WAJARKAH BA DUDUK SE MEJA DENGAN " PENGKHIANAT MELAYU" BERUNDING PENYATUAN MELAYU
Terlebih dahulu ingin saya tegaskan bahwa Melayu tidak berpecah, masih bersatu dan diterima oleh Kaum lain di negara ini. Perbezaan yang wujud ialah Melayu tidak lagi bersatu di bawah naungan UMNO (B), hampir 65% memupuk penyatuan yang kian lama kian erat di bawah payung BA ( PAS, KEADILAN, dan PRM ). Dengan itu kenapakah ada ura-ura Presiden PAS dan KEADILAN akan menyertai rundingan yang dicadangkan Presiden UMNO (B). Biarkanlah UMNO (B) sahaja yang menyelesaikan masaalah dalaman bikinan mereka sendiri itu, tak ada kena-mengena dengan BA langsung!!!!
Sepertimana yang kita ketahui, UMNO (B)lah pengkhianat Bangsa Melayu sehinggakan sokongan Melayu kepadanya merosot sebegitu teruk. Cuba kita renungi akan tindakan UMNO (B)/BN yang jelas menindas Bangsa Melayu dan fikirlah semasak-masaknya wahai Presiden PAS dan KEADILAN sebelum memutuskan untuk menerima jemputan Presiden UMNO (B):
* Kelantan yang diperintah PAS/BA telah dianaktirikan Kerajaan Pusat UMNO/BN dalam aspek pembangunan secara total dengan pelbagai kerenah.
*Royalti petroleum yang selama lebih 20 tahun dibayar kepada Kerajaan Terengganu diperintah UMNO/BN telah dirampas dengan angkuhnya sebaik sahaja PAS/BA mengambilalih pemerintahan negeri, dan berbagai kerenah lain bertujuan menggagalkan pentadbiran negeri, justru menindas rakyat negeri itu. Kedua-dua Negeri ini mempunyai lebih daripada 90% oarang Melayu.
* UMNO/BN Melaka menarik-balik/ menafikan semua kontrak Kerajaan Negeri kepada kontraktor dan professional yang tidak menyokong UMNO/BN dalam Pilihan Raya Nov 99. Lebih daripada 90% mereka ini tergulung di dalam kelumpuk Bangsa Melayu.
* Baru-baru ini pula kita dimaklumkan melalui media-massa bahwa Dato' Mustaffa Mohamad mengumumkan bahwa kontraktor Melayu yang mirip kepada Pembangkang akan disenaraihitamkan.
* Guru dan Kakitangan Kerajaan yang dianggap penyokong Pembangkang ditukar,
diugut dan disiksa kehidupan mereka. Perlu diingat juga bahwa 90%+ terdiri
dari Kaum Melayu.
*Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan disekat untuk memberi ceramah Agama
di masjid-masjid seluruh Selangor yang dipimpin oleh Kerajaan UMNO/BN.
Adakah orang bukan Melayu yang menjemput beliau ke sana ? JAIS dihina dan
diperkecilkan kuasanya di dalam beberapa insiden yang berlaku tahun lalu.
Sebelum itu, Dato' Bahrom Mufti Selangor dipecatnya. Tidakkah perkara-perkara
ini menunjukkan pengkhianatan terhadap Bangsa Melayu??
Bayak lagi yang boleh disenaraikan berkaitan dengan kezaliman dan penindasan UMNO(B), terutama sekali Presidennya, ke atas Bangsa Melayu tetapi saya fikir senarai di atas lebih daripada mencukupi untuk Dato' Fadzil Noor dan Datin Wan Azizah menolak jemputan Dr. Mahathir yang penuh dengan kepura-puraan dan tipu-helah itu. Cadangan Mahathir itu hanyalah bermotifkan politik memperkuatkan kedudukannya dan UMNO (B)nya yang akan rebah tak lama lagi.
Ingat!!! Dato' Seri Anwar Ibrahim seorang Melayu, Timbalan Perdana Menteri juga Timbalan Presiden UMNO dizalimi dan dihina sebegitu rupa oleh Mahathir dan UMNO (B)nya. Masihkah kita boleh percaya dengan sendiwara Mahathir yang akan menitis air mata buaya jika dirasanya perlu?? Tolonglah, Dato' Fadzil Noor dan Datin Dr. Wan Azizah, tolak sahaja jemputan itu agar Melayu terus bersatu dan mengasah kekuatan di bawah naungan BA. Perlu juga diingat bahwa DAP akan berkecil hati jika sekirannya Dato' dan Datin menerima juga untuk berunding perkara Penyatuan Melayu. Bina dan pupuklah kekuatan yang ada dalam BA demi untuk kesejahteraan semua rakyat negara kita yang tercinta ini. Jangan cuba menjadi " Penyelamat " yang akan membawa padah.
Sekian, terima kasih.
Watchdog.