SKETSA PELANCUNG DARUL IMAN:
Oleh : Wartawan Pencen
Sejak Anwar dibuang dari UMNO, tiada peristiwa yang lebih
menggemparkan pemimpin umno selain dari gugurnya kerajaan
negeri Terengganu ke tangan pembangkang. Dua "ulamak" nya
tersungkur rebah bila rakyat sudah bosan dan terus menggunakan
pena yang berada di tangan. untuk menghukum petualang-petualang
umno
PAS melantik Ustaz Abdul Hadi menerajui kerajaan baru Darul Iman.
Sebaik sahaja kemenangan diumumkan, semua rakyat, baik
penyokong mahupun pembangkang terbebas dari tol di atas jalan.
Pemimpin PAS ini pernah muncul di Majalah Asia week sebelum ini.
Beliau memang terkenal dengan pidato dan ucapannya yang
berapi-api. Kaset ucapan beliau masih tersimpan oleh saya walaupun
sudah berbelas tahun lamanya disimpan semasa saya berada di
rantauan.
Ia terlalu mahal untuk dibuang begitu sahaja kerana acuan yang
terkandung di dalamnya sudah menjiwai diri saya yang telah tua ini.
Malah tangan inilah yang pernah memasak sedikit lauk-pauk buat
mengalas perut MB dan rakan2 sewaktu kami dikunjungi beliau
beberapa tahun yang lalu. Mungkin beliau masih mengingati wajah
saya walaupun masa berlalu dengan amat pantasnya....
NEGERI YANG INDAH
Negeri yang amat panjang ukuran pantainya ini memang kaya
dengan pelbagai hasil laut dan bumi, sehingga minyaknya dapat
menolong negara di saat getirnya kejatuhan ekonomi. Bahkan
pendapatan negara terbesar adalah kerana sumber petroliam.
Ikan-ikan dan penyu yang mendiami lautannya menjadi sumber
rezeki rakyat marhaen yang kebanyakkannya nelayan dan petani.
Kecantikkan pantai dan pulau semulajadinya pula menjadi tarikan
pelancung seluruh negeri sehinggakan ia menjadi satu industri yang
menarik minat para kroni. Malah pelancung asing juga tidak
ketinggalan mahu menyelam dasar lautnya yang amat indah dengan
pelbagai hiasan semualjadi.
Kita membayangkan sebagai tuan kepada negeri yang mempunyai
pelbagai hasil mahsul yang hebat ini, ia sewajarnya menjadi antara
negeri yang terkaya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dengan purata royalti yang RM6 juta sebulan pun, ia masih mundur
jauh kebelakang.
Statistik: Terengganu adalah negeri kedua tertinggi miskin di Malaysia
(17.3%)
PULAU YANG MEMULAU
Namun begitu kemasyhuran beberapa pulau dinegeri itu tercemar bila
penduduk asalnya mula dipindahkan demi nafsu seorang rakan
menteri. Sedikit dan berdikit pulau-pulau itu dikomersilkan sehingga
akhirnya habis semua isi dikaut dan ditelan, dan rakyat cuma layak
mengemis meratah tulang. Berapa keratkah agaknya antara mereka
yang dapat menjadi jutawan? Atau tersisih hina melihat tanah yang
dikaut sesuka hati dan bendang yang menghilang?
Saya membaca statistik negara:
Tahun 1957: Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar.
Tahun 1991: Akta Pengambilan Tanah dipinda
Tahun 1995: Tanah Rizab Melayu tinggal 1.7 juta hektar,
merosot 44%
Cuba anda bilang berapa banyak pulau dinegara ini - anda akan
terpulau kerana banyak pemiliknya asalnya sudah tiada hak lagi. Ia
sudah terjual..... menerima nasib seperti Langkawi.
BUDAYA YANG TERJAJAH
Rimba dan hutan tempat mencari rezeki itu pula banyak yang sudah
menjadi lapang. Ia kini menjadi padang untuk kayu memukul bola
mencari lubang. Maka bertukarlah kerja anak2 muda di pulau itu,
mengejar bola putih yang hilang sewaktu siang atau mengangkut
berbotol-botol beer untuk ditonggang disebelah malam. Silap-silap
kayu golf itu hinggap ke badan!
Untuk si jelita, upah mengurut atau di'urut' menjadi ganja yang sukar
dipisahkan dari budaya kerja. Dengan upah yang lumayan, sudah
tentu hanya iman yang dapat menahan segala cubaan.
Jika dulu rezeki rakyat bergantung kepada ikan dan tanam-tanaman,
kini mereka menjadi hamba moden kepada manusia yang berhati
setan.
PELACURAN YANG PARAH
Statistik:
Menurut hasil kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat
142,000 orang pelacur di Malaysia. Jangan terkejut jika ramai
wanita melayu terlibat, baik dara atau janda yang berhias rupa, -
malah tubuh wanita melayu adalah antara yang paling mahal angkara
giurnya (wanted list of bodies?). Anda jangan lupa kes pelacur atasan
(first class) di Hotel Merlin dan secebis warkah Hakim Aidid. Kes Tok
Uban tempoh hari itu pun anda sudah terperanjat - tetapi ada yang
lebih teruk lagi sampai beranak pinak. Seperti biasa mereka senyap
... lagipun surat beranak "anytime" mereka boleh "beli". Kekorupan
Jabatan Pendaftaran Negara (terutamanya di Sabah/Sarawak) sudah
menjadi2 - sebab itulah kes Tok Uban menggunakan khidmat di sini.
GEJALA YANG MENGIKIS
Syarikat2 besar yang beroperasi pula dinaungi oleh
pembesar-pembesar Melayu untuk menconteng arang. Mereka
menjadi boss di syarikat2 ini dengan gaji yang teramat lumayan.
Sebut sahaja syarikat judi arak, nombor ekor, kelab dangdut, urut,
GRO/call girl, dll pasti ada orang melayu yang terlibat, baik secara
terus atau pun cuma mengurus.
Tektik ini dijalankan secara halus tanpa disedari. Pekerja2 Islam
sengaja diambil untuk membiasakan mereka bergaul dengan budaya
yang haram. Mula2 mereka menyediakan botol, lama2 mereka yang
membotol. Mula2 mereka berjabat tangan, akhirnya mereka
menyerah badan.
Nota: Sebab itulah dalam islam kita dilarang terlibat dalam sebarang
proses yang melibatkan arak ini - baik menghidang, menyewa
premis, mengurus akaun, malah meminjamkan wang kepada rakan
yg mahu membeli arak pun tak boleh (rujuk Ustaz Shamsuri, kaset
Terbang dalam Bilik)
Demikianlah nasib orang tempatan, bila kroni datang bertandang......
Yang untung tentulah syarikat yang bernama "Berjaya" kepunyaan
sahabat diktator tua itu dan kroni2 keparat yang sewaktu
dengannya.
KENANGAN MENJADI IGAUAN
Kalau ingatan saya tajam, pernah diberitakan dahulu beberapa bot
yang membawa pelancung2 ke pulau2 itu karam di tengah lautan.
Pelancung asing tidak ketinggalan maut dan lemas sehingga
menggegarkan industri perlancungan. Muatan berlebihan dikatakan
punca ditimpa malang.
Maka bermulalah siri2 syarat dan peraturan yang akhirnya
membuatkan peniaga bot kecil tersisih dan dipinggirkan. Hilang sudah
satu mata pencarian usahawan kerdil di laut dalam. Manakala
pengusaha baru(a)nya pula tersenyum girang bila tambang bot
meloncat naik serta merta....
SEPETANG DI DUNGUN
Saya "memandu" ke Dungun untuk menemui teman lama saya di
sana. Oleh kerana beliau seorang guru yang mengajar sejarah,
pelbagai kisah menarik menjadi cerita antara kami, di antaranya:
Gejala fitnah dan murtad yang menjadi-jadi akibat perebutan kuasa
dan wang, lebih-lebih apabila ekonomi menjunam. ANtara lain kami
berbincang:
1.Tindakan memfitnah oleh Pateh Karma Wijaya menyebabkan
Hang Tuah dihukum bunuh.
2.Hitler mengarah Gestapo mencipta fitnah moral Menteri Perang,
Field-Marshal von Blomberg (fitnah bininya pelacur), dan
Pegawai Memerintah Tentera iaitu Kolonel-General von Fritsch
(fitnah homoseks).
3.Stalin membunuh Marshal Tukhachevsky
Selepas "meneguk segelas air" saya terkenang pula satu kisah mutu
air yang menjadi bualan rakyat di sini satu ketika dulu.
Pada tahun 1998, 10,000 pengguna mendapati air di Dungun yang
dibekalkan berasa masin. Tahun ini jugalah air disimpan untuk Sukom
KL98, sehingga satu KL meragam angkaranya. Saya masih belum
lupa ada penghuni flat yang terpaksa mengangkat berbaldi2 air di
tingkat bawah naik ke atas. Jika mereka tahu air itu sudah disalurkan
ke Sukom, tentu mereka menyumpah muntah ke semua gambar
pak menteri. Penjual pampers tergelak ketawa waktu ini kerana
jualan (sales) yang meningkat.
Statistik:
Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air
(RM240 juta) dan paip bocor (RM321 juta). Yang peliknya kes begini
disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya dibiarkan
tanpa tindakan.
MENCARI TEMAN DI RANTAU ABANG
Rantau Abang adalah satu tempat yang menarik minat pelbagai
pelancung. Industri penyu menjadi salah satu sumber rezeki rakyat
marhaen di sini.
(Mungkin Bersambung...)