IKTIBAR DARI PERISTIWA HIJRAH
 

HULU TERENGGANU :  Umat Islam diseru supaya mengambil
iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW ,Walaupun peristiwa
tersebut telah berlalu dan Rasulullah sendiri mengingatkan
bahawa selepas peristiwa itiu ,tidak ada lagi hijrah.Demikian
dinyatakan oleh Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga negeri
Terengganu,Al Fadzil Ustaz Ismail Dagang ketika menyampaikan
Kuliah Maal Hijrah Di masjid Kampung Tengkawang,Hulu Terengganu.
Tambah beliau lagi ,walaupun peristiwa itu telah lama berlalu,namum
bagi kita perlu ada penghijaran minda iaitu dari fahaman sekuler yang
dibawa oleh barat kepada fahaman Islam yang syumul.Seterusnya
beliau meminta supaya para hadirin bersyukur dengan nikmat
yang diberikan oleh Allah kepada rakyat negeri Terengganu
kerana Allah telah memenangkan Islam dan mangangkat Ulamak
sebagai pemimpin dinegeri ini."kalau setakat hendak sembahyang ,puasa,
haji,sebenarnya Rasulullah tidak perlu berrhijrah,tetapi apa yang menjadi
halangan kepada kaum Quraish ketika itu kerana Rasulullah ingin membawa
umat kearah kehidupan yang syumul serta perlaksanaan Islam secara
menyeluruh".Begitu jugalah dengan kita pada hari ini,Kita wajib bersama-
sama berjuang untuk menegakkan Agama Islam sebagai Ad-Deen."