Tiba-tiba sahaja sebuah masjid
di daerah Kuala Terengganu menjadi kecuh. Kekecuhan berlaku dek keengganan
seorang ahli Parlimen yang dibenarkan membaca khutbah ,sebaliknya tidak
membaca teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu.
Pengerusi masjid tersebut tersangat
murka kerana enggan mengikut arahan yang diarahkan oleh pihak pejabat agama
Islam Negeri Terengganu, lantas bertindak drastic akan melaporkan perkara
sebenar kepada Al-Sultan berserta memohon perkenan untuk mengadap.
Tujuan itu ialah untuk mempersembahkan
cerita sebenar perihal seorang ahli Parlimen yang dianggap sebagai engkar
titah perintah Al-Sultan. Lebih-lebih lagi sebelum khatib naik ke atas
mimbar pengerusi terlebih dahulu membaca surat pekeliling arahan bahawa
khatib hendaklah membaca teks khutbah jumaat yang disedikan oleh pejabat
agama.
Persoalan sekarang apakah yang
menyebabkan ahli parlimen berkenaan enggan membaca khutbah yang disediakan
oleh pejabat agama. Pada pendapat sahaja memang ada sebab musababnya. Kalau
tidak, mustahil ahli Parlimen berkenaan bertindak sedemikian rupa sedangkan
pekeliling sudah ada. Malah arahan itu merupakan titah perintah Al-Sultan.
Mengapa perlu engkar?
Saya yakin ahli Parlimen berkenaan
tidak berniat untuk membuat kecuh dan juga tidak berniat untuk mengengkari
titah perintah Al-Sultan. Lebih-lebih lagi Al-Sultan Terengganu sendiri
merupakan al-Sultan yang sangat dihormati bukan sahaja dikalangan rakyat,
malah boleh dikatakan semua pemimpin PAS menghormatinya.
Tidak berbangkit soal engkar
dengan titah perintah Al-Sultan atau sengaja melakukan kekecuhan atau mahukan
kepada perpecahan, kerana teks khutbah yang dibaca itu adalah teks bertajuk
perpecahan umat Islam. Teks itu adalah wajar dibaca. Lebih-lebih lagi ia
sangat bersesuaian dengan isu yang dimainkan oleh pihak kerajaan pusat.
Sehubungan dengan itu pihak
kerajaan pusat mengarah raja-raja supaya memainkan peranan untuk mengatasi
perpecahan umat Islam, maka Ahli Parlimen yang diberi peluang membaca khutbah
menggunakan peluang keemasan seumpama, langkah mengambil keputusan membaca
khutbah bertemakan perpecahan umat Islam yang sedia ada itu . Cuma ianya
bukan disediakan oleh Pejabat Hal Eh Wal Agama Islam Negeri Terengganu.
Walau bagaimana pun teks khutbah
itu adalah khutbah yang dibaca oleh YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Menteri Besar Terengganu diatas mimbar masjid Rusila dan disalin untuk
dijadikan teks khutbah.Bukan khutbah yang disediakan oleh Ahli Parlimen
itu sendiri.
Apakah tindakan ahli Parlimen
yang membaca teks khutbah yang disediakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu
itu suatu tindakan yang tidak wajar dan ianya haruskah dihukum sebagai
engkar dengan titah perintah Al-Sultan.
Khutbah yang dibaca oleh Yab
tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu bukan setakat wajar dibaca oleh semua
khatib disemua 455 buah masjid di seluruh Negeri Terengganu, malah
rakyat juga wajar membacanya kerana isinya bertepatan dengan isu yang dimainkan
jika dibanding dengan teks khutbah yang sediakan ada yang mana kebanyakannya
sudah lapok dan basi dan mejemukan .
Bukan sahaja isinya sudah lapok
malah memalukan, kerana khatib yang ditugas itu mengikut perintah membabi
buta tidak pernah mengambil kira ianya sesuai atau semasa. Pernah suatu
masa dahulu seorang khatib membaca khatubah yang isunya terkebelakang selama
lima belas tahun lepas.
Khatib tersebut menyebut nama
Geogre Bush sebagai Presiden Amerika syarikat sedangkan Presiden Amerika
Syarikat sekarang, Bill Clinton. Ini sangat memalukan. Banyak lagi perkara-perkara
yang tidak manasabah berlaku keatas khatib yang tidak engkar dengan titah
perintah sultan.
Tindakan membuat kenyataan
akhbar oleh pengerusi Masjid Telok Pasu itu adalah suatu tindakan yang
tidak wajar dan tersangat tidak rasional. Malah boleh kita katakana tindakan
seumpama itu boleh mengeruhkan lagi keadaan, bukan untuk mengatasi perpecahan.
OLEH
ABDULLAH NGAH
754B Kampung Tuan Mandak
21060 Kuala Terengganu
TERENGGANU
No kad pengenalan 4031239