ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

PERBAHASAN  RANG  UNDANG-UNDANG  KANAK-KANAK 2000
                                       Y.B.  MUSTAFA  ALI
                                   AHLI  PARLIMEN  DUNGUN

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, Yang Berhormat bagi Dungun.  Selepas ini Yang Berhormat
Menteri menjawab. Ya, sila Yang Berhormat bagi Dungun.
 11.45 pagi

Tuan Mustafa bin Ali [Dungun]:  Assalamualaikum-warrahmatullahi-wabarakatuh.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Waalalaikumussalam-wabarakatuh.

 Tuan Mustafa bin Ali:  Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan keizinan untuk saya mengambil bahagian
dalam membahaskan rRang uUndang-undang yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri.

 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undangrang undang-undang  yang dikemukakan ini merupakan satu
perkara yang sangat besar dan matlamat yang dinyatakan di dalam Rang Undang-undangrang undang-undang  ini juga suatu
matlamat yang begitu besar dan unggul dan saya suka memetik (pre-amble) kepada Rrang uUndang-undang ini di mana ianya
menyatakan mengiktiraf wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan
pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan suatu masyarakat
Malaysia Madani yang bersatu-padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan.

Matlamat ini adalah satu matlamat yang sangat besar, cumanya apakah kerajaan benar-benar serius,  (omittedcommitted) dan
beriltizam dalam melaksanakan matlamat yang disebutkan kepada permulaan rRang uUndang-undang yang dikemukakan ini?
 Masyarakat penyayang, adil dan masyarakat yang madani yang diperkenalkan dalam rRang uUndang-undang ini ialah suatu
yang telah diperkenalkan akhir-akhir ini walaupun mungkin orang yang mula-mula memperkenalkan madani ini dalam
pemerintahan mungkin sudah tidak ada lagi dalam Parlimen ini, berada di Sungai Buluh sekarang.  Walaupun begitu kerajaan
telah menerima pakai istilah ini sebagai suatu hasrat dan kenyataan untuk dilaksanakan.

 Satu lagi mengiktiraf .....bahawasanya kanak-kanak bukan sahaja merupakan satu bahagian penting masyarakat sedemikian
tetapi merupakan kunci kehidupan pembangunan dan kemakmuran masyarakat.  Saya bersetuju dengan segala hasrat dan
objektif yang dinyatakan dalam rRang uUndang-undang ini.

Sebenarnya kalau kita dapat menyelesaikan masalah yang kita nyatakan ini, kita telah menyelesaikan separuh, satu generasi
manusia yang ada dalam negara kita ini.  Kalau kita ukur dari segi percentage - jumlah yang diistilahkan sebagai kanak-kanak
iaitu, yang berumur 18 tahun ke bawah secara - yang mungkin tidak terlalu tepat tetapi paling kurang saya merasakan kita
mempunyai tidak kurang daripada 50% daripada penduduk.  Berdasarkan kepada kanak-kanak yang mendaftar untuk Darjah
Satu sahaja sudah berjumlah dua juta orang.  Ertinya kalau kita dapat menyelesaikan berterusan jumlah yang sangat besar
daripada penduduk dalam negara kita ini yang nantinya suatu ketika akan mengambil alih, pemimpin mengambil alih pimpinan
seterusnya mentadbir negara ini.

Oleh kerana itu, saya suka menyebut di sini bahawa apa yang kita bahaskan ini ialah mengenai rRang uUndang-undang tetapi
undang-undang bukan satu-satunya penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi . d Ia dalam membina dan membangunkan
kanak-kanak yang menjadi hasrat dan matlamat kita.  Banyak perkara yang terlibat di dalam menjamin bahawa tidak berlakunya
“abuse”, tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak baik kepada kanak-kanak.  Oleh kerana itu, saya suka menyebut
bahawa perlu suatu pendekatan yang tidak semata-mata bersifat “legalistic” yang bersifat semata-mata undang-undang dalam
kita hendak menyelesaikan masalah ini.  Ia mestilah dilakukan secara yang bersepadu, secara yang menyeluruh - dalam istilah
sekarang digunakan secara yang ...... holistic, yang menyeluruh supaya matlamat yang hendak kita capai itu dapat kita
“addressed”kan dalam isunya yang sebenar supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini.

 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk kita menyelesaikan masalah kita perlu tahu apakah sebenarnya yang menjadi
punca kepada masalah ini?  Untuk memberikan jawapan ini, bukanlah satu jawapan yang mudah tetapi berdasarkan kepada
kajian bahawa punca yang melahirkan tindakan-tindakan yang mungkin tindakan undang-undang ini boleh di”apply”kan kepada
kesalahan-kesalahan yang disebutkan itu terlalu banyak.  Dalam kita mencari sebab musabab kepada masalah yang ada ini
selalunya orang mungkin bertanya berdasarkan kepada apakah masalah itu, di manakah masalah itu wujud, siapakah yang
melakukan kesalahan itu dan akhirnya sekali bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah ini?

Dalam bahasa wartawan barangkali disebut - ia ada lima “w”dan satu “h”- “what, when, where, who, why” dan “how”.
Persoalan yang menyebut bagaimana inilah yang sukar untuk dijawab.  Kita mungkin dapat mengenal pasti masalah yang
dihadapi tetapi bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah yang ada di hadapan kita.

 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, masalah yang kita hadapi sekarang kalau kita kembali dan kita dapat melihat beberapa
ucapan yang telah dinyatakan di dalam Dewan ini sendiri, perlakuan yang melibatkan semua golongan manusia, yang melibatkan
bukan sahaja kanak-kanak tetapi ibu -bapa, masyarakat yang hampir dengan ibu -bapa, masyarakat yang di luar daripada ibu
-bapa sendiri yang menimbulkan perlakuan-perlakuan yang membantut perkembangan kanak-kanak sendiri di samping soal-soal
dasar yang menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah hari ini.

Kerajaan sama ada Kkerajaan Ppusat ataupun kerajaan negeri kita sama-sama bertanggungjawab di dalam hal ini.  Oleh kerana
itu, kalau kita tidak mendapat suatu gambaran yang jelas dan masalah kita mungkin memberi diubat yang tidak kena pada
sasarannya.  Oleh kerana itu, mungkin saya beranggapan kajian telah dibuat oleh kementerian yang berkenaan supaya segala
masalah itu dapat difahami, dapat dikumpulkan dan tindakan secara yang menyeluruh itu yang melibatkan bukan Kementerian
Perpaduan Negara dan Kebajikan Pembangunan Masyarakat sahaja tetapi melibatkan banyak kementerian akan dapat kita
manfaatkan bagi menghadapi masalah yang kita hadapi.

 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak huraikan tentang masalah-masalah tetapi saya lebih menumpukan
bagaimana seharusnya beberapa rancangan yang boleh kita laksanakan di dalam kita menyelesaikan masalah yang ada     di
hadapan kita selain daripada masalah melalui undang-undang.

 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, antaranya dan telah disebutkan di dalam rRang uUndang-undang ini sendiri pun bahawa
kita hendak mewujudkan masyarakat madani, masyarakat penyayang, masyarakat yang berperikemanusiaan, kita harus dapat
menunjukkan satu contoh, satu modeal yang baik kepada anak-anak kita kerana anak-anak kita ialah orang yang melihat
kepada “role model” yang ada di hadapan mereka sama ada guru mereka, ibu -bapa mereka, .... “peer groups” mereka,
kawan-kawan yang sebaya dengan mereka.  Semua tindakan-tindakan masyarakat di sekeliling akan mempengaruhi anak-anak
kita dan oleh kerana itu, “role model” yang hendak diwujudkan mestilah suatu “role model” yang mampu untuk menterjemahkan
sifat yang bukan sahaja kepada sifat fizikal anak-anak itu, nalurinya, emosinya, “spiritual”nya perlulah kita “address”kan sekali
supaya akan dapat mewujudkan suatu personaliti yang “rounded” bukannya satu personaliti yang “split” yang tidak tahu
pedoman ke mana mereka akan pergi akhirnya dan inilah yang perlu kita lakukan.

Oleh kerana itu, antara beberapa cadangan yang saya hendak kemukakan hari ini ialah yang pertama, kita mesti menanamkan
sifat bercakap benar ini kepada semua masyarakat daripada bawah sampai ke atas.  Ya?

Datuk Napsiah binti Omar [Kuala Pilah]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, sila.

Datuk Napsiah binti Omar:  Tuan Yang di-Pertua, mendengarkan ucapan Ahli Yang Berhormat bagi pParti PAS ini.....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Dungun.

Datuk Napsiah binti Omar:  Dungun…sSangatlah menarik begitu mulia sekali ideal-idealnya tetapi tahukah Tuan Yang di-Pertua,
apa yang berlaku di bawah.  Saya terpaksa bangun kali ini kerana saya tahu satu kes sebab pada waktu semalam saya
mendengar ucapan dan sambungan ucapan Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat juga.  Saya ini bertanya kepada Ahli Yang
Berhormat bagi Dungun, tahukah Ahli Yang Berhormat apa yang ditaburkan di tempat-tempat TADIKA tadika hari ini?  Di
Wilayah Persekutuan ada satu tempat dan saya akan beri kepada Ahli Yang Berhormat, di Tumpat kalau dia hendak tahu di
mana gurunya - tidak ada dalam kurikulum kanak-kanak itu tetapi di waktu saringan bila hendak buat dua kumpulan, dia akan
kata, “”di sini anak-anak daripada orang pParti PAS, di sini anak daripada UMNO”.  Anak-anak boleh baca kesukaan guru,
kegemaran guru, jadi berlarilah kepada kumpulan anak orang PAS, guru memberi puji, “bagus, ini ramai, anak orang UMNO
berapa orang? Oh! dua, tiga sahaja”. Kkerana anak-anak dua, tiga sahaja berani lari ke hadapan mengatakan kebenaran yang
dia anak UMNO tetapi dia dikeji oleh guru. “Ah! tengok anak orang UMNO, tiga orang sahaja, ini kecil kumpulan ini, engkau
lemah, orang UMNO lemah, ah! tengok orang UMNO, ramainya orang UMNO, anak-anak UMNO begitu ramai”.  Sedarkah
Yang Berhormat ini berlaku dan juga sedarkah Yang Berhormat berlakunya di mana benih-benih, unsur-unsur yang keji
ditanamkan di minda-minda yang begitu muda ini.  Mereka mengajar anak-anak ini untuk membenci, mengutuk
pemimpin-pemimpin negara hari ini.  Dalam pantun tiga kerat sahaja, mereka mengatakan pemimpin makan babi.  Kepada orang
Melayu, makan babi ini haram, perkara yang dikutuk, yang dibuat oleh orang kKafir sahaja.  Sebab itu bila ditanamkan
unsur-unsur ini di minda anak-anak ini maka timbullah kesedaran ini anak-anak ini, mungkin pemimpin negara kita ini kafir,
mungkin pemimpin kita ini membuat perkara yang dikutuk, dihina.....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Cukup Yang Berhormat tak?

Datuk Napsiah binti Omar:  Jadi, itulah hendak tanya, tahukah Ahli Yang Berhormat ini berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya.

 Datuk Napsiah binti Omar……tahukah Ahli Yang Berhormat ini yang berlaku….(Kak Mashitah)

 Tuan Mustafa bin Ali:  Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak pernah dengar perkara ini sebelum ini kecuali yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu dan saya bersedia untuk mendapatkan satu fakta yang benar mungkin di luar Dewan
barangkali kita boleh bincang Insya- Allah. S.W.T.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, ya, sambung terus.

 Tuan Mustafa bin Ali:  Tetapi berdasarkan kepada kenyataan itu, kalau demikianlah keadaannya erti masa depan UMNO
terlalu gelap dalam negara ini [Ketawa]

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Belum tentu lagi mana gelap, mana terang [Ketawa] teruskan.
 Tuan Mustafa bin Ali:  Sebab saya sebut Datuk Yang di-Pertua, sebab dia sebut yang kumpulan UMNO terlalu sedikit itulah
kalau …. [Ketawa] terima kasih.

 Saya telah menyebut tadi bahawa kita perlu menanamkan sikap bercakap benar ini terutama sekali oleh pemimpin sendiri dan
saya sedih sebenarnya Datuk Yang di-Pertua oleh kerana pemimpin-pemimpin sendiri tidak memberikan suatu gambaran yang
benar, tidak bercakap benar dan bila tidak bercakap benar, contoh itu sebenarnya akan menular kepada anak-anak.  Saya
ambil satu contoh [Sambil membelek beberapa helaian kertas] ini satu contoh kebetulan perkara ini ada di hadapan saya.  Saya
bukan hendak bincangkan soal royalti ini tetapi surat yang berkait dengan royalti ini [Disampuk] sebagai satu contoh.
 Dalam Para 8 surat yang price listpress release yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan menyebut "Sejak tahun 1978
lagi kerajaan melalui Petronas telah mengagihkan pemberian eihsan kepada Terengganu.  Ini adalah ekoran dari keputusan
Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1974 agar negeri Terengganu diberikan wang ehsan memandangkan kedudukannya
sebagai negeri termiskin ketika itu.  Kini negeri Terengganu bukan lagi negeri termiskin berikutan program-program
pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional" - Rasmi daripada Kementerian Kewangan

 Pada 14 haribulan yang lalu, 4 hari yang lalu, ‘Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar’ menyebut di Kuching dalam
Bahasa Inggeris tetapi saya terjemahkan.  Negeri yang paling miskin ialah Kelantan - 19.2.  Yang kedua Terengganu - 17.3 di
mana benarnya negeri Terengganu telah terkeluar daripada senarai negeri yang termiskin berdasarkan program yang telah
dilakukan dan kalau wang ehsan ini seharusnya diberikan kepada negeri termiskin Kelantan lah negeriir yang paling layak untuk
diberikan.  Jadi sebab itu saya tidak fikir ini perbuatan ayat-ayat ini dikeluarkan oleh pegawai-pegawai memahami pegawai
adalah patuh kepada cara-cara yang benar tetapi mungkin surat ini diarahkan oleh menteri, kalau saya tidak tepat pun boleh
betulkan supaya fakta yang seperti ini dinyatakan sedangkan fakta ini adalah salah.  Ini suatu pembohongan, kenyataan yang
tidak tepat di peringkat yang paling tinggi oleh kementerian yang bertanggungjawab tentang termasuk statistik dan angka itu
sendiri.

Saya haraplah supaya kenyataan-kenyataan yang seperti ini sebenarnya berhati-hatilah pihak pemimpin-pemimpin kerajaan
supaya tidak berlaku percanggahan sesama sendiri semata-mata kerana kepentingan politik semasa di waktu surat itu didrafkan.
Itu suatu contoh.

 Hari ini pun dalam Utusan Malaysia diulangi oleh salah seorang daripada Timbalan menteri, Timbalan Menteri Penerangan
mengulangi lagi tentang ayat ini.  Saya harap perkara ini dapat diperbetulkan iInsya -Allah S.W.T..
 [Timbalan Yang di-Pertua ([Datuk Lim Si Cheng)] mempengerusikan Mesyuarat]

Yang kedua, mestilah kita mewujudkan ibu bapa yang bertanggungjawab dan ibu bapa yang bertanggungjawab mestilah
mempunyai parental parenting skillskill, keupayaan, kebolehan untuk mendidik anak-anak kita.  Apakah sebenarnya yang telah
kita lakukan sekarang ini oleh pihak kerajaan sendiri dalam mewujudkan ibu bapa yang mampu mendidik anak-anak dengan
baik.  Untuk mendidik anak-anak dengan baik, ibu bapa sendiri harus mempunyai sikap yang baik, yang tahu tanggungjawab
mereka dan oleh kerana itu kementerian ini di samping kementerian-kementerian yang lain bertanggungjawab untuk memastikan
bahawa persoalan ini walaupun undang-undang mengenai kanak-kanak tetapi juga melibatkan ibu bapa yang seharusnya
diberikan peranan di mana-mana sahaja sama ada oleh kementerian ini ataupun kementerian-kementerian yang lain.

 Yang ketiga, saya pergi secara cepat Datuk Dato’ Yang di-Pertua. Kita harus mewujudkan masyarakat penyayang
sebagaimana juga disebut di dalam rang undang-undang ini.  Masyarakat penyayang tidak boleh diwujudkan dengan kebencian,
diskriminasi, dengan penindasan.  Ia boleh diwujudkan dengan sifat kasih sayang itu sendiri dan sifat kasih sayang ini mestilah
diwujudkan dengan contoh yang sangat nyata oleh pemimpin-pemimpin terutama sekali saya tidak menyebut hanya pemimpin
kerajaan, pemimpin semua peringkat yang mesti kita tunjuk bahawa kita adalah terdiri daripada masyarakat penyayang dan
untuk berbuat demikian kita tidak seharusnya perkara yang mengenai untuk mewujudkan masyarakat penyayang ini juga
dipolitikkan.  Saya mendengar banyak ucapan-ucapan yang telah disampaikan sejak daripada semalam sampai hari ini
perkara-perkara yang kecil pun sudah dipolitikkan demikian rupa.

 Seharusnya kita boleh bercakap memberikan pandangan mengatasi pertimbangan-pertimbangan politik yang sangat sempit.
Yang keempat, perlu kita kembalikan nilai-nilai kemanusiaan di dalam masyarakat kita sendiri.  Sebab itu saya mulakan
dengan……

 Tuan Mohamad bin Sabu:  Boleh tanya…..

 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:  Yang Berhormat ….

 Tuan Mohamad bin Sabu:  Nilai kemanusiaan, diskriminasi bolehkah Dungun terangkan kenapa kerajaan Barisan Nasional
tidak insaf dalam perkara ini misalnya mereka diskriminasi baja terhadap rakyat Kelantan kemudian mempermainkan soal
subsidi padi di jajahan Pasir Mas.  Hasil daripada mempermainkan rakyat Kelantan itu mereka hanya tinggal dua kerusi sahaja
sekarang di Kelantan dan Gua Musang sendiri hanya selamat dengan undi Oorang Aasli.  Sekarang mereka bertindak begitu di
Terengganu.  Apakah mereka ingat dengan mempermainkan rakyat Terengganu itu, rakyat Terengganu akan patah balik sayang
kepada mereka.  Taktik yang digunakan di Kelantan nampaknya diteruskan di Terengganu.  Barisan Nasional tidak menginsafi
perkara ini.  Setuju atau tidak pandangan saya?

 Tuan Mustafa bin Ali:  Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tepat
dengan apa sebenarnya yang saya - mungkin saya tidak perlu sebut kerana beliau telah sebut tadi.  Ini pengalaman sendiri,
pengalaman yang sedang kita alami selepas Kelantan dan Terengganu yang saya menyebut tadi ialah contoh yang paling tinggi,
caapitation grant yang sepatutnya diberi kepada negeri Terengganu sebagaimana juga negeri lain pada bulan Februari dan bulan
Ogos seharusnya sudah selesai.  Hari ini satu sen pun tidak memberikan capitation grant kepada negeri Terengganu, yang
seharusnya is provided for in the Cconstitution, dengan izin Datuk Yang di-Pertua, tidak boleh tetapi dia berdasarkan
pengalaman Kelantan, 31 Disember baru dibayar kerana itu Pperlembagaan menyatakan demikian jangan lets sampai tahun
depan.  Kalau boleh let barangkali tahun depan baru dibayar.  Ini suatu contoh.

 Tadi waktu membincangkan soal perumahan, 13 projek rumah kos rendah on going peringkat, ada peringkat menyediakan
infra, peringkat untuk menyediakan mini construction yang kerajaan negeri Terengganu dulunya telah dijanjikan sudah pun ada
perjanjian untuk diberikan pembiayaan bagi projek ini telah ditarik balik oleh Kkerajaan Ppusat semata-mata kerana perubahan
kepada kerajaan.  Kita bercakap tentang hendak menyediakan rumah tetapi kita sebenarnya menghambat, menyekat daripada
pertumbuhan yang seperti itu kerana politik.  Ini contoh Datuk Yang di-Pertua.

 Oleh kerana itu masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan dengan sifat diskriminasi yang seperti ini. Ssedangkan negeri
Terengganu sendiri saya rasa negeri satu-satunya negeri yang memulakan memberikan peruntukan kepada wakil rakyat daripada
pembangkang sama seperti wakil rakyat yang lain.  Setiap tahun RM100,000 kita berikan kepada mereka.  Tidak ada negeri
lain yang berbuat demikian tetapi kita memulakan ini sebab kita merasakan kita perlu memberikan contoh dulu baru barangkali
orang akan melihat kebaikan daripada contoh yang kita tunjukkan tetapi balasan yang kita terima sebaik sahaja selepas itu
royalti ini telah ditarik balik tetapi saya tidak hendak panjangkan ini dan saya akan bercakap dalam Budget ini nanti iInsya- Allah
.

 Yang kelima, tadi saya kata kemanusiaan-kemanusiaan suatu yang menyeluruh.  Keadilan mestilah kita tegakkan di mana-mana
pun yang kita berada.

Yang keenam, kita harus kembali kepada fitrah insaniah manusia itu sendiri di dalam kita hendak menyelesaikan masalah yang
ada di hadapan kita.  Oleh kerana itu setiap perlakuan yang hendak kita lakukan kerana kita melihat terlalu banyak unsur-unsur
negatif yang berlegar di tengah-tengah masyarakat.  Telah disebut sebahagian daripada yang disebabkan oleh media massa,
cetak dan elektronik.  Sebahagiannya telah disebabkan oleh undang-undang yang tidak melihat bahawa tempat-tempat yang
memungkinkan perkara-perkara yang buruk yang merosakkan anak-anak kita ini dibuka dengan seluas-luasnya.  Bagaimana
kita tidak mempedulikan masalah barangkali video games, pusat-pusat yang sedemikian dan bermacam-macam pusat lagi
sehinggalah pil ecstassy ini menjadi satu masalah barulah barangkali untuk mencelikkan mata pemimpin baru hendak nampak
bahawa antara yang tersebar luasnya pil ini ialah di tempat-tempat berkumpulnya pusat-pusat yang saya katakan tadi.

Jadi harus mestilah kita kembali bahawa manusia itu walaupun manusia ini waktunya ada baik, ada jahat, ada tidak baik tetapi
ada suatu penahan dalam diri manusia yang boleh mencegahnya daripada melakukan suatu tindakan yang dia rasa barangkali
nafsunya mahu melakukan tetapi dengan sekatan-sekatan daripada dalam, dia dapat menyekat perkara ini, dia harus kembali
kepada 'dhomir'nya, conscience, manusia tetap mempunyai conscience.

Orang yang paling jahat dalam dunia pun ada conscience, ada 'dhomir'nya di mana fitrah itu sendiri ialah satu fitrah manusia yang
seharusnya dikembalikan kepada consciencenya, 'dhomir'nya dan kalau ini menjadi satu ‘checkek’ kepada manusia mungkin
akan dapat mencegah mereka ini melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang boleh merosakkan barangkali anak-anak
kita.

Terlalu banyak kes yang kita sama-sama maklum bagaimana ayah memperkosa anak, waris, keluarga yang terdekat
berdasarkan kepada statistik yang dibuat oleh jabatan saya rasa polis sendiri dalam kes-kes yang ditunjukkan.

Perlakuan-perlakuan yang tidak baik terhadap kanak-kanak ini percentagenya lebih besar daripada orang-orang yang mereka
kenali dibandingkan dengan orang-orang yang mereka tidak kenali.  Ertinya suatu perkara yang sudah silap di dalam sistem
kekeluargaan kita yang seharusnya kita perbetulkan.

 Yang ketujuhnya, kita mestilah walaupun tidak boleh sekali gus kita menghapuskan nilai cara hidup……..(Kak Ara)ARA1210
  Tuan Mustafa bin Ali:   yang seharusnya kita perbetulkan.  Elly

Yang ketujuhnya,  kita mestilah kalau pun tidak boleh sekali gus kita menghapuskan  nilai cara hidup hedonistick  yang berjalan
begitu luas  dalam negara kita. Cara hidup hedonistick  yang tidak memperdulikan  kepada nilai-nilai yang baik telah menerpa
menyerap masuk bukan sahaja kepada  kanak-kanak  sampailah daripada yang muda hinggalah yang tua. Ini disebabkan oleh
sekali lagi sistem kemasyarakatan kita yang seharusnya menjadi kerajaan diper tangungjawabkan kerajaan  untuk
memperbetulkan perkara ini.  Nilai-nilai ini,  cara hidup hedonistick ini boleh  kita mencari jalan untuk menyelesaikannya
walaupun tidak  terlalu sekali gus supaya masing-masing  masyarakat  kembali kepada  tradisi mereka untuk kembali beragama.

 Dengan kembali kepada beragama ini walaupun saya tidak menyatakan  semua agama itu sama semua sekali  tetapi daripada
sudut membentuk akhlak  terlalu banyak persamaan di antara  agama-agama yang ada di dalam dunia  ini. dan dDalam  konteks
Malaysia.,  Aagama Islam sebagai Aagama  Persekutuan, , kita terdiri daripada masyarakat yang  memeluk agama  Kristian,
Budda, Hindu. Ini merupakan  tradisi-tradisi agama yang masih wujud  di dalam masyarakat kita. Untuk  tujuan akhlak saya
merasakan tidak ada satu agama pun  yang menganggap bahawa tindakan-tindakan  yang boleh merosakkan  masyarakat   itu
adalah satu tindakan yang baik. Tidak ada satu agama pun mengizinkan pembunuhan, tidak ada agama yang mengizinkan
perkosaan dan macam-macam lagi.

 Malah dalam  ajaran  Buddhiest  dan  ‘touzime’  itu  sendiri ada dia punya  lapang, path, cara-cara bagaimana  perkara-perkara
yang tidak dibolehkan untuk  membentuk masyarakat. Ertinya dari  sudut akhlak bagi  manusia yang barangkali tidak percaya
kepada agama yang hidupnya secara hedonistick harus kembali kepada tradisi agama.  Walaupun  sebagai orang  Islam  saya
tetap mengatakan bahawa Islam itu sebagai  agama yang  menyeluruh, yang bukan sahaja terbatas kepada soal akhlak di
dalamnya segala  ‘nizerm’,  segala sistem  yang mungkin secara yang sistematiknya tidak wujud  di dalam agama-agama lain
tetapi dari sudut akhlak  semua  agama mempunyai  penujuan untuk membentuk masyarakat  yang baik dari sudut akhlaknya
walaupun agama lain mungkin tidak ada sistem politik, tidak ada sistem ekonomi  dan lain-lain.  Jadi sebab itu  kita harus
kembali kepada tradisi agama ini  supaya masyarakat dapat  dibentuk melalui  suatu cara yang  apabila kita melaksanakan  ini
kita dapat membentuk anak-anak kita  sekali gus dengan kita sendiri, insya-Allah.

Yang akhir, Tuan Yang di-Pertua,  kita harus mewujudkan ruole model  di tengah-tengah   masyarakat saya sebut dan saya
mengharapkan kita semua ada kelemahan masing-masing, kita mempunyai kekurangan masing-masing,  tidak ada manusia yang
sempurna, tidak ada manusia yang maksum,  nobody is ineffable infallible, tidak ada manusia yang begitu, kita semua ada silap
tetapi masih mampu untuk kita membentuk satu masyarakat yang baik.

Sebab itu kita harus memulakan  dengan diri kita sendiri. Memulakan dengan diri  sendiri ini, Tuan Yang di-Pertua, saya
mencadangkan  supaya kita semua pemimpin-pemimpin Ahli-ahli  Parlimen  di peringkat  Pusat, Ahli-ahli Dewan Negeri di
peringkat negeri harus  menjadikan diri kita  sebagai ruole model kepada masyarakat  kerana kita adalah wakil masyarakat
yang memilih kita. Tentulah dia memilih kita  kerana dia anggap  kita yang terbaik  di kalangan mereka barangkalilah.  Saya tidak
tahu apakah kriteria-kriteria pemilihan  tetapi kita menganggap  bahawa  kita telah menerima mandat. itu dan Kkita seharusnya
boleh menunjukkan contoh itu.

Kita tidak boleh menyuruh orang lain  tetapi kita sendiri tidak buat. Walaupun track record di kalangan Ahli Parlimen  dan Ahli
Dewan Negeri pada masa-masa  lalu tidaklah begitu baik  dan  ini sebenarnya mempengaruhi masyarakat.  pPernah berlaku
wakil rakyat yang pernah rogol anak orang pun ada, wakil rakyat yang berjudi tidak tinggal pun ada, wakil rakyat yang
mengambil isteri orang pun ada. Ini berlaku dalam  track record kita.  Ini memberikan satu gambaran yang tidak baik bahawa
kita  yang membuat undang-undang tetapi kita sendiri  sebenarnya yang  melanggar undang-undang yang kita buat.

Kita harus memulakan dengan diri kita sendiri dan Dewan ini  seluruhnya  Ahli-ahli harus menunjukkan  satu contoh yang baik
‘ulhasatul hasanah’  sebagai satu rolle model yang baik  dan tentunya  orang yang pertama yang paling  tinggi dalam hairaki
hierarki  Ahli-ahli Parlimen ialah  Perdana Menteri  sendiri. Apakah Perdana Menteri  telah menunjukkan suatu contoh yang
terbaik bagi kita ataupun tidak. sSaya  tidak mahu menjawab lagi soalan ini. Saya akan jawab  dalam ucapan yang akan datang,
insya-Allah. Terima kasih [Tepuk]