Oleh : ze elias
February 3 2001
Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama rasanya saya tidak
menulis artikel untuk paparan pembaca di internet
khasnya di laman laman pro
reformasi ini. Di samping sibut melaksanakan aktiviti
aktiviti harian, masih sempat
melihat perkembangan terkini di laman laman
reformasi yang ada sekarang
ini.
Heboh di perkatakan sekarang
ini tentang perhimpunan takkan melayu hilang di
dunia yang di anjurkan oleh
BBM. Mereka benar benar inginkan perhimpunan yang
mereka anjurkan mendapat
sambutan besar besaran. Dengan banyak cara mereka
lakukan untuk menjayakan
perhimpunan yang bersifat perkauman itu. Termasuklah
dengan menggunakan taktik
kotor untuk mereka menarik pendukung pendukung
reformasi (reformis) untuk
menyertai mereka.
Email email palsu yang di
sebarkan oleh mereka untuk di siarkan di laman laman
pro reformasi sudah cukup
untuk mengatakan mereka memang tidak mendapat sokongan
Melayu lagi. Terkejut saya
apabila menerima panggilan telefon dari saudara
Lokman Noor Adam iaitu Setiausaha
Pemuda Parti KeADILan Nasional yang mengatakan
bahawa artikel bertajuk
"Reformasi di Kampung Baru 4 Febuari 2001" adalah bukan
daripada beliau. Itu adalah
taktik UMNO untuk meraih para reformis untuk
meramaikan perhimpunan mereka.
Kebetulan semasa itu saya
sedang sibuk dengan tugas harian saya. Setelah
mendapat panggilan telefon
dari saudara Lokman Adam, saya terus menghubungi
rakan webmaster saya yang
bersama sama menguruskan laman WR webreformis untuk
buangkan link yang mempromosikan
perhimpunan itu dan memohan maaf di atas
kesilapan itu. Ternyata
mereka mengakui perhimpunan yang di hadiri oleh reformis
adalah akan membawa kepada
perhimpunan sebenar yang boleh di anggap berjaya.
Takkan Melayu hilang di dunia tetapi di UMNO.
Memang benar kata mereka.
Melayu tidak akan hilang di dunia. Tetapi apa yang
jelas sekarang ialah Melayu
sudah berduyun duyun meninggalkan UMNO. Itu yang
mereka amat takut sekarang
ini. Lalu di cipta satu lagi sandiwara untuk kononnya
menarik kembali orang Melayu
untuk menyertai mereka. Mereka akui Melayu sudah
tidak bersatu di bawah payung
mereka tetapi berteduh di rendangan cabang BA.
Bagi mereka, jika Melayu
tidak bersama mereka, maka Melayu akan hilang. Kepala
hotak mereka.
Setibanya di rumah keluarga
saya sempena cuti hujung minggu ini, saya mendapati
Ibu saya mendapat satu surat
jemputan untuk menghadiri perhimpunan anjuran
Ibrahim katak ini. Dari
mana mereka mendapat nama dan alamat Ibu saya itu saya
kurang pasti. Mungkin Ibu
saya pernah menyertai parti UMNO suatu ketika dulu.
Tetapi kini tidak lagi.
Di dalam sampul surat itu di sertakan 3 keping kertas
termasuklah artikel bodoh
yang mengapi apikan orang melayu agar menghadiri
perhimpunan yang bersifat
perkauman itu.
Akhir kata dari saya sebagai
pendukung laman WR ini, janganlah kita bertindak
sesuka hati. Tunggu dan
patuhi arahan arahan yang bakal kita terima dari
pimpinan kita.
Teruskan melayari Laman Webreformis WR untuk perkembangan terkini.
Sekian Wassalam.
www.geocities.com/webreformis/news.htm
ze elias
3 February 2001