadaan
wang. Namun, kelewatan menyiapkannya ditohmahkan kepada krisis ekonomi
Asian sedangkan dalil yang sebetulnya ialah beliau memang tidak berduit
pun untuk meneruskan projek itu. Kehadiran Perdana Menteri itu adalah bertujuan
memberitahu seluruh dunia betapa beliau memang amat mudah mendekatinya
dan tentunya untuk mendapatkan projek lain lagi. Vincent Tan memang memerlukan
kejayaan Times Square untuk menonjolkan kejayaan kumpulan syarikatnya yang
bernama Berjaya Group itu. Di masa yang lalu dia telah banyak menyalahgunakan
peluang keemasan disebabkan keangkuhannya dan masa hadapan mungkin menghambatnya
dengan keaiban.
Berjaya Square bukanlah sesuatu yang mencucuk minda Vincent Tan kebelakangan
ini. Ada satu syarikat kepunyaannya di Australia yang bernama Carlovers
yang kini sedang menghadapi saman malu di Sydney yang dituntut oleh seorang
bekas wartawan Malaysia bernama Ganesh Sahathevan yang sedang menekan perasaanya.
Syarikat itu juga sedang menghadapi masalah untuk membayar A$18,000 sebagai
royalti kepada satu kumpulan pencinta alam bernama Planet Ark. Tuntutan
Mr. Sahathevan itu adalah satu tuntutan balas yang mungkin akan menekan
Vincent Tan. Seorang jurucakap Carlovers telah mengulangi pendapat Pengarah
Urusan syarikat itu, Mr. Andrew Teh, yang berkata,
"Walaupun kami tidak mempunyai wangtunai sekarang ini, tidak bererti
kami sudah muflis."
Planet Ark yang pernah mendapatkan khidmat Piere (James Bond) Brosnan
sebagai salah seorang jurucakapnya, telah mencuba mendapatkan kembali A$18,000
itu daripada Carlovers yang merupkan sebuah syarikat tersenarai di bursa
saham Australia, sebagai hutang lapuk dalam satu perjanjian promosi. Planet
Ark telah dikehendaki mencanangkan Carlovers sebagai sebuah syarikat yang
mesra alam dan dijanjikan sebahagian peratusan daripada kutipan wang yang
diterima. Perjanjian bertulis ini telah lama ditandatangani sebelum Vincent
Tan mengambil alih dan kerana itulah Mr. Teh cuba mempertikaikannya. Planet
Ark telah memberitahu Carlovers, kalau hutang itu tidak dibayar, sebelum
berakhirnya waktu perniagaan pada 23 Oktober 00, syarikat itu akan membuat
tuntutan bayaran secara terus daripada Vincent Tan dan akan melakukan beberapa
usaha untuk memberitahu seluruh dunia akan peranan Berjaya Group dalam
mencemar alam sekitar di Malaysia, Amerika Selatan dan di mana juga terdapatnya
syarikat kepunyaan beliau itu.
Ugutan ini sudah tentu akan mencemarkan nama Vincent Tan. Perdana Menteri
sepatutnya telah diberi nasihat agar tidak melakukan apa yang telah dilaksanakannya
kelmarin. Masyarakat media Australia masih lagi marah dengan cara Vincent
Tan memperlekehkan undang-undang Australia untuk menyekat kebebasan akhbar.
Dalam satu kes mahkamah di mana tarikh kes itu belum lagi ditentukan, kisah
kroni Perdana Menteri ini sudah tentu akan menggegarkan dan mempalitkan
sistem kehakiman di Malaysia sebagai ekorannya. Vincent Tan telah berjaya
memperlekehkan sistem kehakiman di Malaysia, dan kini mencuba cara yang
sama di Australia. Tetapi, dia merupakan satu mangsa kejayaan putarabelit
kehakiman itu.
Di Australia dia dianggap sebagai seorang kaki gedebe. Perkara semacam
ini tidak pula berlaku di Malaysia kerana sifat kita yang mudah berlembut
dalam memilih perkataan. Lagipun sesiapa yang berani menyanggah beliau
di Malaysia sudah tentu akan mengalami kekalahan kerana adanya kemudahan
untuk peguam kroninya menulis keputusan mahkamah bagi pihak hakim yang
mengadili kes yang dihadapinya. Itu sebabnya beliau selalu menang dan berjaya
menuntut gantirugi berjuta harganya dalam setiap kes yang dibawanya ke
mahkamah. Di Australia nanti, banyak pihak akan mahu tahu daripada mulutnya
sendiri bagaimanakah agaknya peniaga yang disebut oleh peguam kroninya
sebagai bertaraf antarabangsa dan tidak ada tolok bandingnya ini, mencanai
jaringan perniagaan di seluruh dunia itu.